Insya Allah !!! Bismillah !!! Alhamdulillah!!! Penghayatan Cacamarba Orang Melayu
Oleh isma daud
Orang Melayu terkenal dengan keislaman mereka sebab lahir saja sudah jadi Islam. Dalam kehidupan seharian sedari kecil diajar begini dan begini oleh ibubapa dan guru mereka; bila nak buat sesuatu baca "Basmalah" , tidak lupa baca "isti'azah", jika akan buat sesuatu kata "Insya Allah" dan bila dah buat atau dah dapat sesuatu kata "Alhamdulillah". Begitulah hebatnya orang melayu. Dalam semua hal jangan tinggal itu.
Sebab itu malam tadi suatu anugerah - apa entah - dekat TV3, berkaitan dengan drama, filem gitulah, penuh dengan ucapan-ucapan tersebut , masih ingat Tuhan , itulah artis kita. Semuanya itu adalah hasil didikan guru dan ibubapa mereka di rumah sejak kecil. Yang mereka lupa nak didik diri ialah bagaimana nak tutup aurat yang wajib dan diperintahkan oleh Allah SWT, nak jaga batas pergaulan di antara ajnabi, solat fardhu ditunai atau tidak... dan sebagainya. Yang ramai orang Islam lupakan ialah yang haram itu tetap haram tidak mampu ditutup dengan perkara yang sunat. Namun semacam apa yang saya sebut tadi kita orang Melayu. Adab melayu mesti dijaga. Jangan lupa ini; nak buat sesuatu baca "Basmalah" , tidak lupa baca "isti'azah", jika akan buat sesuatu kata "Insya Allah" dan bila dah buat atau dah dapat sesuatu kata "Alhamdulillah"..
Balik kepada persoalan tadi; orang Melayu selalu macam tu, tidak lekang di mulutnya "insya Allah" biarpun sudah tahu mahu berbohong sehingga terkenal dengan "Janji Melayu". Biasanya janji melayu ini dikaitkan dengan Insya Allah. Dan kalau sebut Insya Allah tu semacam yakin tidaak akan ditunaikan janji itu. Begitulah buruk perangai sebahagian orang Melayu sehingga kalimah suci itu diburukkan dengan perangai orang melayu tadi. Itulah kesannya disebalik islamnya seorang melayu yang belum tentu islamnya.
Saya selalu dengar orang kata kepada orang melayu begini; "Teruk benar rupanya orang melayu tu... Bila nak jadi orang Islam?" , "Melayu tu Islam ke?" , "Serupa ya je tu, mana ada bezanya". Itu ayat biasa kita dengar. Melayu Itu Islam, Islam Itu Melayu. Termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Tiada siapa yang dapat mempertikaikannya. Asal melayu saja mesti Islam tertulis dalam kad pengenalannya.
Sama ke Melayu dengan Islam? Kalau bangsa Yahudi tu fahamlah kita bangsanya Yahudi dan agamanya pun Yahudi.
Kasihan kepada orang Melayu. Bukan salah mereka. Yang salah adalah acuan dan asuhan yang diberikan kepada mereka. Dalam negara kita siapa agaknya buat ajaran sebegini rupa? Jawapannya mudah; UMNO. UMNOlah bertanggungjawab menentukan sistem ini berjalan dalam negara kita yang mencorak jatidiri umat Melayu kita. Inilah hasil dan nasib umat melayu dibawah telunjuk UMNO sejak dahulu kala.
Inilah sebenarnya rupa sekular yang telah disistemkan oleh "UMNO" sekian lama. Sehingga orang tidak dapat membezakan lagi seorang Melayu yang melayu keturunannya dan agamanya dengan seorang Melayu yang Islam yang dia hidup dan beriman dengannya. Melayu yang hidup berpaksikan ajaran Islam yang sebenar.
Maka tidak hairanlah, hari ini orang Melayu jadi juara dalam kerja-kerja maksiat. Contohnya apa yang saya jumpa dalam carian saya dilaman blog ini yang memetik kata-kata budak melayu yang akan hadir ke jemputan Parti Mandi Buih di bandaraya KL sempena Krismas nanti.
Sebenarnya banyak sangat contoh yang dapat diberi (cukuplah contoh-contoh ringan) bagi menunjukkan betapa hanyut dan cacamarbanya gaya hidup orang melayu kita hari ini. Yang nampak jelasnya semakin hari semakin jauh daripada petunjuk Islam yang sebenar. Jika pihak berkuasa hari ini sibuk mengenai ajaran sesat seperti syiah, siapa pula yang berani tampil menghukum sesatnya SEKULARISME ini?
Jika kuliah agama selalu dipantau, ceramah agama kena ada permit dan tauliah, siapa pula akan menghalang perhimpunan muda-mudi dalam pesta buih nanti?
Saya sudah dikenakan tindakkan oleh JAIS, Sibu sejak 2008 sehingga kini masih di"gam" oleh masjid daripada menyampaikan Khutbah Jumaat hanya kesilapan saya tidak lain menghuraikan bahaya sekularisme dan mengekalkan sistem sekularisme dalam kehidupan umat Islam. Maka saya rasa, saya telah berusaha menyampaikannya. Dan insya Allah saya akan perkukuhkan lagi menjelaskan tentang bahayanya sekularisme ini kepada umat bangsaku MELAYU dan umat Islam dalam mana-mana siri kuliah atau pertemuan di halaqah kecil maupun ditepi-tepi jalan raya sekalipun dan marilah kita meninggalkannya dan menentangnya. Wallahu A'lam.

Sebetulnya saya tidak tahu rancangan apa malam tadi tu, malas saya nak tahu lebih kerana sejak akhir-akhir ini saya tidak ambil pusing sangat dengan siaran TV. Malam tadi lepas isyak, saya ada ceramah agama di sebuah rumah di Sibu ni sehingga jam 11 malam. Sehabis ceramah saya dan tetamu yang hadir dijemput menjamu selera dengan laksa Sarawak, sambil itu anak-anak tuan rumah buka siaran TV di suatu sudut dengan suara yang perlahan tapi masih kedengaran ditelinga saya artis-artis atau dramatis yang mendapat anugerah menyebut kalimah-kalimah tadi, penuh dengan ucapan itu biarpun yang mengucapkannya berpakaian mendedahkan aurat dan menjolok mata sekali.
Gambar ni baru upload dari blog biaqpila; link di sini. 29/12/2010 |
Kalaupun saya tidak tengok tapi saya dapat dengar jelas anak-anak tuan rumah memberi komentar, "Teruk benar pakaian artisnya sampai Datuk Aziz Satar pun kena baca A'uzubillah!!!", "Apahal Datuk Farid tu pegang tangan Datin bini Datuk Rais Yatim tu,??? Astghfirullahal 'Adziim!!!". Sambil mereka menonton, sambil mulut mereka mengomen.
Balik kepada persoalan tadi; orang Melayu selalu macam tu, tidak lekang di mulutnya "insya Allah" biarpun sudah tahu mahu berbohong sehingga terkenal dengan "Janji Melayu". Biasanya janji melayu ini dikaitkan dengan Insya Allah. Dan kalau sebut Insya Allah tu semacam yakin tidaak akan ditunaikan janji itu. Begitulah buruk perangai sebahagian orang Melayu sehingga kalimah suci itu diburukkan dengan perangai orang melayu tadi. Itulah kesannya disebalik islamnya seorang melayu yang belum tentu islamnya.
Saya selalu dengar orang kata kepada orang melayu begini; "Teruk benar rupanya orang melayu tu... Bila nak jadi orang Islam?" , "Melayu tu Islam ke?" , "Serupa ya je tu, mana ada bezanya". Itu ayat biasa kita dengar. Melayu Itu Islam, Islam Itu Melayu. Termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Tiada siapa yang dapat mempertikaikannya. Asal melayu saja mesti Islam tertulis dalam kad pengenalannya.
Sama ke Melayu dengan Islam? Kalau bangsa Yahudi tu fahamlah kita bangsanya Yahudi dan agamanya pun Yahudi.
Kasihan kepada orang Melayu. Bukan salah mereka. Yang salah adalah acuan dan asuhan yang diberikan kepada mereka. Dalam negara kita siapa agaknya buat ajaran sebegini rupa? Jawapannya mudah; UMNO. UMNOlah bertanggungjawab menentukan sistem ini berjalan dalam negara kita yang mencorak jatidiri umat Melayu kita. Inilah hasil dan nasib umat melayu dibawah telunjuk UMNO sejak dahulu kala.
Inilah sebenarnya rupa sekular yang telah disistemkan oleh "UMNO" sekian lama. Sehingga orang tidak dapat membezakan lagi seorang Melayu yang melayu keturunannya dan agamanya dengan seorang Melayu yang Islam yang dia hidup dan beriman dengannya. Melayu yang hidup berpaksikan ajaran Islam yang sebenar.
Aurat Gharur - "Tipudaya" |
contoh pakaian menutup aurat anak gadis melayu, tidak kurang kaum ibu yang berselendang dan berjambul didepan |
Maka tidak hairanlah, hari ini orang Melayu jadi juara dalam kerja-kerja maksiat. Contohnya apa yang saya jumpa dalam carian saya dilaman blog ini yang memetik kata-kata budak melayu yang akan hadir ke jemputan Parti Mandi Buih di bandaraya KL sempena Krismas nanti.
Lihat nama melayu yang tersenarai akan hadir, haraplah mereka berubah niat |
Insya Allah yang digunakan tidak kena tempat |

Comments