Usaha Yang Dimainkan Oleh Pejabat Belia Dan Sukan Sibu Sangat Murni

Kelas Fardhu Ain; Surau Al-Firdaus, Jalan Apollo, Sibu.

Agak terlambat saya “post”kan aktiviti yang saya terlibat pada hari Sabtu, hujung minggu yang lalu. Majlis pelancaran Kelas Fardhu Ain untuk anak-anak di kawasan perumahan Jalan Apollo adalah program bersama antara surau Darul Firdaus dengan Pejabat Belia dan Sukan; telah dirasmikan pada 16 Februari 2008 oleh pegawai Pejabat Belia Dan Sukan Sibu; En Awang Mohd Zakir. Turut berucap dalam majlis itu Penasihat Surau Darul Firdaus; En. Cikgu Mohd Nor (Pengetua SMK Sibu Jaya). Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Surau Al-Firdaus; En Cikgu Mahmud B Hj Ahad, seluruh AJK Surau, ibubapa dan anak-anak yang terlibat secara langsung dengan kelas fardhu Ain seramai 45 0rang. Program hari itu dipengerusikan oleh En Cikgu Mohd Syawal Bin Nor (PK 1 SMK Rosli Dhoby). Doa selamat telah dibaca oleh Tuan Haji Hamzah Bin Beran (Kaunselor SMK Rosli Dhoby).

Diakhir majlis diadakan majlis penghargaan dan jamuan ringan. Semoga majlis mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan keredhaanNya.


Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis perasmian tersebut:




Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?