Bila mata memandang yang haram

Oleh isma daud

Saya sejak dua minggu ni boleh dikatakan setiap hari membicarakan dengan murid-murid dan rakan sekerja tentang persoalan aurat khususnya di kalangan wanita,gadis atau muslimah. Entah mengapa terkilan benar saya kerana saya terpaksa memandang yang haram. Terpandang segala kecantikan wanita yang sengaja di dedahkan. Sepatutnya seorang wanita muslimah mestilah memelihara perhiasan diri daripada dipertontonkan kepada sesiapa sahaja darikalangan lelaki ajnabi. Namun kaum hawa ini sengaja pula membuka auratnya untuk tontonan umum.

Rasa bangga benar bila tidak tutup aurat, jadi perhatian orang....

Bagi orang lelaki yang mata keranjang, ianya bonos yang dicari-cari. Namun bagi saya ia adalah dosa, yang mungkin kita tidak sengaja, ia tetap dosa biarpun dosa kecil yang akhirnya kita akan mendapat hati yang keras dan jiwa yang gelap. Akhirnya tanpa kita sedar mulalah kita meremehkan akan dosa. Dihujungnya hati kita menjadi hitam dibalut noda dan dosa. Kita mendapat kemurkaan Allah SWT.

Kepada kaum lelaki , dengarlah sabda Rasulullah saw kepada Saidina Ali r.hu : "Wahai ali! Jangan kamu ikuti satu pandangan mata dengan diekori dengan pandangan yang lain, sesungguhnya pandangan yang pertama tiadalah dosa dan tetaplah berdosa jika diikutinya dengan pandangan yang lain"

Kepada kaum wanita baik pula, siapa pun anda; jangan buat dosa besar dan jangan dera lelaki dengan berdepan dengan dosa kerana tidak dapat mengelak daripada memandang kepada yang haram.

Wahai saudaraku, perhatikanlah kepada firman Allah SWT;


{قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ} (30) سورة النــور


Maksudnya : "Katakanlah wahai Muhammad kepada orang beriman, hendaklah kamu tunduk menjaga pandangan matamu, dan jagalah kemaluanmu yang demikian itu lebih mulia ke atas mereka.

Firman Alh SWT lagi:

{وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ} (31) سورة النــور


Maksudnya : "Dan katakanlah kepada orang mukmin wanita (mukminat) , tundukkanlah pandangan mata kamu, dan jagalah kemaluanmu, jangan kamu pertontonkan perhiasan diri kamu melainkan apa yang zahir sahaja, dan labuhkanlah lagi khimar (tudung besar lagi labuh). Janganlah dia memperlihatkannya melainkan kepada suami-suaminya, atau bapa dan bapa mertuanya ..... al-ayat : srah an-Nur.

Semoga beroleh ingat ...

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?