Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Sunday, February 14, 2010

Sedih, Kecewa...Kekejaman Apakah Ini?

Oleh isma daud

"KEJAM ~ Dosa Berlapik Dosa...." itulah yang keluar dari mulut saya bila menonton siaran berita di TV3 semalam.

Saya teringat akan kisah bagaimana seorang yang soleh yang telah minum arak, kemudian dia berzina dalam keadaan mabuk itu, lalu kerana takut rahsianya diketahui orang dia telah membunuh seorang budak yang telah melihat perzinaannya. Inilah yang sedang berlaku kepada jenayah yang dilakukan kepada seorang bayi yang masih bertali pusat, dibuang dalam tong sampah. Tidak cukup dengan itu, dia dibakar supaya kesalahannya itu hilang di mata bumi ini. Harapannya agar dosanya hilang bersama hangusnya bayi itu. Kesalahan dan dosa itu berlalu bagai angin tiada siapa yang mengetahuinya.

Macam meniru adegan pembunuhan AlTantuya lagaknya..ala-alalah tu. Cuma yang ini dilakukan oleh mungkin golongan remaja yang terjebak dengan masalah sosial di peringkat bawahan. Tapi cara dan pemikirannya sama. Ironisnya dosa yang dilakukan itu mahu dihapuskan bagai angin yang berlalu.

Ramai orang lupa bahawa Allah SWT tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur. Dan di sisi Allah swt ada bala tenteranya seperti malaikat, siang, malam, binatang-binatang dan angin yang membawa berita yang dilakukan oleh manusia. Dosa-dosa senyap yang mahu dirahsiakan manusia akhirnya tersebar jua.

Alangkah sipenjenayah itu dapat memikirkan akan akibat daripada perbuatannya itu sedari awal tetapi kebanyakannya menyedari kesilapan itu sesudah melakukannya. Akhirnya dia hanya memikirkan bagaimana cara mahu menghapuskan dosa dan kejahatan yang dia sendiri tidak sanggup melihatnya.

Apa yang pasti setiap orang akan melihat akan dosa-dosanya baik diakhirat di hadapan Allah SWT nanti bahkan sudah melihat kesannya di dunia ini. Allah SWT berpesan , sesiapa yang berbuat amal baik walau sebesar zarah, pasti dia akan melihatnya dan sesiapa yang beramal dengan kejahatan walau sebesar zarah, dia pasti akan melihatnya.

Dan ingatan Allah SWT lagi akan zahirnya kejahatan di laut dan di darat adalah akibat kezaliman yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Jadi tiada penjenayah yang dapat melarikan diri daripada jenayah yang dilakukannya. Peringatan Allah SWT, ketikamana melihat orang-orang yang berbuat jenayah (mujrim) akan jenayah yang telah dia berbuat di dunia, dalam keadaan kepalanya tertunduk memperakui akan dosanya di hadapan tuhan mereka, dia berkata, ya Allah kami telah melihat, kemi telah mendengar maka kembalikanlah kami ke dunia semula supaya kami dapat berbuat amal yang soleh, sesungguhnya hari ini kami sudah benar-benar yakin akan peringatan Allah yang kami abaikan semasa hidup di dunia dahulu.

Kepada semua yang ada mata hati....fikir-fikirkanlah akan akibat buruk daripada dosa yang kita lakukan itu. Berfikirlah dahulu kerana ia bermanfaat kelak kita tidak menyesal nanti. Marilah kita sentiasa berdoa dengan doa yang pernah di bacakan oleh Adam dan Hawa : "Wahai tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika sekiranya Engkau tidak mengampun dan merahmati kami nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi".

Sesungguhnya perbuatan membuang bayi dan membakarnya pula adalah perbuatan keji , zalim dan terkutuk lebih zalim daripada masyarakat jahiliyah yang hanya membunuh anak-anak perempuan sahaja. Jadi kezaliman apakah yang ada pada hari ini? Sungguh dahsyat dan melampau lagi... Sedihnya melihat peristiwa seperti ini... gambar dipetik dari laman blog manjadda wajada.


Dulu kita di kejutkan dengan pembuangan bayi, samada di tandas, di tebing sungai atau di masjid-masjid. Kini, perakuan manusia melebehi tahap kebinatangan lagi apabila sanggup untuk membakar bayi yang tidak berdosa ini.

2 comments:

Imam Khairul alhaj said...

buang dan bunuh bayi ini salah satu simptom kerosakan akidah umat Islam yang menolak Syariat Allah. Ramai yang akan di soal, bukan yang membuang sahaja. Termasuk yang mengundi kumpulan yang menolak hudud. Betulkan Ustaz?

isma daud said...

tanggunglah mereka yang menanggung....dosa berlapis dosa...saya setuju dengan Imam Khairul alhaj.

Related Posts with Thumbnails