Maafkan Saya....

Oleh isma daud

Kelmarin; sekitar jam 11:00 pagi saya menerima satu panggilan telefon dari sahabat karib saya. Dia bertanyakan di mana saya? Saya berada di tapak MTQ kerana bertugas di sana dan saya memintanya agar berjumpa saya jam 5:00 petang kalau penting dan perlu jumpa. Dia mahu jumpa saya katanya....

Sebagaimana dijanji; sahabat saya ni muncul di rumah saya sekitar jam 5:15 petang dengan sebuah tugasan orang lain yang tuannya sendiri tidak mahu datang berjumpa saya. Ada juga jenis manusia macam ni. Mentang-mentang sahabat saya ni boleh di suruh apa saja... dia yang terpaksa datang dengan memandu kereta sendiri atas niat mahu tolong kawan. Tuan sendiri tidak mahu bersusah payah. Ini agaknya trend guru yang mengambil "PJJ" sekarang ini. Tugasan yang diberi pensyarah minta orang lain yang buat. kalau mahu belajar boleh saya tunjuk ajarkan. Ini mahu pakai upah... orang lain buat; kita dapat ijazah...

Sahabatku; maafkanlah saya kerana menghampakan harapanmu... Saya tidak dapat membantu. Niatmu baik tapi cara "orang itu" tidak menyenangkan hati saya.

Saya ni pantang orang minta tolong, mudah menolong. Sampai ke pagi ini masih terasa kesal di hati kerana saya tidak dapat menolong... Masih bermain-main difikiran kenapa saya berat hati sangat ingin menolong..

Maafkan saya sahabatku... kesal di hatimu itu membebankan jiwaku... Sehingga aku terpaksa meluah di sini di saat dan jam ini...

4:28am/ismadaud.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?