40 Ulama Masuk UMNO Untuk Elak Sekatan Dan Dakwah.... Tidak Balik Rumahlah Nanti....

Oleh isma daud


40 ulama muda ... ustaz la tu... masuk UMNO kerana mahu elak dari sekatan dan berdakwah.  Selepas ni mereka tidak perlu ambil tauliah lagilah kerana sekatan telah tiada. Dalam PAS sudah ramai ulama, jadi dalam UMNO ruangnya masih besar dan luas. Itulah yang dikatakan oleh Fadhlan Mohd Othman yang mengetuai kumpulan 40 ulama, yang menyerahkan borang penyertaan ahli Umno kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di tingkat empat Menara Dato' Onn sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.

Kata beliau, pihaknya merasakan penyertaan dalam Umno akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk tujuan berdakwah.

Rakannya Fathul Bari Mat Jahya berkata Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.

Shahidan pula menjawab, mulai sekarang mereka tidak akan berhadapan dengan masalah memandangkan Umno mempunyai 3.2 juta ahli, jumlah yang cukup besar untuk mereka menyampaikan dakwah.

“Yang saya bimbang, mereka nanti tak cukup masa untuk balik rumah, nanti hanya balik rumah dua kali sebulan,” kata beliau pada sidang media yang sama selepas majlis penyerahan borang.
          - Lapor Malaysia Insider.

Lawaknya, mereka hanya boleh balik 2 kali sebulan ke rumah kerana sibuk berdakwah...ha..ha.. Belum sempat lagi melangkah kaki keluar berdakwah, DS Najib umumkan Judi Sukan dibatalkan. Drastiknya. Namun tidak mahu dedahkan bila keputusan itu dibuat. "Bila keputusan dibuat tidak penting," kata beliau.

Jadi tiada kaitanlah dengan kemasukan 40 ulama ini sehingga judi sukan itu dibatalkan.

Apa pun selamat berjuanglah bersama UMNO kepada 40 ulama ini... yakin cerah masa depan.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?