Judi, PM Tidak Mahu Bincang, Geramnya.

Oleh isma daud

Sedih, geram dan kecewa baca artikel ini. Itulah gambaran perasaanku terhadap isu judi bolasepak ini.


Najib mungkin dikenang sebagai Bapa Judi
Harakahdaily
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi sebarang penjelasan mengenai judi bola sepak Piala Dunia 2010 mengesahkan lagi bahawa beliaulah ‘kepala besar’ kepada tindakan kerajaan melesenkan judi tersebut, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar).

Najib enggan mengulas kecaman pelbagai pihak termasuk golongan agama terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi kepada Ascot Sports, yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya.

Kita tidak akan membincangkannya,” kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat sebuah akhbar harian yang menjadi penyebar fikiran Umno hari ini.

Tindak-tanduk Najib itu boleh menyebabkan beliau dikenang sebagai Bapa Judi selepas bapanya sendiri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan, kata Mohamad.

"Tetapi, kita tidaklah terkejut kalau akhirnya Perdana Menteri digelar Bapa Judi sebab dalam kabinet hari ini pun ada dua orang cucu tauke judi.

"Orang yang sudah biasa dengan duit judi tentu tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi lesen kepada judi bola sepak Piala Dunia itu," katanya tanpa menyebut nama mana-mana tokoh.

Mengenai kesan dari tindakan kerajaan memberi lesen judi bola sepak kepada syarikat yang dikuasai Vincent Tan itu, Mohamad berkata, hanya orang tidak berakal sahaja yang boleh mempersetujui perkara itu.

"Tak perlu ulas panjang-panjanglah, Cina MCA pun tak setuju," katanya merujuk kepada kenyataan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Michael baru-baru ini dipetik sebagai berkata: "Kebanyakan orang ramai yang membuat pinjaman dari ah long adalah untuk berjudi dan saya risau akan ramai lagi orang meminjam dengan ah long untuk berjudi semasa (pertandingan bola sepak) Piala Dunia bulan depan".

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?