Ketelitian Memilih Binatang Korban Atau Aqiqah
Oleh isma daud
Melihatkan binatang yang disediakan oleh pihak tertentu bagi ibadah korban atau aqikah, timbul di hati saya sejauh mana telitinya pihak yang membeli dan menyediakan binatang untuk tujuan itu. Sejauh mana mereka teliti dalam pemilihan binatang yang menepati hukum syarak seperti yang telah ditetapkan atau sekadar bertanya kepada tuan lembu berapa umur binatang saja? Kalau dibilangnya dua tahun lebih bagi lembu contohnya maka terus dipercayai apatah lagi ramai pengeusaha lembu itu tidak beragama Islam.
Saya yakin mereka ini adalah orang yang tahu mengenai syarat-syarat binatang sembelihan korban atau aqiqah, cuma telitikah mereka dalam hal itu?
Saya sebagai orang yang hidup memelihara lembu dari zaman kanak-kanak, berkejaran dengan lembu ada pengalaman sedikit mengenai lembu yang sampai umur dua tahun dan bersalin gigi. Lembu atau kerbau di syaratkan berusia 2 tahun lebih atau bersalin gigi, dalam istilah orang kampung saya (Terengganu); " tiga kali haji". Kalau kambing pula setahun lebih atau bersalin gigi. Saya sebut dua ini kerana dua binatang ini paling popular dijadikan ibadat korban atau aqiqah di tanah air kita.
Jika lembu itu sudah cukup umur dua tahun bolehlah dibuat korban atau aqiqah walau tidak bersalin gigi. Bagi yang tidak cukup umur tapi sudah bersalin gigi pun memadai untuk dibuat binatang korban atau aqiqah. Dalam pengalaman saya, Lembu yang bersalin gigi biasanya giginya dalam usia dua tahun ini sudah jarang dan besar di bahagian hadapan. Jika giginya masih rapat semuanya maka lembu itu masih belum masuk dua tahun, sekitar setahun setengah atau lebih.
Maka saya bimbang masalah memahami istilah dua tahun itu.... bila ditanya lembu ini berapa umur, dijawabnya sudah dua tahun umurnya sedangkan baru masuk tahun kedua belum dua tahun cukup atau lebih.
Ini menyebabkan jiwa saya merasa sempit melihatkan ibadat korban yang dilakukan oleh umat Islam sedang mereka berharap ibadat korban mereka diterima Allah SWT.
Hari ini orang ramai tidak mencari sendiri binatang korban mereka, cukuplah diserahkan kepada wakil, atau orang perseorangan atau kumpulan mencari dan mengusahakannya dengan membayar sebahagian wang. Mereka hanya hadir pada hari ibadah qorban itu dilaksanakan dan membawa daging korban apabila selesai bahagian mereka. Mereka ada kepercayaan penuh kepada pihak yang menganjurkan ini.
Oleh itu saya terasa amat perihatin dengan pihak yang terlibat ini agar mereka benar-benar teliti dengan syarat binatang korban atau aqiqah ini agar niat umat Islam untuk melaksanakan ibadah itu benar-benar menepati hukum syarak dan diterima oleh Allah SWT.
Saya ada memetik sebahagian syarat binatang qorban dari satu sumber untuk perhatian kita;
Wallahu A'lam!!!

SYARAT SAH QURBAN
1. Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa tanpa ada kecacatan yang nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.
2. Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban iaitu:
o Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr atau Aidil-Adha pada (10Zulhijjah)
o Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki dari ufuk.
o Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenam matahari pada13 Zulhijjah
3. Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.
SYARAT BINATANG QURBAN
Ulama’ bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.
Di antara syarat-syaratnya adalah:
1. Unta- berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.
2. Lembu / kerbau - 2 tahun lebih dan Kambing - Setahun lebih atau bersalin gigi
3. Biri-biri / kibas – Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walau pun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.
4. Hendaklah ia sejahtera daripada sebarang kecacatan seperti tiada telinga atau terpotong ekor, gila, kudung, sangat kurus, buta dan sebagainya. Ada 4 kecacatan utama yang telah disepakati oleh Ulama’yang menghalang sahnya qurban iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra’ bin Azib iaitu sabda RasullahSAW yang bermaksud : "4 jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban iaitu buta sebelah mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus".
Daripada hadith di atas Ulama’ telah mengqiaskan kepada kecacatan yang seumpamanya atau lebih teruk daripada kecacatan tersebut. Ia dapat diringkaskan seperti berikut:
1. Tiada atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit begitu juga yang terpotong ekornya.
2. Gila
3. Berkudis walau pun sedikit.
4. Haiwan yang baru melahirkan anak atau yang bunting.
5. Tersangat kurus.
6. Buta sebelah mata atau kedua-duanya.
7. Berpenyakit
8. Tersangat tempang
Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban binatang yang sudah ada kecacatan tersebut, wajarlah dia melaksanakan nya.
5. Haiwan yang tiada ekor, tiada gigi atau patah setengah giginya, tiada zakar, haiwan yang dikasi zakarnya boleh dijadikan binatang qurban.
6. Makruh mengorbankan haiwan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya begitu juga haiwan yang terbelah atau bertebuk telinganya.
7. Seekor unta, lembu atau kerbau itu harus dikongsi oleh tujuh orang sama ada dari keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud qurban, misalnya ada antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja.
8. Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang sahaja, tetapi harus berkongsi dengan orang lain dalam pahala berqurban dengan seekor korban itu.
9. Adalah afdhal dibuat qurban bagi seorang dengan seekor unta, kerana banyak dagingnya untuk dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.
10. Berqurban dengan 7 ekor kambing itu lebih afdhal daripada seekor unta atau lembu kerana daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.
11. Berqurban dengan seekor kambing itu pula lebih afdhal daripada seekor lembu atau unta yang dikongsi oleh tujuh orang.
Wallahu A'lam!!!
Comments