Media Arus Perdana Dan Laman Pro UMNO/BN Jalankan Kerja Fitnah

Oleh isma daud

"Lembu Punya Susu , Sapi Punya Nama ; Orang Lain Buat Kerja Orang lain Dapat Nama."




Datuk Shaikh Harun 
Isu Asal ; 11 Mac 2011, Md Din Jusoh ditangkap berkhalwat dengan Dede Kurniasih (seorang warganegara Indonesia).(Mohd Din) itu tinggal di Kampung Tok Dir, Bukit Payung. Beliau telah mengaku bersalah dan membayar hukuman denda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang pada 14 Mac 2011. Itu cerita asal. Mana gambarnya??? Orang kampung yang tiada kepentingan berita, mana ada gambar.... siapa mahu ambil gambarnya. Dalam banyak berita disiarkan gambar lelaki ini; bersongkok, berkot dan bertali leher.... Darjat Mohd Din sudah naik....

Sebenarnya ada pihak salah faham terhadap lelaki yang menghias artikiel mengenai khalwat ini. Lelaki yang bersongkok dan berkot ini ialah Persuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Isu Yang Dibina : Cubaan Jatuh dan Malukan ADUN Bukit Payong , YB Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah (PAS). Mohd Din ditabalkan sebagai Pegawai Wakil Rakyat.... Mohd Din telah jadi Pegawai ADUN. Oleh kerana dia ditangkap khalwat, dia dinamakan pegawai wakil rakyat di cekup khalwat... Mohd Din ditangkap khalwat memang benar sebagaimana disahkan oleh pihak penguasa agama yang bertanggungjawab. Istimewa Mohd Din ini ada hubungan kekeluargaan dengan ADUN tersebut, sebagai bapa saudara , dia terus dapat jawatan itu. Selain itu beliau juga ditulis sebagai pegawai khas YB tersebut.

Sekarang ; Apa telah dilaporkan? Laman Blog darulehsantoday (Pro-UMNO) siar gambar Mohd Hassan Husin sebagai Pegawai ADUN khalwat. Ini gambar yang disiarkan. Saya ambil semula gambar tersebut di laman blog itu. Kasihan orang yang tiada kena mengena dikambing hitamkan oleh media tidak bertanggungjawab ini.

artikel mengenainya telah dibuang daripada blog darul ehsan today
Mohd Hassan Husin, 49, (gambar kiri) dari Kampung Gemuruh, Bukit Payung menjadi mangsa fitnah 'Pegawai ADUN Khalwat', yang  diletakkan gambarnya oleh pengendali laman blog “darul ehsan today” sebagai tertuduh kes khalwat berlaku di Bukit Toman, Marang, sebagaimana dilaporkan akhbar.

Sehubungan dengan itu Mohd Hassan telah membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.

Mohd Hassan mendakwa malu dengan fitnah yang tidak berasas itu dengan sewenang-wenangnya menyiarkan gambar pada laporan berita tidak benar.

Katanya, dengan tersebar luas berita dan gambar tersebut telah menjejaskan reputasi serta dipandang serong oleh masyarakat umum.

“Ini memalukan saya, dengan mereka meletakkan gambar saya pada laporan berita yang ditangkap kerana kesalahan khalwat itu.

“Orang ramai yang mengenali saya akan membuat andaian bahawa saya yang terlibat dengan kesalahan tidak bermoral dan dipandang serong oleh masyarakat,” jelasnya ketika ditemui selepas membuat laporan polis tersebut.

Beliau mahu pihak polis segera menyiasat bagaimana gambar tersebut dirakam dan diperolehi oleh pihak pengendali laman web berkenaan.

Menurut Mohd Hassan, laporan berita berunsur fitnah itu sengaja dibuat bagi menjatuhkan kredibiliti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung dan dirinya dengan PAS.

“Gambar saya itu diambil ketika program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak, 12 Mac lalu. Saya hanya duduk suka-suka sahaja di atas sebuah motosikal.

“Jadi dia guna gambar ini seolah-olah orang yang ditangkap khalwat itu adalah saya. Nama saya sebenarnya, Mohd Hassan Husin, 49, dan tidak ada kena-mengena dengan orang yang ditangkap berkhalwat (Mohd Din Jusoh) itu yang berusia 52 tahun.

“Saya tinggal di Kampung Gemuruh sedangkan suspek sebenar (Mohd Din) itu tinggal di Kampung Tok Dir, Bukit Payung,” ujarnya.  (Sumber Buletin Online)

Cerita disensasikan;

1. (Mohd Din) : Pegawai ADUN Mengaku Khalwat ; Berita Harian Online (baca sini). Pegawai Wakil Rakyat Dicekup Khalwat ; Sinar Harian Online (baca sini) .

Berita siaran Sinar Harian

Laporan polis;

Sehubungan dengan itu satu laporan polis telah dibuat oleh YB Mohd Nor Bin Hamzah di Balai Polis Chendering pada 14 Mac 2011.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Chendering

____________________________
Catatan URD : penulis adalah anak jati kampung Tok Dir, masih kenal dengan Mohd Din, YB dan Mohd Hassan. Berhati2lah dalam menerima sesuatu berita kerana didalamnya tersimpan di antara perkara benar dan palsu, yang mendatangkan pelbagai fitnah kepada pihak lain. Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?