Terima Kasih Ustaz Kerna Bantu

Assalamualaikum..

Pertama saya ingin ucapkan terima kasih pada ustaz kerana memberi saya tunjuk ajar dalam meyelesaikan masalah tempoh hari..

ternyata dengan keluar dari situ banyak membantu saya dan tidak terjerumus dalam lembah kehinaan lagi.. Insya Allah saya akan terus menjaga diri saya agar tidak terjerumus lagi..

Kembali Tenang...


Waalaikum salam! Saudaraku Seagama dan sebangsa...

Untuk hidup kita perlu berjuang, untuk berubah kita perlu berjuang... Sabarlah dalam mengharungi ujian Allah. Kita manusia biasa; biasa buat silap dan salah tapi pintu taubat sentiasa terbuka, rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada buat mereka yang inginkan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Walaupun jarak kita beribu batu; dengan penggunaan IT ini, kita dapat saling membantu .. Alhamdulillah!!! Semuanya dengan izin dan kehendak Allah SWT. Dialah Yang maha Berkuasa atas segalanya. Syukurlah kepadaNya...

Untuk menjadi orang baik kita perlu sahabat dan kawan yang baik. Ustaz ingin kisahkan seorang lelaki yang diceritakan oleh Rasulullah saw kepada para sahabatnya; dimana lelaki itu telah membunuh orang seramai 99 orang. Tiba-tiba datang penyesalan di hatinya untuk bertaubat lalu dia berjumpa dengan seorang ahli ibadat dan menceritakan sejarah hidupnya. Mendengar kisah hidupnya yang penuh jenayah, lelaki ahli ibadat itu berkata; "Allah tidak akan mengampunkan kamu dan nerakalah tempatmu". Lantas lelaki ini naik marah atas kekasaran bahasa ahli ibadat itu lalu dia membunuhnya, genaplah orang yang dibunuh seratus orang.

Kekesalan hati lelaki ini tidak habis-habis. Dia terus berjalan sehingga dia berjumpa dengan seorang alim yang warak... dia menceritakan sejarah hidupnya yang teruk... Lalu orang alim ini menunjukkan kepada sebuah kampung yang mana penduduk kampung itu ramai penghuninya orang yang baik-baik. Katanya: "Kalau kamu berubah, carilah orang yang baik di sekitarmu, nanti kamu dapat memperbaiki akhlakmu". Lelaki ini sangat gembira dengan saranan lelaki alim tersebuat dan berterima kasih kepadanya. Hatinya sangat ceria dan beri-ia mahu berubah dan mahu sampai ke kampung tersebut.

Sesampainya lelaki ini di pertengahan jalan, tiba-tiba datang kepadanya ajal. Dia ti d ditu. Maka datanglah Malaikat untuk memabawa ruhnya kepada Allah SWT. Maka datanglah dua malaikat rahmah dan malaikat azab. Ke dua-duanya mahu menjemput ruh lelaki ini atas sejarah hidup dan azamnya. Malaikat Rahmah mahu membawanya ke alam bahagia; malaikat azab mahu membawanya ke alam celaka. maka Allah SWT memerintahkan malaikat menyukat jarak perjalan lelaki ini. Akhirnya ; nyata jarak lelali ini ke kampung orang-orang yang baik tadi lebih hampir. maka malaikat rahmatlah yang diizin oleh Allah SWT menjemput ruhnya...

Semoga apa yang ustaz sampaikan ini boleh jadi panduan kepada saudaraku.... Tabahkan hatimu untuk bertaubat dan berubah. semoga Allah SWT memaafkan segala kesilapanmu yang lalu dan binalah hidup baru. Pandang ke hadapan dan lupakanlah kisah luka semalam.

Salam daripada ustaz isma daud.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?