Pelajar terkejut lihat benang keluar dari lutut




KOTA BHARU 16 Julai
: “Mulanya saya berasa geli di bahagian lutut kiri sebelum terkejut melihat sesuatu benda asing menyerupai seutas benang tiba-tiba keluar dari situ,” kata pelajar tingkatan dua, Nurshalwani Mohamed, 14, mengenai kejadian aneh menimpanya malam kelmarin.


Pelajar Sekolah Menengah Penambang, dekat sini, mendakwa selepas diukur, benang yang keluar itu kira-kira sepanjang 6.5 sentimeter.

Katanya, kejadian itu menghairankannya dan seluruh keluarga kerana tidak pernah mengalami keadaan seperti itu.

“Memang saya terkejut dan berasa takut apabila lihat tiba-tiba benang keluar dari lutut selepas berasa geli yang berlainan daripada biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Cinta, Badang, di sini, semalam.

Sebelum ini, anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia pernah menghidap sejenis penyakit gatal badan sejak setahun lalu.

Sementara itu, ibu Nurshalwani, Zaharah Mamat, 48, berkata kejadian yang menimpa anaknya itu sangat aneh.

“Apabila benang itu keluar memang saya dan suami terkejut tetapi ia seperti melekat dan tidak boleh dikeluarkan dengan cara menariknya,” katanya.

Zaharah berkata, Nurshalwani akan merasa sakit apabila benang itu cuba ditarik atau dikeluarkan, disebabkan itu, ia terpaksa dibiarkan saja.

Suaminya, Mohamed bin Rejab, 51, seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra II, pula cuba mengikat benang itu dengan cincin untuk mengelakkan ia masuk semula ke dalam lutut.

Menurutnya, dia akan membawa Nurshalwani mendapatkan rawatan di hospital dalam tempoh terdekat dan berharap pakar perubatan dapat mengetahui punca kejadian itu.

“Memang kejadian itu boleh dianggap pelik dan jika ada mana-mana pihak yang ingin melakukan sebarang kajian, saya alu-alukan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?