Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Saturday, April 11, 2009

Kamus Arab al-Munjid agenda Kristian, Yahudi kelirukan ummah

Oleh Ibrahim Abdullah

TAHUKAH anda, kamus Arab tersohor sedunia al-Munjid disusun oleh dua orang pendeta (rahib) Katolik? Kamus itu dianggap paling lengkap dan komperensif, yang dihiasi gambar, yang dijadikan kamus utama di pelbagai kampus Islam dan pondok seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam menggunakan kamus al-Munjid ini tanpa disedari mereka.

Penyusun kamus ini terdiri daripada dua orang pendeta Katolik bernama Fr Louis Ma'luf al-Yassu'i dan Fr Bernard Tottel al-Yassu'i. Kamus berkenaan dicetak, diterbit dan diedarkan oleh sebuah
percetakan Katolik sejak tahun 1908.

Penggunaan Kamus al-Munjid yang sudah sekian lama dan masih digunakan sampai sekarang bukanlah tanpa penentangan dan cabaran.

Sebahagian ulama menganggap kamus itu adalah sebahagian daripada gerakan orientalis yang mempunyai agenda tersembunyi terhadap dunia Islam.

Sekurang-kurangnya ada dua kitab yang ditulis ulama Islam yang menentang terhadap isi dan kandungan yang terdapat dalam Kamus al-Munjid, iaitu: Athrat al-Munjid fi al-adab wal ulum wa a'lam (Prof Ibrahim al-Qhattan, 664 halaman, terbit 1392 hijrah), ini adalah kitab paling utama dalam mengkritik Kamus al-Munjid. Kemudian An-Naz'ah an--Nasraniyah fi Qamus al-Munjid (Dr Ibrahim Awwad, 50 halaman, terbit 1411 hijrah).

Kamus al-Munjid mempunyai beberapa kekurangan sebagai yang disengajakan, iaitu:

  • Ketika menyebut kalimah `Al-Quran' tidak pernah menyambungkannya dengan istilah `al-Karim' dan sebagainya, namun ketika menyebut kalimah kitab suci Kristian dan Yahudi, maka kamus ini menambahka istilah `al-Muqaddas'.
  • Ketika menyebut atau memuat kalimah `Nabi Muhammad' tidak pernah menyertakan perkataan `salallahu Allaihi Wassalam' dan demikian juga kalimah sahabat tidak pernah ditambahkan dengan `Radiyallahu Anhu'.
  • Demikian juga tidak ada kalimah `Basmallah' yang sesungguhnya milik umat Islam, sebaliknya dalam keterangannya tertulis `Bismil ab-wal ibn wa Ruhil Quds' yang ertinya `Dengan menyebut tuhan bapa,tuhan anak, dan ruh kudus'. Setelah itu baru disebut kalimah Bismillahirahmannirahim'.
  • Kamus ini juga tidak membahas akidah Islam, namun banyak membahas hal bersifat penyelewengan akidah.
  • Nama tokoh Islam yang utama seperti sahabat, tabiin dan para ulama terkemuka juga tidak dimuatkan, sebaliknya nama tokoh barat Kristian banyak dimuatkan.
  • Kamus ini tidak pernah merujuk pada sumber Islam yang sebenar, tetapi sebaliknya merujuk pada sumber Barat dan ini sangat jelas kelihatan dalam menyebut kalimah `ibadat' dan sebutan nama nabi dan rasul yang menggunakan istilah Kristian.
  • Banyak terdapat kesalahan penulisan nama tokoh dan kaitannya dengan sejarah, demikian juga mengatakan bahawa daging babi itu sangat lazat.
  • Dimasukkannya gambar dan aneka lukisan yang berasal dari Barat, yang sama sekali tidak berdasarkan kebenaran, seperti gambar nabi Isa dan nabi lainnya. Bahkan, ada sebuah gambar sepasang manusia dewasa yang telanjang sedang menangis, gambar itu dikatakan sebagai gambar Adam dan Hawa.
  • Nabi Nuh, Lut dan Sulaiman dikatakan bukan sebagai nabi, tetapi Lukman disebut sebagai nabi.
  • Nuh dikatakan hanya sebagai `keluarga Ibrahim' dan Sulaiman dikatakan sebagai `Raja' bukan nabi.
  • Nabi Daud disebut sebagai pembunuh banyak lelaki untuk memperisterikan jandanya, baginda dikatakan mempunyai isteri sebanyak 100 orang.

Masih ada banyak catatan mengenai penyelewengan kamus produk orientalis ini, yang sampai sekarang diguna pakai di lembaga pendidikan Islam, universiti, pondok, madrasah dan lain-lainnya.

Sudah tiba waktunya, umat Islam menyedari hakikat ini dan berhenti menggunakan kamus al-Munjid ini, kerana ia adalah sebagai propaganda Kristian dan Yahudi untuk mengelirukan dan menjahanamkan umat Islam sejagat.

Kepada majlis ulama Islam sedunia, sudah sewajarnya mengambil tindakan dan melarang peredaran kamus ini ke seluruh dunia Islam.
Semoga Allah perkenankannya, Amin.

Sumber : info-Dakwah

1 comment:

Tentera Sabilillah said...

Salam...

Para ulama' perlu ambil tindakan drastik dan tegas ttg isu ini... takut2 ada orang mereka yang bertopengkan ulama'

wallahualam...

Related Posts with Thumbnails