Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Friday, April 10, 2009

Bila Hijau Dipilih !!!

Oleh isma daud

Apabila menyemak barisan kabinet yang diperkenalkan oleh PM sejak jam 3:00 ptg 09/04/2009; saya tertarik dengan satu Kementerian iaitu "Kementerian Teknologi Hijau". Tertanya juga saya apa maksud dan tugasan kementerian ini. Tapi kenapa pula hijau? Biasanya sesetengah orang fobia sebut warna hijau.

Pernah dulu bila pengetua sekolah mengecat bangunan sekolah dengan warna hijau; ada pihak mengarah supaya ditukar warna hijau itu... Jika ada masjid yang dicap hijau diarah tukar warnanya..... kalau atap hijau mesti tukar atap tu ke warna biru. Begitu hebat penangan hijau sehingga sesetengah orang fobia sangat dengan warna hijau... peliknya kali ini PM berminat dengan hijau ni.... Saya perhatikan pun PM acap kali guna baju melayu hijau... Harap selepas ini orang lebih peka dengan warna hijau kerana warna hijau ini warna ketenangan dan bersih. Jelasnya hijau ini warna sarwajagat bukan milik sesiapa tertentu sahaja.

Dalam saya memikirkan untuk berceloteh tentang kementerian hijau yang dikepalai oleh orang Sarawak yang diliputi oleh hutan hijau ni; rupanya ada artikel yang lebih awal menyentuh mengenainya. Faisal Tehrani ada menulis : "Teknologi hijau tu kita boleh ubah sampah jadi tenaga, katakan tenaga elektrik. Jadi alam sekitar lebih bersih. Kerana itulah namanya hijau. Barang bersih dikaitkan dengan warna hijau...."

Sebab itu warna kegemaran saya ialah hijau. Tenang dan bersih dan parti perjuangan saya pun mewakili hijau. Walaupun saya tidak boleh berjuang secara langsung dengan mengibarkan bendera hijau tetapi semangat dan jiwa saya sentiasa hijau. Jiwa itu yang membuatkan saya sentiasa rasa hidup, bersemangat dan damai. Damai kerana hijau itu bersih dan suci....

Saya tertarik dengan apa yang ditintakan lagi oleh Faisal Tehrani dalam blognya;

"Teknologi ekologi atau teknologi hijau ini akan memantau misalnya, kesan perindustrian di negara kita. Kilang yang menghasilkan segala pencemaran yang menyebabkan Karam Singh Walia selalu berperibahasa di Buletin Utama tu; akan kita bangunkan satu teknologi supaya katakanlah gas nitrogen oksida tidak menimbulkan masalah kesihatan dan persekitaran."

Eh! Dr Fadhilah juga sependapat dengan saya, bila channel Nasyid.fm siarkan celotehnya mengiringi tulisan saya; " Bila nak ceria pilihlah warna hijau... warna ceria".

Saya juga ada tertarik kepada pengunjung blog saya yang letakkan alamat blognya di blog saya khusus soal urus sampah. Kita boleh contohinya.. Ayuh kita ke blognya; Urus Sampah Ala rita.

Saya harap dengan adanya satu kementerian ini kita semua lebih mesra alam dan tidak fobia dengan warna hijau... hijau itu warna alam sejagat, untuk semua ya untuk semua!!! Cerah masa depan Hijau !!!

Di akhir pemerintahan Tun Pak Lah bersama Tun Jeanne; mereka berdua menumpukan kepada usaha menghijaukan bumi. Saya kira ini adalah satu kementerian yang menghargai perjuangan kalian berdua....

No comments:

Related Posts with Thumbnails