Posts

Di Antara Dua Uslub : Lembut Atau Kasar

Oleh isma daud Para rasul termasuklah Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SAW untuk mengajak manusia kepada menyembah Allah dan menentang Taghut. Ianya jelas melalui perintah Allah SWT: {وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ} (36) سورة النحل Maksudnya: “Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulNya.” Maka untuk menjayakan dua tugas yang maha mencabar ini; para rasul diberi ke...

Dibawakan satu contoh akan beberapa lelaki dari satu kampung.....

Image
"Dan kesudahan yang baik itu adalah untuk orang-orang yang bertaqwa" Baca apa yang diceritakan oleh Harry's di sini. Sila klik pada Harry's . http://img222.imageshack.us/ img222/5/almamrozicsyc0.jpg http://img221.imageshack.us/ img221/7480/almamrozics2se7. jpg

Bangsa melayu, Bahasanya Inggeris

Image
Tranungkite Oleh KERETABURUK http://keretaburuk12.blogspot.com/ BERITA HARIAN 13 Nov; "PPSMI tidak gagal, kata Hishammuddin- "Ini bukti PPSMI ini tidak gagal tetapi saya tidak katakan dasar ini sudah lengkap atau tepat dan ia boleh diperbaiki," Wei, bukti macam mana pihak KPM dapat? UPSR disediakan soalan dwi bahasa bagaimana KPM membuktikan anak-anak kita sudah menguasai bahasa penjajah? atau bukti tersebut KPM membuat tinjauan bahawa rata-rata calon menjawab soalan sains dan matematik sepenuhnya dalam bahasa penjajah? boleh jalan. Bagaimana pula dengan bahasa melayu? betul kata Hishammuddin, PPSMI tidak gagal menjahanamkan bahasa ibunda, bahasa melayu. Simpan saja keris mu dipinggang jikalau bahasa sendiri ditelanjang. Perjuangkan bangsa? nak berkeris dengan siapa? keris atau kriss? orang melayu ada bahasa ke? bahasa jawi? berapa ramai orang melayu boleh membaca dan menulis jawi? salah siapa? nak tuduh salah kan pembangkang? boleh jalan. Dasar pendidikan sekarang mene...

Respond kepada Fatwa: Nasab Anak Kurang 6 Bulan Qomariah Kepada Suami Ibunya

Image
Oleh isma daud Fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Perlis pada hemat saya perlu dibincangkan lagi. Bunyi menarik tetapi masih banyak implikasi yang timbul di masa mendatang. Ibarat kata peribahasa melayu: " Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?" Maksudnya; " Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan ". Semalam semasa saya menonton TV3 dalam rancangan WHI (Wanita Hari Ini) dengan tajuk perbincangan : " Cuba Dulu - Bahagiakah Perkahwinan ". Tetamu undangan program itu Yang Mulia Tengku Ismadi (pakar motivasi) mendedahkan bahawa Pejabat Pendaftaran Negara memaklumkan terdapat lebih kurang seramai 250,000 anak didaftarkan sebagai anak luar nikah. Maka fatwa terbaru ini cuba untuk menutup aib dan pekung para penzina yang menjadi " trend " masyarakat jahiliyyah moden hari ini. Alasan bertaubat itu perkara kedua. Itu urusan hamba dengan Allah SWT. Namun kesan z...

Adab Berdagang Di Rantau Orang...

Oleh isma daud Saya pernah dengar lagu Allahyarham Sudirman: " Anak dagang di rantau orang, mesti pandai membawa diri...jaga tutur kata...jaga budi bahasa.. Sudirman - Anak Dagang Pejam celik; sudah masuk 9 tahun saya dan keluarga berada di Bumi Sibu. Syukur Alhamdulillah saya diterima baik dan seadanya. Berpegangkan prinsip "di mana bumiku pijak di situ Islam ku junjung"; tanpa mempedulikan tanggapan masyarakat kepada saya sejak sedari awal saya bertapak di bumi sibu, hari ini sudah ramai mula mengenali diri ini. Mereka yang pernah menjauhkan diri kini ada yang menghampir diri. Ada yang prejudis terhadap saya; hari ini semakin yakin dan percaya. Tiada apa yang saya curahkan di sini melainkan sedikit daripada masa saya buat mereka. Masa saya untuk berkongsi ilmu kepada mereka. Saya amat tahu betapa saya bukanlah "seseorang" dari segi ilmu, peripadi yang unggul (semua itu tiada) namun saya boleh jadi "seseorang". Saya memberi secara ikhlas. Namun siapa...

UPSR 2008 lebih baik lima tahun sebelum ini

Image
Berita Harian Online oleh Abdul Razak Raaff PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang diumumkan hari ini adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata seramai 46,641 pelajar atau 9.2 peratus daripada 518,616 pelajar mendapat keputusan cemerlang semua A dalam mata pelajaran yang diambil. Ia meningkat 1.4 peratus berbanding purata keputusan lima tahun sebelumnya dari 2003 hingga 2007. Beliau berkata, lima mata pelajaran menunjukkan peningkatan signifikan dengan gred cemerlang bagi Bahasa Melayu penulisan sekolah kebangsaan, Bahasa Melayu penulisan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina penulisan dan Bahasa Tamil penulisan. Update: Berikut berita yang lebih terperinci di Utusan Malaysia. Keputusan UPSR lebih baik Oleh THOMAS CHONG Hishammuddin Tun Hussien (kiri) beramah mesra dengan sebahagian murid-murid yang hadir pada majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang di ...

Lafaz cerai Nash "Tak Sah"

Image
isma daud: Kes pasangan Nash Dan Sosilawati amat menarik untuk kita renungi khususnya kepada pasangan suami isteri yang lain. Saya hanya ingin melihat dari sudut lahir sahaja bukan persoalan peribadi pasangan ini yang disabitkan mahkamah sebagai sah suami isteri. Biarpun perceraian itu tidak boleh diambil mudah dan dibuat bergurau, setengah pasangan kadangkala dengan mudah menjatuhkan perkatan talak atau cerai . Namun cerai itu tidaklah semudah yang disangkakan. Boleh jatuh begitu saja. Ada syarat-syarat sah yang mesti diperincikan sebelum sesebuah perceraian itu dapat disabitkan. Diantara syarat-syarat itu seperti: Pasangan bercerai adalah pasangan yang sah pada syarak, dilafazkan cerai dalam keadaan seseorang itu waras serta sempurna akalnya dan mempunyai kuasa memilih yang sempurna dan mencukupi yakni talak sacara paksa tidak jatuh. Apatah lagi zaman sekarang pelbagai medium boleh digunakan untuk melafazkan cerai seperti talian telifon mahupun SMS saja. Namun diingat cerai seca...