Kembalikan Fungsi Masjid Dan Surau Atasi Masalah Perceraian Kalangan Umat Islam Di Malaysia
Oleh isma daud
Perceraian Di Kalangan Umat Islam Berlaku Setiap 15 Minit
"Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan, berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Beliau berkata, jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.
"Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul : Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia."
Sumber - mStar ( 3/3/2011)
Cukupkah Dengan Sekadar Berkursus Beberapa Jam Dan Hari???
Jakim telah buat tidak kurang daripada 900 kursus dan seminar kemasyarakatan saban tahun bagi menjelaskan isu kekeluargaan seperti ini namun saya berpendapat ianya tidak berkesan selagi masyarakat Islam hari ini tidak melihat kepada fungsi masjid dan surau yang bersifat setempat dan semasa sebagai jalan penyelesaian sebenar masalah penyakit hati masyarakat yang ada pada hari ini. Sampai masanya kini ; ahli masyarakat atau umat Islam perlu melihat kepada penglibatan mereka dengan aktiviti masjid dan surau seperti hadir solat berjamaah, kuliah agama saban malam dan hari di masjid sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ketidakfahaman ahli masyarakat terhadap agama.
Saya amat bersetuju dengan rakan saya di facebook; Al-Fadhil Ustaz Kamal Azhari Zuhra yang melontarkan pandangan berikut;
"Buatlah seminar apapun ternyata hasilnya kurang berkesan untuk jangka panjang di dalam mendidik masyarakat yang celik agama, selagi mana program kuliah agama yang rutin di masjid atau surau kurang diberi perhatian. Hanya mereka yang sanggup menghadirkan diri dalam majlis ilmu secara berterusan yang mampu merubah hidup ke arah kebaikan rumah tangga dan masyarakat. "
Sesungguhnya kuliah-kuliah agama di masjid dan surau yang dihadiri secara berterusan akan lebih menimbulkan kesedaran kepada masyarakat Islam berbanding kursus pendek 2 atau tiga hari. Kehadiran seperti itu nampak jelas kesungguhan umat Islam dalam mencari agama. Kursus pendek ini sekadar pelengkap sahaja kepada aktiviti masjis dan surau yang sepatutnya menjadi teras kepada kehidupan umat Islam hari ini. Berbanding dengan kursus pendek ini setengahnya tu hadir tubuh saja, mindanya di tempat lain. Hadir kursus kahwin kerana terpaksa atau memenuhi syarat perkahwinan semata-mata..
Kita kena lihat balik kepada gaya hidup ahli masyarakat hari ini, rata-ratanya tidak ambil kisah kepada penghayatan hidup beragama. Sejak di bangku sekolah lagi kita dapati anak-anak muda hari ini gagal menghayati ajaran agama atas pelbagai faktur samada faktur diri sendiri, keluarga, masyarakat dan sistem pendidikan negara yang bertunjangkan sekular itu. Maka kita hari ini perlu melihat kepada gaya hidup ahli masyarakat dan sistem yang kita hidup di dalamnya.
Oleh sebab itu kita semua perlu melihat kepada satu institusi terbaik bagi membetulkan ketidakfahaman dan ketidakjelasan ahli masyarakat ini melalui peranan masjid dan surau di tempat masing-masing. Inilah tempat yang paling sesuai untuk mengembalikan kekuatan ruh ilmu dan penghayatan umat Islam kepada agamanya yang sebenar. Dan inilah yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw bagi merawat masyarakat di zamannya . Masjid diberikan peranan sebenar dalam merawat penyakit sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat pada masa itu.
Persepsi Masyarakat Terhadap Perkahwinan Perlu Berubah
Sepatutnya umat Islam kita melihat kepada pembinaan institusi keluarga ini sebagai ibadah bukan keperluan batiniah sahaja.
Dengan selalu hadir berjamaah, ikut kuliah di masjid jiwa jadi tenang, berfikir pun elok...tidaklah ikut hati dan perasaan bila berdepan dengan pelbagai dugaan hidup. Apabila pembangunan insaniah tidak seimbang dengan pembangunan meterial maka kacau bilaulah hidup kita. Rumah tangga pun jadi tunggang langgang.
Hal ini sama sekali bercanggah dengan asas dan matlamat perkahwinan iaitu memperolehi ketenangan jiwa dan mendapat keluarga yang bahagia.
Hati Punca Penyakit
Berlakunya perceraian dalam rumah tangga semua sedari berpunca daripada kegagalan hati berfungsi dengan baik mengikut lunas agama. Kurang faham agama. Kalau dalam tubuh kita pun jika hati tidak sihat tubuh badan jadi semput dan boleh padam bila-bila masa. Begitulah fungsi hati batin, jika ia sakit maka timbullah pelbagai penyakit kronik dalam hidup ini. Bila Hat tidak bahagia tiada makna lagi kecantikan dan keindahan yang ada di hadapan mata. Segala kecantikan dan keindahan zaman bercinta hilang begitu sahaja. Yang nampak hanyalah yang buruk-buruk sahaja. Sebabnya hati sudah sakit. Maka timbullah kecurangan dan kepincangan dalam rumah tangga yang dibina. Mula cinta beralih arah dan pelbagai kesan yang timbul selepas itu. Dalam masa yang sama timbul isu cinta tiga segi, poligami yang tidak ada titik kesudahan yang diletakkan sebagai punca perpisahan atau perceraian dalam sesebuah rumah tangga.
Sekali lagi saya mengajak kepada semua agar tidak meletak isu poligami sebagai sebab bercerai, tetapi "kekurangan hati" itulah sebenar kepada seribu macam masalah dalam rumahtangga.
Kembalikan Fungsi Masjid Dan Surau
Kalau kita perhatikan pun, memang jiwa umat Islam hari ini tidak terikat dengan masjid dan surau. Bila pandang masjid atau surau semacam pandang sebelah mata saja. Setengahnya datang masjid bila hati dirundung malang, baru tahu melangkah kaki memijak tangga masjid. Tunggu ada bermasalah baru kenal Tuhan. Bila masalah hilang, Tuhan pun hilang. Kembali lupa kepadaNya. Sebab itu agaknya orang yang dah tua baru berusaha ke masjid kerana baru sedar diri... Alhamdulillah kerana masih ada kesempatan, bagi yang sudah awal-awal menyahut panggilan tuhan, ramai yang tidak sempat berbuat demikian. Ingatlah masjid dan surau bukan untuk orang tua dan orang yang sudah berputus harap daripada kehidupan. Betulkan cara berfikir seperti itu.
Bila masjid dan surau tidak berfungsi dengan baik, hanya sekadar untuk salot lima waktu sahaja maka peranan masjid sebagai pusat penyebaran dakwah dan ilmu kepada masyarakat menjadi sempit. Dasar kerajaan yang mengenakan "TAULIAH" telah menghalang masjid dan surau daripada terus berkembang dari sudut kemanisan berada dalam masjid. Sepatutnya masjid menjadi gelanggang dakwah kepada para ilmuan dan cerdik pandai ummat Islam untuk mengembangkan kefahaman ummat Islam dalam pelbagai bidang ilmu agar umat Islam terus dapat info dan maklumat agama secara berterusan. Dengan kefahaman agama sahajalah manusia akan terpandu hidupnya kepada jalan yang benar dan mendapat hidayah.
Di mana-mana pun masjid dan surau kehilangan ruhnya sehingga tidak menjadi titik tumpuan hati umat Islam. Sebabnya kena lihat kepada cara "Raja" yang memerintahnya. Setiap tempat itu ada rajanya. Jika rajanya tidak beragama maka rakyatnya pun tidak beragama pula. Ini kerana rakyat akan mengikut agama rajanya .
Semoga umat Islam dapat melihat isu perceraian dalam rumah tangga ini dengan kegagalan mereka mentadbir diri supaya sentiasa ingat akan Allah SWT baik dalam solat maupun hadir ke masjid bagi mencari ketenangan jiwa dan kefahaman terhadap agama yang menjadi anutannya.
Fikir-fikirkanlah. Wallahu a'lam !!!

Comments