Posts

Al-Fatihah Buat Bapa Tiriku; Abdullah Bin Seman

Image
Oleh: isma daud Al-Fatihah .Baru sekejap saya menerima berita sedih dengan pemergian bapa tiri saya; Allahyarham Abdullah Bin Seman buat selama-lamanya ke hadrat Ilahi setelah sakit lumpuh sejak dua setengah tahun yang lalu. Setelah bapa kandung saya meninggalkan dunia ini sejak 9 tahun yang lalu, kini bapa tiri saya pula dijemput Ilahi kembali ke hadratNya. Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'uun!!! Atuk kepada anak-anak saya yang umurnya telah melebihi 90 tahun telah lama sakit lumpuh separuh badan dan nampak kian susut tubuhnya semasa saya berada di kampung baru-baru ini. Saya sempat memohon ampun dan maaf daripadanya sebelum sehari berangkat ke Sibu. Bapa tiri saya bernikah dengan ibu saya pada tahun 1981; dan ibu saya menetap bersamanya di Kpg Lubuk Pandan, Marang sehingga ke hujung hayatnya. Ibu saya telah menghabiskan sebagaian besar perjalanan hidupnya bersama bapa tiri saya sejak berkahwin dengannya. Sejak dari detik itu juga saya tinggal berasingan dari ibu dan bapa...

Bukan Sekadar Aktiviti Tetapi Sebuah Tarbiyyah Melahirkan Insan Soleh

Image
Oleh: isma daud Masih terngiang-ngiang di telinga saya akan kata-kata seorang insan yang ada kuasa bahawa kerja solat adalah kerja individu yakni fardhu ain, yang berdosa itu hanya individu bukan dosa sesiapa. Kita tidak menanggung dosanya jika mereka tidak solat...jika dia solat dia dapat pahala, dia tidak solat dia berdosa.. Itulah kata-kata mudah kerana mahu melepas tanggungjawab memikul amanah bagi mendidik dan mentarbiyyah anak-anak menjadi insan soleh. Malangnya kata-kata itu terpancul keluar daripada mulut insan berkuasa.... Agama ini milik individu saja baginya. Dia lupa kepada apa yang difirman Allah SWT yang mafhumnya.; "Jaga olehmu akan diri dan keluargamu daripada api neraka." Mungkin dia mentafsirkan ahli di sini sebagai antara seorang anak dan bapa mereka sahaja. Orang lain tidak termasuk dalam ayat ini. Maka saya berdiri sebagai seorang da'i dan pendidik ; ada pandangan berbeza. Sungguh seseorang menanggung dosanya sendiri. Tetapi selagi sese...

Kalau selama Ini tidak Ikut Agama, Apa tindakan pun tidak Ikut Agama

Oleh isma daud Kalau tidak ikut hukum agama dalam hidup selama ini; maka tindakan kita akan ikut emosi dan nafsu. Itulah yang saya nak sebut kepada isu penggunaan kalimah Allah dan sikap orang yang bakar rumah ibadat agama lain yang riuh rendah di luar sana. Apa yang mereka buat tu? Bukankan Islam itu agama kesejahteraan dan keselamatan. Sebelum serang orang lain periksa diri dulu, dasar hidup kita sudah Islam benar ke? Yang tidak tahu bertakbir, sekarang bertakbir ke sana ke mari... tapi ingat jika hanya atas laungan emosi dan kemarahan yang membuak-buak tanpa disertakan ingin kembali kepada agama dan hukum Allah, maka anda penipu besar dalam menyatakan kasih-sayang kepada kalimah Allah SWT. Allah SWT adalah untuk diesakan oleh hamba-hambanya. Dialah yang layak disembah dengan sebenar-benarnya. Hukum-hakamNya adalah yang terbaik dan paling sesuai dilaksanakan, ajaranNya paling layak diimani dan diyakini. Apakah dalam riuh-rendah mempertahankan kalimah Allah pada masa yang sama...

Peniaga Menaikan Harga Gula Setelah Kerajaan Naikan Harga Sebanyak RM0.20

Image
Oleh isma daud Merujuk kepada kenaikan harga gula oleh peniaga dan pembekal dalam Kosmo!Online hari ini;  saya selaku pengguna mendapati hal ini turut berlaku di beberapa Supermarket tertentu di Sibu Sarawak. Mungkin hal ini turut sama berlaku di tempat-tempat lain dalam negeri ini. Tanpa menggunakan tanda harga, gula dijual 1 kilo untuk satu keluarga dengan harga RM1.80. Menurut sumber yang diberikan oleh beberapa pekerja di supermarket di sini, masalah gula berlaku sejak hari raya haji yang lalu. Sesetengah supermarkat yang besar juga sukar untuk membekalkan gula kepada pengguna. Hal ini menambahkan kesan buruk kenaikan harga gula kerana  permintaan kepada keperluan pengguna yang tinggi berbanding bekalan gula yang dikawal. Pengguna tiada pilihan lain melainkan terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal. Berikut adalah berita yang dilaporkan oleh; Kosmo!Online pada 3 Januari 2009. Gula RM1.70 sekilo bertambah SEREMBAN - Tindakan segelintir pekedai runcit m...

Pahit Manis 2009 Pasti Terpahat Di Hati

Image
Oleh isma daud Beberapa jam yang lalu saya terlena ketika hadirnya detik peralihan dari tahun 2009 ke 2010. Bila saya terjaga jam sudah menunjukkan pukul 2:10am tepat. Maknanya tahun 2009 telah melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita semua. Saya keluar kerumah melihat suasana alam. Cuaca gelap dan hujan turun renyai-renyai. Melihat ke ruang angkasa kalau-kalau ada fenomena alam yang menakjukkan. Teernyata suasana gelap sahaja namun mendamaikan, JAKIM melaporkan ada fenomena gerhana bulan akan berlaku selepas satu jam sambutan tahun baru. Namun saya tidak dapat melihatnya. Entah kenapa 2009 menjadi sesuatu yang sukar untuk saya lupakan. Terlalu banyak hal-hal yang saya tidak menduga berlaku dalam kehidupan saya. Terlalu banyak suka duka yang terpaksa saya tempuhi selaku individu dan ahli anggota masyarakat. Segala pahit manis 2009 akan terpahat dalam hati dan benak saya seusia hidup saya rasanya. Segalanya bermula indah. 2009 menjanjikan sesuatu yang indah pada awalnya. Saya ...

Berhijrah Di 1431H atau Berhijrah pada 2010M?

Image
Oleh isma daud Tidak sampai beberapa jam lagi tirai 2009M akan melabuhkan diri dan tangga-tangga detik masa membawa kita ke tahun baru 2010.M Ramai orang menantikan tahun baru dengan azam dan semangat baru dan tidak kurang pula sekadar mengingat kembali azam lama yang mahu diperhangatkan kembali. Kepada sesetengah orang kehadiran tahun baru masehi lebih teruja dan terasa di jiwa berbanding dengan kedatangan tahun baru hijrah. Tidak perlu hebahan dan kempen, orang secara sedar akan kehadirannya. Namun sebahagian orang bagai lupa akan detik tahun baru hijrah. Saya ada bertanya kepada beberapa orang  muda belia yang saya temui, ternyata mereka teraba-raba dalam menentukan bulan hijrah. Tanpa sedarpun mereka sudah melewati garis kedatangan tahun baru 1431H. Biar apapun; kesedaran untuk menanam azam dan niat untuk berhijrah mesti ada. Jika kita berhijrah dengan menjadikan Iman dan Islam sebagai sandarannya, Allah dan rasul menjadi matlamatnya; sudah tentu hijrah kita akan diterima...

Bermuhasabah dengan Serangan Anai-anai

Image
Oleh isma daud Anai-anai atau dalam istilah sainsnya dikenali sebagai "termite" adalah serangga sosial yang cukup menarik untuk diperhatikan dari segi kesatuan dan perpaduan masyarakatnya. Namun tidak kurang juga anai-anai menjadi mekhluk perosak yang boleh mengundang bahaya kepada kehidupan manusia. Buku, kayu dan kertas adalah menjadi kegemaran serangga anai-anai ini. Sudah banyak buku, dokumen penting saya rosak kerananya. Sijil kelahiran saya yang asal tiada lagi kerana dikerik oleh anai-anai terpaksa saya membuat cabutan semula di Pejabat Pendaftaran Negara, Negeri Terengganu pada beberapa tahun yang lalu. Rumah juga menjadi sasarannya sehingga rumah peninggalan orang tua saya rebah kerana kayu-kayunya reput dimakan anai-anai. Anjung Surau dan barisan Al-Quran yang disimpan untuk kegunaan pelajar dimakan anai-anai sewaktu cuti sekolah. Dan terkini; saya sekeluarga terpaksa bergelap kerana ketiadaan elektrik disebabkan paip saluran wayer yang tersimpan dalam s...