Malam Ini Malam Raya
Oleh isma daud Assalamu alaikum buat semua yang hadir ke blog yang dhaif ini. Salam sejahtera. Malam ini malam raya. Malam Aidilfitri yang Mulia. Malam kemenangan umat Islam yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT. Malam kemenangan kepada mereka yang bertaqwa. Saya berpesan kepada diri saya agar malam ini saya lebih mengutamakan Allah SWT dengan membesarkannya dengan banyak bertakbir dan bertasbih serta memuja dan memujinya atas kemenangan yang dianugerahkan Allah SWt. Firman Allah SWT yang bermaksud: " Untuk Kamu menyempurnakan bilangan hari berpuasa, supaya kamu dapat membesarkan Allah di atas petunjuk yang Allah tunjukkan kepada kamu dan mudah-mudahan kamu bersyukur ". Selepas solat maghrib sedikit berbaur perasaan saya pada malam ini. Ada sedih bercampur gembira. Sedih kerana terpaksa berpisah dengan bulan Ramadhan yang entah ya, entah tidak saya akan berjumpa lagi bulan yang dimuliakan oleh Tuhannya sendiri pada tahun mendatang. Bulan yang dija...