Lagi Emel Deny Den

Emel; 11/12/07
Terima kasih ustat atas penjelasan ustat.
kenapa semasa sembahyang mesti mengarah ke kiblat? adakah ia arah dimana terletak nya MEKAH?
apa kaitan adam dan hawa dengan Agama Islam. (manusia pertama di dunia)? adakah mereka MUSLIM?

ustat mungkin soalan saya macam budak budak tapi saya keliru dengan soalan soalan macam ni dalam otak kepala saya.
dan sya malu nak tanya kawan kawan i nanti kena buli. tai saya rasa jawapan bagi soalan saya ada seribu maksud.

rgds
deny

Jawapan;

Salam Sejahtera.

Pertama, saya suka menyebut bahawa orang yang suka bertanya adalah yang sedang membuka sebuah gedung ilmu yang luas, teruskan budaya bertanya dan jangan malu bertanya. Orang yang suka merendahkan pertanyaan orang tanda kurang ilmu dan dangkal akalnya. Walaupun sesuatu yang kita fikir remeh tetapi ianya tidak remeh sebenarnya. Bagi orang yang tahu bertanya ada pula tujuannya agar orang yang lain turut sama mendapat ilmu. JADI DIA BERTANYA BUKAN UNTUK DIRINYA TETAPI UNTUK KEBAIKAN UMUM. Teruskan tabiat yang baik. Malu bertanya sesat jalan. Bayangkan jalan yang kita nak tanya itu mungkin terlalu mudah untuk orang lain tetapi kita tidak pula pernah sampai ke situ, sudah tentu kita boleh sesat juga kan?

Kedua; Solat (Sembahyang 5 Waktu Sehari semalam) adalah rukun Islam dan menjadi kewajipan kepada orang Islam menunaikannya sebagai pengabdian diri terhadap Allah SWT. Walaubagaimanapun ramai orang Islam yang mengabaikannya. Itu tanda lemah imannya. Sebagaimana saya terangkan hanya Allah yang wajib manusia sembah dengan sebenar-benarnya bukan tuhan yang lain sebagaimana yang dianggap oleh setengah manusia. Allah yang mencipta manusia, menjadikan rezeki dan segala sesuatu; maka layaklah Allah kita sembah dengan sebenar-benarnya. Solat adalah cara kita beribadah kepadaNya dan banyak lagi cara yang lain seperti puasa, zakat, haji, mentaati ibubapa, taat guru, mencari kehidupan, makan, minum termasuk dalam urusan muamalah dan kahwin, semuanya adalah ibadah kepada Allah SWT. Sebab itu kita kena hidup mengikut perintah Allah dan tidak boleh derhaka kepadaNya. Setiap amalan baik akan mendapat ganjaran pahala dan syurga di akhirat nanti manakala dosa dan neraka bagi orang yang syirik ( mengadakan tuhan yang lain), derhaka dan berbuat maksiat kepadaNya.

Ketiga: Mengapa solat mesti menghadap kiblat? Kiblat adalah syarat wajib solat. tidak sah solat jika tidak menghadap kiblat. Kiblat adalah tanda arah tuju dan penyatuan hati umat Islam seluruh dunia. Dimana kita berada mesti mengarahkan solat kita ke arah kiblat. Ini menunjukkan orang Islam mempunyai tuhan yang satu, arah kiblat yang satu, matlamat hidup yang satu. Kiblat umat Islam bukan bermaksud menghadap Makkah tetapi menghadap diri kepada satu perintah Allah SWT. Kiblat umat Islam asalnya menghalakan ke arah Baitul Maqdis, Palestin (sekarang di bawah jajahan Israel) kemudian di perintahkan oleh Allah memalingkannya ke arah Baitillah al-Haram di Makkah. Kiblat adalah tempat hadap makhluk dibumi dan malaikat makhluk dilangit. Kiblat bagi malaikat ialah di Baitil Makmur (Wallahu A'lam).

Ketiga: Apa kaitan Adam dan Hawa kepada umat Islam atau agama Islam? Islam agama Allah sejak manusia diciptakan sehingga hari kiamat. Firman Allah SWT; "Agama yang diakui disisi Allah hanyalah Islam". FirmanNya lagi; "Tidaklah Muhammad itu sahaja Rasul tetapi telah mendahului sebelumnya rasul-rasul". Nabi Adam adalah manusia pertama ciptaan Allah dan Rasul pertama kepada manusia. Sebab itu orang Islam mesti beriman dengan semua rasul yang diutuskan oleh Allah SWT. Sudah tentulah semua Rasul itu Muslim termasuk nabi Isa (Jesus) yang dianggap tuhan oleh golongan Kristian. Rasul adalah manusia biasa, yang diwahyukan oleh Allah dan diperintahkan supaya menyampaikan ajarannya kepada manusia dan kaum masing-masing supaya mereka mendapat bimbingan dan menyembah Allah SWT. Rasul diutus oleh Allah seramai 313 orang dan nabi pula sekitar124,000 orang. Maka salahlah tanggapan setengah pihak yang mengangkat mereka mencapai tahap anak tuhan, bahkan penebus dosa tuhan dan menganggap mereka sebagai Tuhan. Orang Islam wajib mengimani kepada semua Rasul sedangkan agama lain hanya beriman kepada rasulnya sahaja bahkan mendustakan rasul mereka sendiri dengan mengada-adakan perkara yang tidak diajar oleh rasul mereka sendiri. Semuanya mengikut akal dan logik sendiri.

Keempat: Hawa adalah isteri Adam. Hawa dijadikan daripada rusuk kiri Adam sebagai teman dan penghibur hati Adam, makhluk Allah yang diberikan peranan untuk meneruskan zuriat Adam sehingga hari Kiamat. Jadi kita ini adalah anak cucu Adam dan Hawa. Kita semua adalah cucu cicik Adam yang asalnya dari tanah. Cuba cium bau tubuh kita ada bau tanahtak? Dari tanah manusia dicipta dan kemudianya diciptakan daripada saripati ( sperma) dan disenyawakan dalam rahim Hawa (wanita) maka dibentuk menjadi darah, dari segumpal darah menjadi daging, kemudian dibentuk tulang dan disalut daging, dibentuk kejadian manusia dan ditipukan ruh dan apabila disempunakan kejadiannya Allah jadikan baginya rezeki dan lahirlah didunia dengan tujuan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Bukannya derhaka dan menyembah yang lain daripadaNya atau berlaku syirik kepadaNya.

Semoga penjelasan saya kali memuaskan hati. Jika ada kekeliruan sila kemukakan lagi soalan2 yang mungkin boleh saya bantu sekadar ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepada saya. Insya Allah> Wassalam!!!.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?