Syisya Atau Hogah : Apa Tu? Boleh Sedut Ke???

Oleh isma daud


Gambar syisya : Ehsan daripada FB : Wan Syarafi, syukran.
Apabila saya ditanya oleh murid saya tentang syisya saya agak terpinga-pinga. Maklumlah saya bukan jenis merokok dan menyedut benda-benda pelik ni. Rupa-rupanya "Hogah". "Syisya" rupa-rupanya "Hogah". Darat juga ambo nih... Bila saya cari dalam carian google, banyak sudah orang bicara pasal syisya atau hogah ni. Kliklah dekat link atas tu untuk tahu serba sedikit pasal benda ni.

Menurut sahabat saya yang bekerja dekat MPKB , yang saya petik dari laman facebooknya; di Kota Bharu sudah ada dikuatkuasakan larangan terhadap syisya ini . Beliau menulis bahawa MPKB-BRI akhir2 ini sedang giat mengambil tindakan merampas perniagaan Syisya di premis2 di dalam kawasan Kota Bharu kerana perniagaan ini tidak dibenarkan oleh MPKB dibawah Undang2 Kecil MPKB Tred Perniagaan Dan Perindustrian 3u(1). Bagaimana bandar-bandar lain, ada buat tindakkan yang sama ke?

Setelah saya membaca beberapa artikel di laman blog, buat tambah maklumat diri sendiri, saya dapati gejala menghidup syisya ini mendatang kesan buruk kepada penggunanya yang boleh mendatangkan ketagihan seperti rokok juga. Bahkan wabaknya sama atau lebih teruk daripada rokok lagi.


Jangan Memudharatkan Diri Sendiri Dan Orang Lain

Kalau mengikut kaedah usul fiqh maka saya tidak syak lagi syisya ini termasuk dalam perkara yang memudharatkan diri dan menjadi satu batu loncatan kepada merebaknya bentuk-bentuk ketagihan yang telah sedia ada seperi rokok, dadah dan sebagainya. Di dalam al-Quran jelas menyatakan bahawa " Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka." (al-A'raf: 157). Jadi syisya ini termasuk dalam perkara yang diharamkan kerana kesannya yang buruk kepada diri penyedutnya dan orang lain juga. Kesan-kesan kepada orang yang menggunanya bergantung kepada bahan yang digunakan oleh penggunanya. Apabila saya semak kepada bahan-bahan yang diutarakan dalam beberapa tulisan, saya yakin dalam situasi masyarakat hari ini yang telah ramai terperangkap dalam gejala dadah, rokok dan pelbagai bahan mengkhayalkan, tidak mustahil mereka tidak hanya menyedut sirap pekat dari buah-buahan bahkan menggunakan tembakau dan arang . Bahkan  ianya berkembang menjadikan tembakau yang diperam itu di"ibda'kan dengan pelbagai perisa buah-buahan seperti epal, strawberi, ros, mangga, cappucino, vanilla, kelapa, cherry, anggur, pisang, kiwi, blueberry, kopi arab, campuran buah-buahan, tembikai, oren, dan banyak lagi. Begitu bervariasi sekali.

Maka kalau kita bercakap pasal hukum, saya berpendapat bahawa ianya haram; bukan makruh.

Suara Nakal

Ada suara-suara nakal seperti ini; "kita xleh nk haramkn 100% shisha & rokok ni sbb klu tak bleh isap shisha & rokok, agk2 dmo ni akn isap gpo???" Dadah ko.. Ganja..ko sebagai gantinya". Dari persoalan itu sudah jelas bahawa akan ada jalan yang lebih rosak daripada keseronokan sahaja. Ianya akan merebak kepada jalan yang lebih buruk. Jadi sudah nampak di situ kesan negatif yang timbul. Kepada mereka yang kasihan kepada mereka yang merokok dan syisya ini perlu melihat kepada kaedah " Saddu Zaraa'i " ; jalan-jalan pencegahan kerana mencegah itu lebih baik daripada merawatnya.

Pesanan Kepada Murid-MuridKu...

Jangan cuba-cuba dekati kepada syisya ini. Alam sekitar kita telah sesak dengan pelbagai pencemaran, usah ditambahkan lagi dengan pencemaran pandangan yang menyakitkan mata bila kian ramai menggunakan syisya ini. Masalah yang telah sedia ada tidak dapat dibenteras, ditambahkan lagi dengan gejala seperti ini.
"Cintailah Alam Sekitar Kita!!!"

Sudah ustaz jelaskan keadaannya. Hindarilah ia, Jauhilah Ia. Wallahu A'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?