Sudah Sekian Lama Menumpang Tuahnya

Oleh isma daud

Siapa Ustaz Rosli Dhoby dan siapa pula Ustaz Mohd Isa? Sudah sekian lama saya menumpang tuah itu...Ustaz Rosli Dhoby.

Saya bertuah kerana berkhidmat di SMK Rosli Dhoby. Di sinilah saya mula dikenali dengan nama Ustaz Rosli Dhoby. Bagi yang tidak kenal saya ada yang berkata kepada saya sendiri, "Ustaz kenal tak, Ustaz Mohd Isa yang dari Agama (SMK Agama)?" Saya terpaksa menganggukkannya. "Kenal!!!" Orang lebih menyangka Ustaz Mohd Isa itu mengajar di SMK Agama...

Tapi bila merujuk kepada saya, "Ustaz Rosli Dhoby". Sampai kawan-kawan isteri saya pun ada panggil saya Ustaz Rosli. Jadi saya bertuah kerana lebih dikenali sebagai Ustaz Rosli Dhoby. Namun siapalah saya...???

Saya rasa cukuplah saya dikenali dengan tuah orang lain. Mengapa saya tidak dikenali dengan nama saya sendiri? Kata orang ada apa pada nama. Sebenarnya besar amanah dan tanggungjawab kepada kita apabila kita membawa sesuatu nama. Nama baik dan maruahnya mesti dijaga. Berat amanah itu, kalau kita tersalah langkah, maka buruklah nama yang kita bawa itu.

Kepada masyarakat setempat yang mungkin malu bertanyakan saya, "Siapa nama ustaz?" lebih senang menyebut ustaz rosli dhoby....

Kenapa?

Saya menulis catatan ini menjelangnya genapnya setahun hari ini dalam sejarah yang menimbulkan kontroversi tahun lepas (2009). Pada hari itu negeri Sarawak cuti sempena "Good Friday" dan saya pula dijemput menyampaikan khutbah di Masjid an-Nur, Sibu....Dan saya mengenangnya sebagai titik bersejarah dalam hidup saya apabila datangnya "Good Friday".

Sekadar mengenang dan mengimbas kembali

Pernah satu ketika sabahdaily.com menyiarkan artikel , Gempar!!! Ustaz Rosli Dhoby Di"Gam". Nampaknya yang di"gam" itu ialah Ustaz Rosli Dhoby sebagaimana disiarkan oleh budakkampungonline. Adapun saya masih bebas dan tidak pernah di"gam" pun. Tidak pernah ada tulisan bahawa Ustaz Mohd Isa Di"Gam". Jika saya masih berkuliah di sana sini kerana yang berceramah dan berkuliah itu ialah Ustaz Mohd Isa. Yang kena gam ialah Ustaz Rosli Dhoby.. Namun hakikatnya dua nama ini adalah insan yang sama, insan yang dipandang serong dan dicop sebegitu rupa.


Terima Kasih

Saya dalam kesempatan ini ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Masjid An-Nur dan JAIS, Sibu yang tolong mempopularkan nama saya dan menaikkan rating saya sebagai insan yang "ada nama" di Sibu ini. Perasan.....!!!

Bila saya berkesempatan menyampaikan Khutbah Jumaat di sana beberapa kali sebelum dipanggil ke meja JAIS, Sibu untuk diadili oleh mereka pada ketika itu. Serentak dengan itu ke semua masjid di Sibu telah mengambil tindakkan yang sama terhadap saya. Dengan bahasa beradab dan beralas, "ustaz direhatkan buat sementara waktu" dan saya dengan beradab juga berkata "sedia berehat agar jika orang bertanya kepada JAIS,Sibu diwaktu itu mereka ada jawapan bahawa saya sendiri yang menarik diri dengan suka rela". Jadi tidaklah nampak jahat sangat pihak JAIS pada masa itu...

Dan selepas itu juga saya rasa dengan tidak sengaja saya rasa lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan kerja2 saya sebagai daie di bumi Sibu ini. Dan dari situ juga saya mendapat sokongan dan kata-kata semangat dari ramai orang yang berjumpa saya... Terima kasih kepada insan-insan yang terus mendengar kuliah saya walau dianjung rumah. Terima Kasih semua termasuk mereka yang dulu akrab dengan saya kini kian menjauhkan diri daripada saya. Takut sial saya kena kepada mereka agaknya...

Namun hari ini kalau saya lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Isa saya rasa lebih menghargai...kerana itulah nama saya yang sebenarnya... saya Ustaz Mohd Isa.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?