Ya Allah! Kepada Siapakah Engkau Serahkan Kerajaan Perak???

komentar isma daud

YAB Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata :"terserah kepada tuanku".

Biarpun berita arus perdana telah menyiarkan bahawa BN telah boleh membentuk kerajaan di Perak, harapan kepada PR masih ada, jika Sultan Perak perkenankan DUN Perak dbubarkan.

Di Putrajaya, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan, Pakatan dan BN sekarang mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 dengan 28 dalam Dun Perak.

"Tetapi, kami ada tiga kerusi bebas yang bersama dengan kita," kata Najib dalam sidang akhbarnya.

Malaysiakini melaporkan;

Pada jam 5.35 petang, laman berita itu melaporkan Menteri Besar, Haji Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan meninggalkan Istana Kinta di Ipoh selepas menghadap Sultan Perak.

Beliau menyatakan ringkas "terserah kepada tuanku" kepada pemberita di luar pintu masuk istana.

Buruknya tingkah-laku manusia dalam mendapatkan kuasa. Begini rupanya buruk politik di Malaysia, tidak dapat secara licik, melalui helah jahat dilakukan.

Harapan Pakatan Rakyat kini adalah mengharapkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak yang telah dipersembahkan kepada baginda oleh YAB Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin sejak petang tadi.

Gambar : Ketawa besar penuh bermakna... kenapa? Setiap orang (muka dalam bulatan) ketawa dengan makna yang tersendiri... Hanya Allah SWT Yang Maha Tahu di sebalik ketawa masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?