Menutup Aurat Itu Dengan Maksud Bertudung Sahajakah?
Oleh isma daud.
Cerita yang saya ceritakan ini tiada kaitan dengan gambar sebelah, akan tetapi masih berkaitan.
Semasa saya membeli-belah di pasar bandar Sibu, saya terserempak dengan satu insiden yang saya tidak menduga. Masa itu saya mencari keperluan dapur seperti bawang merah, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis.
Tetiba datang seorang perempuan yang sedang mencari barang keperluan juga mencari-cari barang keperluannya. Dia juga berhajat untuk membeli bawang...lantas dia duduk mencangkung lalu terserlahlah situasi seperti dalam gambar di atas tu. Senarionya sama cuma tempat dan situasi berbeza.
Perempuan itu memakai tudung berbaju t-shirt dan berseluar jean.
Lantas saya berfikir;
1. Adakah orang perempuan ini berpendapat bahawa menutup aurat itu sekadar memakai tudung, dan tudung itu menunjukkan dia orang Islam, biarpun pakaian yang lain ketat, nipis dan terlondeh sehingga menampakkan segala isi badan....
2. Ada pula memakai pakaian yang sudah menutup aurat bahagian bawah, rambut pula tidak ditutupnya.
Pening kepala saya memikirkan keadaan pemahaman sebahagian orang kita khususnya perempuan muslimah tentang pemakaian muslimah.
Kenapa susah sangat mentaati tuntutan syarak supaya menutup aurat dengan sempurna? Saya yakin hal menutup aurat ini termasuk dalam perkara "ma'lumun minnad diin biddharurah" yakni perkara yang diketahui umum dalam agama Islam cara pemakaian menutup aurat menurut syarak. Budak kecil di tadika pun tahu.
Kerapkali juga kaum ibu menghantar anak mereka ke tadika Islam dengan memakai baju kelawar atau baju tidur dan ada yang berseluar pendek di waktu pagi. Bila saya terpandang , saya terasa malu. Dan saya yakin anak mereka di tadika Islam itupun malu.
catatan; gambar diatas saya terjumpa tidak berapa lama dalam satu blog tapi terlupa siapa punya blog. maafkan saya menyiarkan gambar ini. cuma tujuan saya adalah untuk sama-sama kita ambil iktibar dan sama-sama beringat.bukan untuk memalukan sesiapa.

Comments