Bumbung Bangunan Pentadbiran SMK Rosli Dhoby Kena Serangan Ribut
Oleh isma daud
Catatan Peristiwa : Bumbung Bangunan Pentadbiran SMK Rosli Dhoby kena angin ribut dan menyentap atap sehingga jatuh di Gelanggang Permainan lewat petang semalam (Ahad). Tiada kecederaan jiwa berlaku kerana pada masa itu tiada pelajar bermain di kawasan tersebut dan sudah hampir ke waktu berbuka puasa.
Angin kencang yang datang secara tiba-tiba mengakibatkan kerosakan teruk bahagian bumbung yang menempatkan buku teks dan perpustakaan. Usaha membersih dan memastikan keselamatan harta-benda dan pelajar telah diambil tindakan sewajarnya. Walaubagaimana pun, kerja membersih dan membaik pulih bahagian kerosakan tersebut memakan masa yang memerlukan tindakan segera pihak yang terbabit.
Musibah adalah satu tragedi....
Pada hari yang sama tragedi tanah runtuh di di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang , Cameron Highland telah meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah. Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang terletak kira-kira dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata mempunyai 45 rumah yang didiami kira-kira 1,300 penghuni dan juga perkampungan Orang Asli paling lama wujud di sini.
sumber gambar; beritaharian.online

Comments