Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Tuesday, December 28, 2010

3 Negeri Paling Subur

Sumber : Harian Metro 
Baca Bersama - Penduduk Malaysia Kini 27,565,821 Orang
Baca Bersama - Nisbah lelaki 105:100 melebihi wanita


PUTRAJAYA: 23 Dis 2010 - Masyarakat Kelantan, Terengganu dan Sabah mencatatkan kadar kesuburan paling tinggi berbanding negeri lain di negara ini berdasarkan saiz isi rumah paling tinggi dicatatkan Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (BPP) 2010 lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, BPP 2010 menunjukkan trend purata isi rumah makin mengecil iaitu 4.31 peratus berbanding 4.62 peratus pada BPP 2000. Bagaimanapun, katanya, Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan saiz isi rumah paling tinggi berbanding negeri lain, masing-masing mencatatkan kadar purata 5.88 peratus, 4.86 peratus dan 4.78 peratus.

“Peningkatan kadar saiz isi rumah itu menunjukkan tahap kesuburan masyarakat di negeri berkenaan meningkat.

“Trend kesuburan global antara 2000 dan 2010 menunjukkan pengurangan iaitu masing-masing tiga peratus pada 2000 dan 2.3 peratus pada 2010,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan Laporan Kiraan Permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, semalam.

Turut hadir, Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abd Rauf.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan kadar penurunan kesuburan 2010 itu, jumlah penduduk Malaysia mencapai kepada 29.8 juta pada 2015. Malah, katanya, pihaknya menjangka berasaskan pengalaman negara lain dan senario global, kadar pada tahun itu mungkin menurun lagi kepada 2.1 peratus.

Selain itu, Nor Mohamed berkata, laporan berkenaan menunjukkan jumlah penduduk negara ketika ini adalah 27,565,821 membabitkan pecahan 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 wanita. “Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan bagi tempoh berkenaan 2.17 peratus dan bancian dijalankan menunjukkan 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 kediaman di seluruh negara,” katanya. Beliau berkata, berdasarkan mereka berusia 0 hingga 14 tahun adalah 27.2 peratus diikuti 68.2 peratus bagi mereka berusia 15 hingga 64 tahun dan lebih 65 tahun mencatatkan 4.6 peratus.

Menurutnya, jangkaan 2015 menunjukkan, mereka berusia antara 0 hingga 14 tahun adalah 24.2 peratus, 66.4 peratus mereka yang berusia 15 hingga 64 dan lebih 65 tahun sebanyak 5.4 peratus.

No comments:

Related Posts with Thumbnails