Al-Fatihah Buat Bapa Tiriku; Abdullah Bin Seman
Oleh: isma daud Al-Fatihah .Baru sekejap saya menerima berita sedih dengan pemergian bapa tiri saya; Allahyarham Abdullah Bin Seman buat selama-lamanya ke hadrat Ilahi setelah sakit lumpuh sejak dua setengah tahun yang lalu. Setelah bapa kandung saya meninggalkan dunia ini sejak 9 tahun yang lalu, kini bapa tiri saya pula dijemput Ilahi kembali ke hadratNya. Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'uun!!! Atuk kepada anak-anak saya yang umurnya telah melebihi 90 tahun telah lama sakit lumpuh separuh badan dan nampak kian susut tubuhnya semasa saya berada di kampung baru-baru ini. Saya sempat memohon ampun dan maaf daripadanya sebelum sehari berangkat ke Sibu. Bapa tiri saya bernikah dengan ibu saya pada tahun 1981; dan ibu saya menetap bersamanya di Kpg Lubuk Pandan, Marang sehingga ke hujung hayatnya. Ibu saya telah menghabiskan sebagaian besar perjalanan hidupnya bersama bapa tiri saya sejak berkahwin dengannya. Sejak dari detik itu juga saya tinggal berasingan dari ibu dan bapa...