Ziarah Makam Pahlawan ~ Ada Yang Ingat Akan 2 Mac?

Oleh isma daud

 

Entah mengapa hati saya terasa sangat ingin singgah di makam pahlawan hari ini. Saya telah memberhentikan kereta setentang dengan pintu masuk tugu peringatan itu. Setelah solat asar di Masjid an-Nur, saya tidak segera memacu kereta macam biasa tetapi rasa benar ingin mendekati makam ini hari ini. Pada hal bukan sekali saya singgah di situ. Lalu saya ingat hari ini 2 Mac....


 



Mac 1950 digantung, 2 mac rangka mereka dipindah dari penjara kuching ke tapak perkuburan sekarang dan hari ini 2 mac 2010....sentiasa mengenang pejuang. dan blog saya pun saya namakan "ustaz rosli dhoby....". sebab itu saya menyiarkan gambar tapak perkuburan mereka hari ini. Adakah generasi hari ini ingat tarikh ini? Entahlah. Tiada siapa yang singgah ke situ sepetang saya berada di situ hari ini...


 


Semoga generasi hari ini tidak pernah lupa jasa dan perjuangan mereka biarpun setengah pihak menganggap mereka sebagai penjenayah, tetapi bagi pejuang bangsa dan agama, sentiasa menganggap mereka sebagai wira dan pejuang bangsa. Janganlah Kita Lupa!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?