Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Saturday, February 14, 2009

Golongan Ahli Syurga Dan Ahli Neraka

Oleh isma daud

Nabi Muhammad SAW bersabda:

Ahli Syurga ada tiga golongan;

1. Orang yang mempunyai kekuasaan - berhukum dengan keadilan hukum Allah SWT dan bersedekah kepada yang fakir dan miskin serta mendapat pertolongan Allah untuk berbuat taat dan bersikap adil dalam melaksanakan sesuatu hukum.

2. Orang yang penuh kasih sayang - hatinya diliputi belas-kasihan terhadap sanak-saudaranya dan orang-orang Muslim.

3. Orang yang soleh - iaitu orang yang dapat menahan dirinya dari segala sesuatu yang tidak halal dan tercela, yang cintakan ahli keluarganya sehingga tidak mendorongkannya mendapatkan harta daripada yang haram dan sentiasa mendahulukan cintanya kepada Allah SWT daripada cintanya kepada ahli keluarganya.


Dan sabda Baginda SAW lagi;


Ahli neraka itu ada lima golongan;


1. Orang yang lemah - Iaitu orang yang yang tidak mempunyai kesabaran sehingga dapat menahan diri tatkala didatangi nafsu syahwat, tidak mahu berkahwin dengan mendatangi perempuan yang haram baginya dan suka berzina, dan tidak mahu mencari harta dengan usaha yang halal kerana tidak tidak gemar bekerja dengan tangan(usaha)nya sendiri. Ada orang mengatakan: "Mereka adalah orang yang berada disekitar raja atau pembesar atau penguasa tanpa menghiraukan dari manakah datangnya sumber apa-apa yang mereka makan dan apa-apa yang mereka pakai. Tidaklah mereka bertanya apakah ianya halal atau haram?".

2. Orang yang bersikap khianat - Sifatnya tergambar daripada sikap rakusnya; kerakusannya tampak sekali dalam segala sesuatu walaupun sedikit, dia tetap berbuat khianat.

3. Penipu - orang yang tidak kira dia berada di waktu pagi atau petang selalu dia menipu.

4. Si Bakhil - orang yang dipanggil Si Bakhil, Si Kikir dan Pendusta

5. Orang yang jahat dan buruk akhlaknya - iaitu orang yang suka melakukan perbuatan keji serta kotor pula percakapan atau ucapannya.

(Dipetik mutiara hadis ini dari "Syarhu Masoobiiih" oleh Ibni Malik)
Related Posts with Thumbnails