Oleh
isma daud
Saya mengambil beberapa gambar yang di"tag"kan ke facebook saya oleh Saudara Bob (Ibnu Haris) tentang gambar-gambar yang menunjukkan banner dan sepanduk berupa pintu gerbang di beberapa batang jalan, di perkarangan masjid dan surau di Sibu seolah-olah musim pilihanraya sudah tiba. Tindakan ini seolah-olah memberi gambaran awal bahawa Piliharaya Negeri Sarawak sudah terlalu hampir.
|
Gambar Ehsan Saudara Bob |
Dalam pada itu beberapa kain berbentuk sepanduk dan banner yang dipasang oleh pihak Pakatan Rakyat untuk mengalu-alukan Ramadhan telah diturunkan. Ini kerana tidak mendapat permit dan luar daripada masa pilihanraya sebagai alasannya.
|
Gambar Ehsan Saudara Bob |
|
Gambar Ehsan Saudara Bob |
Ini lebih meyakinkan banyak pihak bahawa BN benar-benar bimbang dalam menghadapi pilihanraya kali ini. Tindakan orang lain tidak boleh dan hanya BN saja boleh buat apa saja termasuk memasang sepanduk dan banner ini sebagai tindakkan terdesak dan perasaan cemas yang tidak menentu dalam menghadapi pilihanraya yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
|
Gambar Ehsan Saudara Bob |
|
Gambar Ehsan Saudara Bob |
Semoga rakyat Sarawak dapat menilai hal ini secara objektif perihal yang berlaku ini. "Tak tumbuh , tak melata . Tak sungguh , orang tak kata". Fikir-fikirkanlah!!!
Comments