Saiz Isi Rumah Paling Tinggi, Paling Subur

Oleh isma daud

Kenyataan Akhbar : "Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan saiz isi rumah paling tinggi berbanding negeri lain, masing-masing mencatatkan kadar purata 5.88 peratus, 4.86 peratus dan 4.78 peratus."- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Kelantan, Terengganu Dan Sabah; 3 negeri miskin di Malaysia tapi paling subur warganya. Dulu pernah saya siarkan kajian JAKIM bahawa Kelantan negeri paling banyak mengamalkan hidup berpologami dan kini ia di antara 3 negeri yang subur dengan pertumbuhan penduduknya.

gambar : sekadar hiasan

Selain isu penerimaan kepada poligami, saya berpendapat bahawa mungkin beberapa faktor ini  menjadi sebab utama kepada pertambahan penduduk di negeri-negeri tersebut;

1.  Kahwin Awal Usia ; ramai yang kahwin awal  seawal umur 19 tahun. Berbanding di negeri-negeri tertentu ramai yang mengejar kerjaya, di sini mereka lebih kepada mengukuhkan institusi keluarga. Bapa suka anak gadis mereka berkahwin awal usia dan persepsi buruk masyarakat juga tinggi jika anak dara mereka kahwin lewat. Ini  kerana tugas bapa yang tidak mampu menampung keperluan keluarga akan diserahkan kepada sang suami. Beban yang ditanggung oleh bapa telah berpindah ke tangan suami.   Bukan bapa tidak mahu bertanggungjawab tetapi menjaga kesejahteraan anak perempuan mereka. Perkahwinan diusia muda memampukan sesebuah rumah tangga mendapat zuriat dan tempohnya  agak lama. Tahap kesuburan juga amat tinggi kerana mereka boleh merancang dengan baik masa sesuai mendapatkan anak. Masa sesuai mendapatkan zuriat adalah diusia muda .

2. Kos Hidup Murah ; Boleh jadi orang di ketiga-tiga negeri ini banyak masa untuk bersama keluarga kerana kebanyakkan pekerjaan mereka adalah nelayan dan petani. Walaupun ramai yang kerja makan gaji baik dengan kerajaan atau swasta, saya berpendapat penduduk di negeri-negeri ini lebih ramai yang minat berniaga dan kerja sendiri. Keluangan masa dengan keluarga dengan corak hidup masyarakat yang sederhana mereka mampu beranak ramai. Berbanding mereka yang tinggal di bandar besar yang sentiasa dilanda kesibukan dan tekanan pelbagai menjadikan mereka berfikir banyak untuk beranak ramai atau memiliki keluarga besar. Di 3 negeri ni kos kehidupan masih murah, dengan pendapatan rendah mereka masih mampu mengharungi kehidupan dengan sederhana. Kalau hidup di bandar besar dan negeri tertentu dengan pendapatan bersih RM3 ribu pun masih dianggap  miskin. Cukup2 saja.

3. Kesedaran beragama yang tinggi yang menggalakkan orang suka beranak pinak. Dorongan agama dan pegangan agama menjadikan mereka tidak takut beranak ramai kerana anak mendatangkan rezeki kepada mereka. Namun tidak dinafikan mereka yang datang daripada golongan berpendapatan rendah, tahap ilmu mereka pun rendah jadi mereka jahil dan tidak tahu tentang perancangan keluarga menyebabkan walaupun mereka miskin dan tidak mampu masih ada ramai anak.... ada yang tidak mampu menanggung terpaksa memberinya kepada orang lain.

Di sini tidaklah bertujuan untuk menafikan orang di negeri-negeri lain tidak beranak ramai. Di sini kita berbicara tentang puratanya anak-anak mereka ramai.  Sebab orang mahu beranak ramai ini tidak mengira siapa dan datang dari negeri mana. Cuma dalam bancian yang dibuat purata mereka yang isi rumah mereka besar datangnya dari tiga negeri tersebut.

Secara umumnya saya berpendapat bahawa orang suka keluarga yang ramai kalau boleh... cuma faktor kemampuan ekonomi menjadi penghalang kerana buat apa berkeluarga besar jika tidak mampu membina kualiti keluarga ke tahap maksimum. Kekadang kita lihat orang mahu anak ramai ini ada beberapa sebab contohnya bagi  meneruskan kesinambungan keturunan, menjadi sumber kedamaian dan hiburan jiwa, menjadi pengukuh kasih sayang suami isteri & keceriaan rumahtangga dan akhirnya sebagai pelaburan dunia dan akhirat..... di dunia apabila kita dah tua nanti... di akhirat apabila anak2 ni mendoakan kita.

Oleh sebab itu, orang yang melihat kepada kualiti keluarga yang dibina tidak meletakkan angka besar untuk sesebuah rumahtangga. Jadi matlamat mereka adalah berpaksikan kepada 4 faktor tadi. Dengan tinggal di bandar-bandar besar dan negeri yang sudah jauh maju, keperluan hidup harian menjadi tinggi disebabkan permintaan sentiasa tinggi jadi mereka akan berfikir panjang untuk memiliki keluarga besar kecuali benar-benar mampu. Yang penting anak yang mereka miliki walau bersaiz kecil, kualiti mesti dititikberatkan kerana segala kos membesarkan anak-anak sekarang ini terlalu tinggi.

Saiz keluarga kecil ini mungkin ahlinya terhad kepada 3 atau 4 orang anak sahaja. Rata-ratanya 2 atau 3 anak. Tapi di Kelantan, Terengganu dan Sabah saya bersetuju bahawa mereka ada ramai anak. 5 hingga 6 orang anak biasa. Ramai yang ada anak sampai 9 hingga 12 orang anak dari satu ibubapa. Akhirnya faktor geografilah yang membantu rakyat di 3 negeri ini memiliki isi rumah yang lebih besar berbanding negeri-negeri lain yang mencorak cara berfikir,  perhubungan dan kekeluargaan , tahap kehidupan , capaian ekonomi dan paling penting kesedaran beragama. Wallahu A'lam.

Catatan : Kalau mahu ambil contoh keluarga orang Kelantan cuba link ke blog ini  ~ http://faezon.com/ .

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?