Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Saturday, August 07, 2010

Gambar Bernostalgia ; Bermandi Air Di Petak Sawah

Oleh isma daud


Saya tertarik dengan gambar yang dirakamkan oleh Budakli.com sewaktu beliau melawat Kelantan baru-baru ini. Kebetulan Budakli singgah ke rumah saya di Sibu ni baru sekejap, saya meminta keizinannya untuk memaparkan gambar ini. Panorama seperti ini kian sukar kita lihat hari ini. Gambar ini mengembalikan nostalgia sewaktu saya kecil dahulu, bermandikan air di dalam petak sawah.

Dua hari lepas saya ada membicarakan kepada beberapa orang pelajar saya tentang batas sawah, mereka tertanya-tanya bagaimana rupa petak sawah. Saya pamirkan gambar ini agar mereka dapat gambaran sebenar apa yang telah saya ceritakan itu.


Sekarang ni pun pesawah di kampung saya,  sudah kurang menggunakan kaedah bersawah dalam menanam padi bahkan mereka mengamal "konsep menabur" bukan "cara mencedung padi" seperti saya kecil-kecil dulu. Kaedah menabur ini hampir cara berhuma. Jadi panorama seperti ini pun jarang dialami oleh anak-anak yang membesar di kampung sekali pun berada di kampung.

Yalah segalanya semakin moden, kaedah lama mula kian hilang. Pengalaman anak-anak hari ini jauh berbeza dengan anak-anak pesawah ini. Mereka sudah takut dengan tanah dan lumpur.

Teringat saya kepada anak-anak pelajar saya yang ada keberatan melakukan amali tayammum kerana "geli" dengan debu tanah. Tapi bila melihat kawan-kawan lain mula menepuk debu tanah barulah mereka rasa teruja mahu mencubanya. Takut comot muka dan tangan terkena debu tanah....

Agaknya apa yang mereka fikirkan bila melihat gelagat anak-anak yang mandi di dalam petak sawah ini....???

No comments:

Related Posts with Thumbnails