Kali Pertama Sampai Ke Oya, Sarawak
Oleh isma daud
Lawatan ke Oya bersama rakan-rakan seperjuangan dan keluarga msing-masing yang berkhidmat di Sibu, Sarawak.
Tiada apa yang menarik sangat di sini untuk diceritakan, cuma bila sampai di sini, terubat rasa rindu ke kampung halaman sendiri.
Kampung ku ada bendang sawah padi, penuh kehijauan bukit bukau dan damai dengan suasana pantai dan laut. Sekurang-kurangnya saya memperolehinya suasana hijau yang masih terpelihara dan damai mendengar alunan ombak di sini.
Untuk kenang-kenangan, saya tampalkan beberapa gambar untuk tatapan bersama. Gambar yang dirakam oleh anak-anak saya , tidak mengira tentang nilai cantik seninya, jadi tangkap gambar pun secara "tangkap muat" atau lebih tepatnya "ikut dang" kata orang Ganu Kite namun cukup untuk menyampaikan rasa hati terhadap alam sekitar dan keindahannya. Sebuah penghargaan kepada keunikan alam milik Allah SWT yang tiada tandingnya..
Sebelum tu, sempat berjamu "bekal" masing-masing di perkarangan Masjid Bahagian Mukah selepas penat menempuh perjalanan selama 2 jam lebih dari Sibu ke Mukah.
Aktiviti keluarga yang bermanfaat dan mengembirakan....Alhamdulillah!!!

Comments