Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Thursday, May 13, 2010

Perang Saraf BN Guna Isu Negara Islam

Oleh isma daud

Sumber berita lengkap: sila klik.
Malaysiakini, Mei 11, 10 5:09pm.

Papan iklan dipasang di bandar hari ini, dengan yang paling menojol sekali ialah gambar Mee Kampua (kanan) dengan tulisan "Satu Undi bagi DAP merupakan satu undi bagi sebuah negara Islam" cara yang halus untuk memberitahu pengundi, terutama masyarakat Foochow di sini bahawa mereka mungkin kehilangan hidangan mee tradisional terkenal itu jika pakatan pembangkang berkuasa.

"Kampua merupakan hidangan popular Foochow yang mengandungi bahan babi. Memandangkan majoriti di sini adalah Foochow, kami berharap dengan berbuat demikian, ia boleh menghantar isyarat jelas kepada pengundi mengenai isu negara Islam," kata Ngieng.
Baca lagi di : Malaysiakini
Saya tertarik hati dengan isu ini, menjadikan saya rasa ingin bersama memerhati dan mengulas persoalan ini.

Masyarakat dii Sibu ini khususnya dan Sarawak amnya selalu diberikan gambaran salah mengenai Negara Islam yang dibawa oleh PAS. Mereka ditakut-takut dengan pelbagai rupa walaupun dengan contoh yang tidak logik seperti tidak boleh makan babi, potong tangan bila mencuri, yang menyebabkan rakyak hilang keupayaan mencari kehidupan.

Sebaliknya BN selalu digambarkan sebagai membuka jalan yang lebih baik kepada pencuri bila mencuri dengan memberi mereka peluang pekerjaan dan sebagainya. Contoh macam apa kata Ustaz Azhar yang menjawab Dr Masitah sedikit masa dulu dalam masalah hukum hudud.

Saksikan:




Inilah salah BN (umno khususnya) yang tidak mahu memberi gambaran baik dan elok kepada ahli komponen mereka apa itu Negara Islam? Mereka lebih menggambarkan negara Islam itu sangat buruk dan menakutkan. Ini salah besar UMNO yang tidak mahu melaksanakan tuntutan agama yang menjadi anutannya sendiri dan tidak mahu memberi keterangan baik tentang negara Islam. Apakah dengan hanya mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam sudah menjadi cukup baik dengan mengenepikan hukum dan ajaran Allah SWT. Bagaimana orang yang waras boleh berkata orang yang tidak mahu beramal dengan ajaran agamanya sendiri sebagai seorang Islam yang baik. Tidakkah kita faham bahawa untuk menjadi Islam sendiri perlu kepada syahadahnya iaitu mengucap dua kalimah syahadah, yakin dengannya dan seluruh anggotanya mesti mengamalkannya dengan penuh yakin. Bahkan menolak sebahagian kecil ajarannya telah menjadikan seseorang itu keluar daripada ajaran Islam sebenar.

Dalam PRK Sibu nampaknya mereka ini sekali lagi seronok menggunakan isu ini. Sehingga pagi tadi pelbagai amaran dapat saya dengar dicorong radio agar jangan ada orang yang meniupkan api perkauman dan sensitiviti keagamaan. Nampaknya sebelah pihak sahajalah yang boleh menggunakan isu ini atas nama agama dan bangsa, manakala sebelah pihak lagi adalah mereka yang meniupkan api kemarahan perkauman dan bermain isu keagamaan, yang nampak mereka ini rosak dan memburukkan. Itulah keadilan demokrasi yang kita ada....

Ada orang bertanya mengapa gerakan Islam seperti PAS berbaik dengan DAP tidak UMNO? Soalan ini saya kutip dari soalan orang ramai. Selalu orang bertanya. Ada orang bertanya apa gunanya berbuat baik kepada satu pertubuhan yang pemimpinnya pernah melaungkan "langkah mayat saya dulu jika mahu laksanakan negara Islam". Boleh imbau kembali apa yang Karpal Singh ucapkan sebagaimana dilaporkan dalam Utusan Malaysia, 18 Oktober 1990, "Kami memberi pengakuan untuk mewujudkan sebuah negara Islam, langkah mayat kami dulu" di Dewan Perhimpunan Cina, Pulau Pinang.

Isu ini terus menerus ditiupkan. Mengapa berbaik dengan DAP tidak UMNO?

DAP itu bukan Islam, kalau mereka memusuhi Islam pun tidak menjadi soalannya kerana mereka bukan Islam. Dan orang bukan Islam jika mereka memusuhi Islam pun seperti ucapan Karpal itu kerana mereka jahil tentang Islam. Merekalah yang patut kita dekati dan musuh yang mahu belajar itu lebih baik daripada rakan yang tidak mahu belajar apa-apa. Kalaupun orang seusia Karpal itu menolak, tidak semestinya anak cucu mereka akan terus menolak. Dan orang yang jahiliyyah itu bila mereka baik akan baik jika mereka Islam. Adapun UMNO mereka adalah orang Islam, mereka boleh belajar Islam dengan ulama-ulama mereka dan ulama dalam PAS pun. Jadi tidak wajar mereka terus menerus berada dalam keadaan kejahilan mengenainya. Atau mereka tahu tapi sengaja wujudkan halangan untuk memahaminya atas kepentingan tertentu. Cuba kita tengok kepada isu terkini tentang halal judi bola sepak piala dunia.

12 Mei 2010 :

‘BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak’

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan itu bermula pada 11 Jun ini.

Berjaya akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Berjaya akan digunakan untuk tujuan berkenaan.

Menurut sumber lagi, masyarakat Islam dilarang keras terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu. sumber : Malaysiakini

Saya yakin akan ada orang kata judi ni untuk bukan Islam tapi percayalah judi itu akan melibatkan penyertaan orang Islam, tengoklah dalam rekod-rekod jenayah seperti salah guna dadah dan sebagainya, juaranya orang melayu, yang beragama Islam juga. Tengok yang terlibat dengan budaya merokok, orang melayu Islam juga. Jadi tiada jaminan bahawa amalan judi bola sepak nanti hanya untuk orang bukan Islam sahaja. Masakan tidak orang bukan Islam selalu bermain kata dengan saya; " Judi adalah HARAM DI SISI Islam. Kalau beratur beli judi melalui lorong tengah tidak haram. Kalau di sisi barulah haram. "

Mana harapannya kita bergantung kepada mereka yang mengaku sebagai Islam sedangkan mereka terus melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan bermain-main dengan hukumNya sebagaimana pertanyaan Allah SWT; "Maka apakah mereka mendustakan kamu (wahai muhammad) selepas datangnya agama? Tidakkah Allah itu sebaik-baik hakim yang membuat penghakiman?" - surah At-Tiin, ayat 5-6.

Maka setelah sekian lama, masih mempertahankan dasar dan akidah pemisahan dalam agama, maka sampailah masanya umat Islam mendampingi orang bukan Islam yang dulunya menentang sehabis daya akan Islam kerana jika mereka mengerti apa itu Islam dan prinsipnya, yakinlah mereka tidak menentang lagi kalaupun mereka tidak menerimanya. Sekurang-kurangnya mereka boleh faham dan bertolak-ansur dalam perkara yang boleh mereka bertolak ansur. Kini tinggallah orang Islam asal yang tidak mahu buka pintu hati untuk melihat kebaikan Syariah Islamiah yang terangkum di dalamnya undang2 Islam. Tinggallah dia dalam keadaan buta dalam terang, tidak nampak apa yang sepatutnya mereka nampak.

Jadi, marilah kita semua memahami Islam dan apa-apa yang diturunkan oleh Allah SWT di dalam kitabnya agar kita menjadi muslim yang sebenar yang beriman dengan segala isi kitab, tidaklah menjadi orang yang beriman dengan sebahagian kitab dan menolak sebahagian yang lain.

Jika orang bukan Islam menentang Islam, kita faham kerana mereka tidak tahu tentang Islam. tapi orang Islam sendiri bagaimana? Tepuk dada tanyalah iman di dada.....Wallahu A'lam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails