Posts

Showing posts from May, 2008

Masjid Rusila : Kehebatannya Dan Pengasasnya

Image
"Artikel Prof Dr Mohamad Tajuddin "A tale of three mosques" dalam ruangan mingguannya "Architecture inside out" dalam The Sunday Star baru-baru ini sungguh unik dan menarik atas beberapa sebab. Profesor pensyarah senibina Universti Teknologi Malasia (UTM) ini telah membuat perbandingan antara 3 buah masjid di Malaysia dengan menggambarkan bahasa senibina yang terkandung dalam binaan masing-masing masjid. Dan bayangkan di antara banyak-banyak masjid di Malaysia yang boleh beliau buatkan perbandingan, Profesor ini telah memilih Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra di Putrajaya dan Masjid Rusila di Marang. Ya, siapakah yang pernah terfikir bahawa Masjid Rusila yang mana Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, memimpin kuliah pengajiannya serta tinggal pula diperkarangannya boleh menjadi bahan perbandingan, dibandingkan pula dengan dua ikon negara yang tentunya hebat dan megah itu. Kehebatan dan kemegahan Masjid Negara dan Masjid Putra s...

Tuan Guru Haron Din, Ismail Kamus, Dr. Hasan Mohamed Ali....who else?

Image
Oleh benmoktar " “Menjana Islam Syumul di Kalangan Ummah” adalah tajuk Forum Perdana Ehwal Islam anjuran bersama kerajaan negeri Selangor dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah berlangsung pada hari Ahad, 27hb. April 2008 di Stadium Melawati, Shah Alam. Ahli panel forum ini adalah terdiri daripada YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, YBhg. Dato’ Ismail Kamus dan YBhg. Ustaz Roslan Mohamed. Manakala moderator forum ini ialah Y.B. Dato’ Dr. Hasan Mohamed Ali yang juga Adun Gombak Setia dan Exco Kerajaan negeri Selangor. Ahli panel forum ini adalah terdiri daripada YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, YBhg. Dato’ Ismail Kamus dan YBhg. Ustaz Roslan Mohamed. Manakala moderator forum ini ialah Y.B. Dato’ Dr. Hasan Mohamed Ali yang juga Adun Gombak Setia dan Exco Kerajaan negeri Selangor. Sebelum forum bermula, orang ramai telah memenuhi stadium sejak waktu maghrib lagi. Apabila masuk waktu Isyak bahagian utama stadium (bahagian yang mendatar) telah dipenuhi oleh orang ...

Berilmu Tetapi Tidak Berakhlaq?

Image
Oleh anak_pejuang "Kes 1 : Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat. Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh - ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat. Malangnya - yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Manakala dalil yang terkuat baginya - juga sebenar...

Hanyut Dalam Dunia Sendiri

KUALA LUMPUR: “Apa kelebihan sebenarnya yang hendak ditonjolkan seorang artis? Adakah tubuh badan atau bakat?” demikian persoalan dilontarkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengulas kontroversi terbaru membabitkan pelakon wanita yang berpakaian menjolok mata tersebar di Internet. Katanya, inilah masalah yang membelenggu dunia hiburan tempatan dewasa ini kerana golongan artis lebih gemar mencipta kontroversi dengan menayang tubuh daripada menonjolkan bakat semata-mata mengejar populariti. Dr Asri berkata, sepatutnya golongan berkenaan menggunakan bakat dianugerahkan untuk menonjolkan sesuatu yang positif kerana artis juga berperanan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, bukannya memburukkan lagi dunia hiburan dengan menimbulkan perlakuan negatif. Menurutnya, golongan ini sebenarnya lupa mengenai tanggungjawab dan hanyut dalam dunia ciptaan mereka sendiri tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat dan asal-usul kerana pergaulan terbatas hanya sesama mer...

Kenapa takut sangat dengan pelajar agama?

Image
Oleh haris " Menyoroti tindakan dan tekanan yang dilakukan oleh kerajaan kepada pelajar agama memang ‘menakutkan’. Menakutkan disebabkan sampai begitu sekali kerajaan lakukan kepada mereka yang mendalami ilmu yang boleh membawa taqarrub kepada Allah. Bermula dari peringkat serendahnya iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR) lagi mereka ingin cantas padahal apa yang diajar disekolah tersebut bukan ilmu untuk berhibur semata-mata tetapi diadun dari ilmu akademik dan juga ilmu akhirat. Kerajaan memikirkan seolah-olah sekolah tersebut melahirkan pengganas cilik yang akan mengebom Putrajaya barangkali. Itu cerita peringkat rendah, kalau kita kita pergi lebih tinggi sikit di peringkat menengah dalam tahun 2000 rasanya disekat pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Ugama yang berada di tingkatan 6 bawah dari melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah sebaliknya dibuat sistem baru iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia. Dengan memiliki sijil ini barulah pelajar tersebut boleh ke Timur Tengah. Da...

Sindikit Jual Bayi : Pandai Tapi Jahat Bila Tiada Iman

Sindiket jual beli bayi dibongkar di Johor Bahru 24/05/2008 3:13pm JOHOR BAHRU 24 Mei — Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibupejabat Polis Bukit Aman dan Kontinjen Johor berjaya membongkar satu sindiket jual beli bayi di sini pada hari Khamis lalu, dan menyelamatkan empat orang bayi berusia antara tujuh bulan dan setahun. Polis turut menahan 14 wanita termasuk dua warganegara jiran dan sembilan lelaki termasuk seorang warganegara jiran berumur antara 20 dan 60 tahun, yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu. Ketua JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor SAC II Amer Awal berkata semua mereka ditahan selepas JSJ Bukit Aman dan Johor menyerbu sebuah klinik swasta dan empat buah rumah di sekitar bandar raya Johor Baharu pada petang Khamis lepas, selepas mendapat maklumat orang ramai. "Dalam serbuan ke atas empat rumah berkenaan, polis menemui tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan berusia antara tujuh bulan dan setahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Berita lanj...

IMAM OH IMAM..

Image
http://najwasuhaimi.blogspot.com/ Imam dan masjid merupakan institusi yang penting. Imam seharusnya menjadi contoh kepada seluruh masyarakat. Serba serbi perlu di jaga. Pergaulan, tuturkata, tindakan dan ahli keluarganya juga mesti dijaga Imam juga tidak seharusnya terlibat dengan perniagaan yang syubahah dan menyertai mana mana pertandingan yang mengandungi unsur larangan agama. BERITA HARIAN 22 MEI 2008 Kita merasa hairan bila ada imam yang terpedaya dengan sindiket SMS AF6. SMS yang menawarkan hadiah RM14,000. Kita hanya mengetahui imam terlibat apabila dia ditipu. Kalaulah peraduan itu betul betul menawarkan hadiah sebanyak itu, alamatnya .... lu fikirlah sendiri Seruan saya... Wahai Imam, wahai golongan agama jadilah contoh dalam masyarakat. Jauhilah perkara-perkara syubhah dan haram. Tindak tanduk anda menjadi hujah kepada orang jahil untuk menghalalkan apa yang haram . >>>(ilhamnajmi)

Pemakaian gelang bermagnet harus jika penuhi empat syarat

IPOH: Pemakaian gelang bermagnet yang dikatakan mempunyai unsur perubatan dan menjadi tren kini adalah harus sekiranya memenuhi empat syarat yang ditetapkan, kata Ketua Penolong Mufti Negeri Perak, Ustaz Zamri Hashim. Beliau berkata, syarat pertama ialah pemakai gelang bermagnet itu tidak beri’tiqad (kepercayaan atau keyakinan di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kerana yang memberi kesan adalah Allah SWT. "(Kedua) Tidak berniat memakai gelang berkenaan kerana menyerupai wanita dan bukan bertujuan untuk bermegah kerana semakin lahir kebelakangan ini tren menghiasai gelang berkenaan dengan aksesori seperti perhiasan wanita. Haram memakai gelang yang diperbuat daripada emas,” katanya di dalam satu kertas kerja ringkas yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak di sini. Beliau berkata syarat seterusnya (ketiga) ialah gelang bermagnet itu mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam t...

Khutbah 'cinta terlarang' mahu ubah perspektif umat Islam?

Image
Oleh : Adnan Ibrahim Harakahdaily.net Khutbah Jumaat di masjid hari ini membawa tajuk berjiwa remaja iaitu `Cinta Terlarang' . Tajuk ini juga sering kali diguna penulis cereka seperti novel dan cerpen atau skrip drama. Apa maksud pihak berkuasa agama menggunakan tajuk tersebut? Mungkin juga satu provokasi untuk menarik jemaah masjid lebih mendengar khutbah daripada tidur di samping menarik remaja mengikuti kandungan khutbah yang disampaikan. Apa yang pastinya dibarisan depan jemaah solat ramai golongan berusia berbanding golongan belia yang lebih suka duduk di belakang. Kemungkinan juga tajuk yang digunakan sebagai pendekatan di masa akan datang untuk menarik golongan belia lebih ke saf depan dalam masjid. Bagaimanapun pengertian daripada khutbah yang ingin disampaikan katib itu lebih diberi keutamaan walaupun ia nampak tidak serius. Perkara utama yang sukar dirungkai dalam masyarakat sekarang ialah bagaimana untuk mengatasi masalah manusia bercinta sehingga mengundang kemungk...

Kita Hanya Pengembara Di Dunia Ini

Oleh : isma daud Semalam (Jumaat) saya telah menyampaikan Khutbah Jumaah di Masjid An-Nur, Sibu. Ini kali ke dua pada tahun ini saya berkhutbah di sini. Saya cuba mengembangkan idea yang ringkas dalam khutbah tersebut dengan sedikit pengembangan idea di sini. Saya cuba menarik perhatian para jamaah kepada sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Daripada Abdullah Bin Umar (r.hm) berkata bahawa Rasulullah SAW sambil memegang bahunya bersabda: "Jadilah kamu (semasa hidup) di dunia seolah-olah kamu seorang pengembara atau menyeberang sebatang jalan". Lantas Ibnu Umar (r.hm) berkata: "Apabila kamu berada di waktu petang; janganlah kamu bertangguh-tangguh ke waktu pagi dan apabila kamu berada di waktu pagi; janganlah kamu bertangguh-tangguh ke waktu petang. Rebutlah masa sihatmu daripada tiba saat sakitmu dan masa hidupmu daripada sampainya saat kematianmu" . Ada beberapa petunjuk daripada hadis ini: Pertama: Hakikat hidup di dunia ini ; Setiap s...

Hebatkan generasi Islam Hadhari

Image
Gambar di bawah ni sebagai renungan buat mereka yang asyik memuja artis dan menjadikan mereka idola. Saya tidaklah berniat untuk memastikan gambar ini benar atau superimpose. Saya ingin mengajak agar umat Islam sedar betapa hanyutnya generasi Islam Hadhari dan gagalnya konsep Islam Hadhari melahirkan insan beriman dan bertaqwa. Marilah kita menolak unjuran Islam Hadhari dan pemimpin-pemimpin serta pejuang-pejuang mereka dan kembali kepada perjuangan Islam dan mereka yang mahukan Islam. Perkara buruk bukan untuk dibanggakan tetapi untuk dicegah. Bertaubatlah. Sumber asal: www.kerenahdunia.blogspot.com Photo Credit: gambarartis. blogspot.com.

Mahathir ceraikan parti dalam Umno hadapi 'Taufan Nargis'

Image
Wan Nordin Wan Yaacob Tanpa disangka-sangka, ahli seumur hidup Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengeluarkan kenyataan keluar dari parti nasionalis itu serta-merta kerana tidak yakin dengan kepimpinan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Selepas lebih dua tahun, Mahathir berkelana bersama beberap rakan veterannya termasuk Sanusi Junid menghentam Abdullah, kini beliau merealisasikan hentamannya itu dengan bertindak keluar parti. Alasan yang diberikan tidak lari dari permasalah kerajaan dan parti yang dipimpin seorang Perdana Menteri yang sering digelar sebagai 'penidur'. Jika sebelum ini, kritikan Mahathir terhadap Abdullah sering disulami dengan alasan bahawa bekas Perdana Menteri itu sayang dengan Umno, namun kini 'lafaz cerai' telah disebutkan. Sanusi antara pemgikut setia Mahathir yang turut serta meninggalkan parti nasionalis itu, dan kini rakyat menunggu anak bekas Perdana Menteri itu (Mukriz) pula berbuat demikian. Bagaikan 'Taufan Nargis...

Dr Mahathir keluar Umno

Image
Ihsan Malaysiakini.com Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian. Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003. Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia. Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union. Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan. Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa. Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majl...

Ratapan dan air mata keluarga mangsa gempa bumi China

Image
Oleh cina-islam " CHINA, 18 Mei :-Sehingga pukul 2.00 petang tadi, jumlah korban dalam gempa bumi Sichuan mencatat 28,881 orang manakala kecederaan mencecah 200 ribu. Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri, Wen Jiabao mengarahkan mangsa-mangsa dalam gempa bumi Sichuan mesti segera diselamatkan. Pasukan penyelamat sedang melakukan usaha gigih untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap. Seramai 110 ribu orang askar dan polis terlibat dalam kerja-kerja menyelamat di 58 buah kampung yang mengalami kesan kemusnahan yang agak teruk di Sichuan. 163 orang berjaya diselamatkan. Sehingga pukul 8.00 malam semalam, 110 ribu orang mendapat rawatan di hospital. Pegawai dari Jabatan Pelancongan Jiuzhaigou, Sichuan menyatakan, kira-kira sepuluh ribu orang pelawat yang terkandas selamat dibawa keluar dari destinasi pelancongan Jiuzhaigou. Kemudahan di kawasan itu tidak terjejas. Tiada wabak penyakit atau peristiwa kecemasan kesihatan dilaporkan. Sehingga semalam, bekalan air dipulihkan ...

Gempa bumi Melanda Wilayah Sichuan, China.

Image
Gegaran dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter itu menggegarkan kawasan yang paling teruk terjejas dalam gempa bumi Isnin lalu yang dianggarkan meragut lebih 50,000 nyawa di wilayah Sichuan ini. Wilayah ini telah mengalami sekurang-kurangnya 24 gegaran susulan melebihi 5.0 pada skala Richter sejak gempa bumi bermagnitud 7.9 itu. Dalam situasi sedemikian pasukan penyelamat tetap bertungkus-lumus untuk menyelamatkan lebih 10,000 orang yang dipercayai masih terperangkap di dalam runtuhan walaupun harapan semakin tipis ketika ini. Sementara itu hujan lebat turut menambahkan kesengsaraan kebanyakan daripada 4.8 juta penduduk yang hilang tempat tinggal. Berpuluh-puluh ribu penduduk berkenaan berteduh dalam keadaan menyedihkan di di bawah khemah sementara yang bocor di pekan Maoxian. Mereka amat memerlukan bantuan makanan, ubat-ubatan dan perlindungan lebih sempurna, menurut laman web Sichuan News. Hujan di Maoxian menyebabkan penduduk ditimpa bencana demi bencana,” lapor akhbar i...

Sempena Hari Guru - Penghormatan kepada guru - Antara kebenaran dan kepalsuan

Image
Oleh: Zainudin Hashim Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik. Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada. Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari: Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kek...

Kenaikkan harga beras dan pengajarannya?

Image
Oleh asli KRISIS HARGA: Pengguna memberi tumpuan terhadap harga beras ketika tinjauan di Kuala Lumpur, semalam. Beras Super Special Tempatan 15 peratus dan 10 peratus tidak lagi dibekalkan kepada peruncit di sini sejak sebulan lalu. Hanya beras Super Special Tempatan lima peratus dan beras Basmahti dibekalkan pemborong tetapi pada kuantiti jauh lebih rendah dan harga lebih tinggi berbanding sebelum ini. "Pelbagai pro dan kontra isu beras ni,namun ada baik dan ada buruknya,baik yang saya lihat ialah dapat memberi pengajaran kepada kita untuk menilai manusia2 yang susah baik berbentuk individu ataupun negara seperti Palestine dan baru2 ini negara yang dilanda malapetaka seperti Manymar dan China. Mereka juga dilanda krisis makanan,walaupun mereka majoriti kafir namun krisis makanan mengajar kita erti kesusahan,kesusahan sebenarnya perlu setiap masa mengikut hemat saya contohnya jika Islam dicerca kesusahan amat perlu dalam melakukan boikot sesuatu produk contohnya jika dulu kita mak...

Sekadar Renungan Buat Guru

Image
SeLaMaT Hari Guru ( 16 Mei 2008 ) Persoalan? Masih tundukkah pelajar hari ini kepada Guru? Sejauhmanakah pula tahap penghargaan ibubapa terhadap guru-guru kepada anak mereka? Sebanyakmana pula penghormatan masyarakat terhadap guru pada hari ini? _______________________________________________________ SELAMAT HARI GURU 'MALANG' Oleh yb_pmn Saya nak ucapkan selamat hari guru buat semua warga guru di tanahair darat, laut atau udara..Huhuhu! Macamana tu? Ye lah...dah guru Malaysia kan GLOKAL...mesti sampai dah taraf tu...kan? Mesti ada kat mana2 darat, air ka udara. Seronok jadi guru kat Malaysia, cemerlang, gemilang, terbilang & temberang. Hehehee....tang temberang tu, bila time ajar Sain & Matematik dalam Bahasa Inggeris lah. Mana ada guru yang BI dpt 9 mampu ajar semua tuh! Kan temberang namanya. Dulu tak ada nak jadi cikgu, kononnya 'komang' tak standard, itulah...inilah, macam2 alasan. La ni..haha tengok macamana? Tak abih exam lagi dah tanya borang nak masuk...

Cadangan Makan Ubi Ganti Nasi Sindir Pemimpin Umno!

Image
Oleh pemudawilayah "Cadangan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin berhubung pengambilan ubi keledek bagi menggantikan nasi ekoran krisis makanan dan kekurangan bekalan beras negara adalah tepat pada masanya. Di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah serta Jepun, rakyat mereka hanya makan ubi sebagai makanan ruji dan gandum atau nasi adalah sumber karbohidrat yang kedua. Membaca cadangan ini pada kali pertama, secara tidak langsung membawa memori kita semua mengimbas kembali zaman Jepun bila mana beras amat susah dicari. Pada zaman itu, nenek moyang kita terpaksa mengorek tanah mencangkul ubi. Dari spesis ubi kayu hinggalah spesis ubi keladi. Semua yang ada jadi rebutan. Tamat sahaja zaman perang semuanya kembali seperti sedia kala dan beras makin mudah diperolehi. Sebaik sahaja negara Merdeka dari tangan British maka Umno ambil alih pemerintahan negara. Dari Parti Perikatan mereka membangun kepada Barisan Nasio...

Anak muda baiki taraf hidup dengan menjadi pesawah

NIBONG TEBAL: Tidak seperti kebanyakan anak muda lain di Pulau Pinang yang lebih berminat bekerja dalam sektor perindustrian, Hamid Mat Desa, 27, memilih haluan sendiri dengan meneruskan pekerjaan turun temurun keluarganya sebagai pesawah. Langkah Hamid menceburi bidang itu sejak tahun 1999 selaras dengan hasrat kerajaan melipatgandakan usaha meningkatkan pengeluaran padi negara lebih-lebih lagi ketika harga beras kini melonjak di pasaran dunia. Baru-baru ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meletakkan sasaran meningkatkan pengeluaran padi negara, daripada 72 peratus kepada 80 hingga 90 peratus pada musim akan datang. Ia bertujuan mengurangkan kebergantungan negara terhadap beras import. Malaysia mengimport 30 peratus keperluan beras iaitu kira-kira 700,000 metrik tan setahun, sebahagian besarnya dari Thailand dan Vietnam. Justeru, Hamid yang mengusahakan kira-kira lima hektar sawah padi di Nibong Tebal boleh berbangga ketika ini kerana beliau merupakan antara penyumbang ...

Wahai Muda-Mudi, Artis Bukanlah Idola dan Ikutanmu

Oleh emuslim Melihat kepada perkembangan dunia hiburan di Malaysia ini, tidak dapat dinafikan bahawa hiburan di negara kita boleh dikatakan berada pada tahap yang amat ‘memberangsangkan’. Manakah tidaknya, muda mudi sekarang di dalam minda mereka hanya artis itu dan ini, gaya pakaian artis, apa artis buat, perangai artis dan sebagainya. Perbualan harian pun berkisar tentang hiburan dan artis. Jauh sekali memikirkan atau membincangkan mengenai Al-Quran, hadis, akhlak, ulama’, kepimpinan, perjuangan dan islah. Manakala media pula seakan-akan berlumba-lumba untuk mencari lebih banyak liputan, siaran langsung berkenaan dengan hiburan artis yang bagi mereka boleh menaikkan populariti dan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira perkara yang lebih penting untuk di masukkan dalam slot mereka. Akibatnya dunia hiburan berada bukan ditempatnya. Atau dengan erti kata lain dunia hiburan berada di tempat paling utama di hati muda-mudi kita. Sehinggakan lauk pauk mereka hanyalah hiburan, artis, d...