Posts

Showing posts from June, 2008

AIBkan Anwar : Konspirasi 1998 sekali lagi?

Image
28/06/2008 Dakwaan Liwat Sumber dari Parti KeADILan Rakyat melalui sistem mesejnya telah menyebarkan berita "polis telah menahan pembantu khas DSAI, Sdr Saiful Bahari petang ini 28 Jun dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat oleh DSAI. Polis juga dijangka menangkap DSAI malam ini juga. Sila sebarkan". Adakah ini menandakan Dolah dan Najib tersepit dan terpaksa merancang perkara ini bagi menghalang DSAI dari berjaya mengambil alih kerajaan menjelang 16 September ini? Marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah agar DSAI dilindungiNya dari perbuatan jahat dan tindakan desparado golongan yang zalim. Semoga Allah menurunkan bala kepada mereka yang merancang fitnah sedemikian! 29/06/2008 Laporan Polis Dakwaan liwat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan berlaku "dalam sebuah kondo di kawasan Damansara", demikian menurut laporan polis yang dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Zinin juga...

Isu Apollo - Jawapan Balas Dari Apollo Foods.

Image
Oleh Topeng_Perak Assalamu 'alaikum... Merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh beberapa pihak didalam beberapa berita & email didalam laman cyber berkenaan isu makanan keluaran Apollo yang dikatakan tidak halal.berikut adalah penjelasan daripada pihak Apollo tentang status halal mereka & beberapa dokumen sokongan disertkan sebagai bukti. Kepada semua pengguna-pengguna Muslim, Kami di Apollo telah mendapat banyak pertanyaan daripada pengguna mengenai penggunaan emulsifier E471 di dalam ramuan kek kami yang di dakwa tidak halal. Di sini kami ingin menjelaskan bahawa emulsifier yang digunakan sememangnya mempunyai kod E471 dan berasaskan tumbuhan dan disahkan halal oleh JAKIM. Bersama-sama ini disertakan Sijil Halal Bagi emulsifier tersebut dan aduan-aduan berkaitan perkara ini yang telah dijawab oleh pihak JAKIM. Sila rujuk hyperlink di bawah. Diharap semua pengguna Muslim lebih bijak menilai setiap khabar angin yang diterima melalui internet samada ianya benar atau tidak seb...

Murid Sekolah Pun Tahu...

Image
Oleh khairulfaizi "Apabila kerajaan mengumumkan bahawa gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan sebagai langkah untuk membantu meringankan bebanan rakyat khususnya kakitangan awam, saya pasti bahawa Perdana Menteri yang mengumumkan perkara tersebut akan menjangkakan bahawa kakitangan awam akan menyokong seratus peratus tanpa berbelah bagi. Mekanisme yang Pak Lah umumkan ini kononnya akan memudahkan kakitangan awam menjalani kehidupan yang lebih baik. Jika sebelum ini kakitangan awam terpaksa menunggu sehingga hampir hujung bulan untuk menerima gaji tetapi selepas ini pada tengah bulan pun gaji akan diterima. Maka, di dalam media telah dipergunakan kakitangan awam yang kononnya menyokong 'tindakan berani' Pak Lah. Pelbagai kenyataan disiarkan untuk menunjukkan bahawa kakitangan awam bersama Pak Lah. Masalahnya, walaupun gaji dibayar dua kali sebulan, jumlahnya tetap sama. Setengah campur setengah jawapannya satu ( 1/2 + 1/2 = 1). Murid sekolah pun tah...

Marahkan suami, al-Quran dihina

Image
Seseorang mungkin terlalu geram terhadap suami sendiri - tetapi kenapalah al-Quran pula yang harus menjadi mangsanya? Kitab suci itu digunting dan diconteng dengan perkataan-perkataan yang sarat kemarahan dan maki-hamun. Contengan-contengan di halaman kitab tersebut membayangkan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap pasangan hidupnya, antaranya "hang memang tak adil", "siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa", dan "kenapa jodohkan aku". Menurut satu perkumpulan belia, naskhah al-Quran itu ditemui oleh seorang pengutip barangan lusuh di sebuah tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada Khamis minggu lalu. Setiausaha Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) Basir Ismail memberitahu Malaysiakini hari ini, naskhah itu kemudian diserahkan kepadanya petang semalam di pejabatnya di Bandar Darulaman. Menurutnya, presiden perkumpulan beliau itu Ir Mohd Jamal Nasir bersama beliau akan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kubang Pa...

Roslan Aziz : "mohon maaf"

Image
Berita Lanjut di Malaysiakini Jimadie Shah Othman Komposer terkenal Roslan Aziz memohon maaf kepada ahli PAS kerana kenyataannya yang dianggap menghina parti itu berhubung tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu, sempena 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu. 'Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, (juga) bapa, suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan keredhaan-Nya, saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khususnya ahli-ahli PAS atas perlakuan saya itu,' kata Roslan dalam blognya Roslan Aziz Production ( http://roslanaziz.blogspot.com ) semalam. Kelmarin, Roslan menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan 'ego' golongan agama dan bermotifkan politik. 'Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad ta...

Dimadu isteri: Jalin hubungan sulit

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN metahad@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: “Saya kini seolah-olah dimadukan oleh isteri. Dia lari ikut lelaki lain dan mendakwa sudah berkahwin dengannya, walaupun dia tahu saya tidak pernah menceraikannya,” kata suami wanita terbabit yang dikenali sebagai Razin, 51. Razin mendakwa isteri meninggalkannya untuk mengikut lelaki lain sejak sembilan tahun lalu dan kes perceraian mereka sudah difail di mahkamah, namun masih tertangguh dan belum diselesaikan sehingga kini. Menurut Razin, isterinya berubah sikap dengan penuh tanda tanya kerana sepanjang tempoh perkahwinan selama 18 tahun, mereka hidup dalam suasana harmoni dan saling sayang menyayangi. “Entah apa yang berlaku, pada Mac 1999 isteri tiba-tiba berubah sikap. Dia terlalu membenci saya tanpa saya tahu apa sebabnya. Asal bertemu, dia akan mengungkapkan perkataan ‘aku benci kau’. “Daripada sikapnya yang lemah lembut dan sangat menghormati suami, dia berubah menjadi biadap. Dia sanggup menampar, malah ‘sepak teraj...

Guru nafsu songsang

Oleh Zaid Salim am@hmetro.com.my DUNGUN: Dengan upah antara RM30 hingga RM50 bagi sekali layanan, seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di daerah ini dikatakan bebas menjadikan pelajar lelaki di sekolahnya sebagai tempat melampiaskan nafsu songsangnya sejak beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, perbuatan keji guru berusia 37 tahun berasal dari Klang, Selangor, yang menjadikan kuarters guru sebagai tempat memuaskan nafsunya terbongkar selepas keluarga seorang pelajar lelaki yang pernah menjadi mangsanya membuat aduan polis, Sabtu lalu. Difahamkan, keluarga pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun berasal dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) itu membuat laporan di Balai Polis Kuala Jengai, Hulu Dungun, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang selepas mengetahui guru terbabit menjadikan anak mereka sebagai mangsa. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan keluarga pelajar terbabit yang mendakwa anak lelaki mereka...

Demonstrasi Kenaikan Harga Minyak di Masjid Kampung Baru ke KLCC 13/6

Image
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Himpunan aman rakyat Malaysia yang membantah kenaikan harga minyak merupakan amaran awal kepada Perdana Menteri dan Timbalannya supaya menurunkan harga petrol dan diesel sebelum mereka melakukan perhimpunan lebih besar. Perhimpunan aman pada awalnya dirancang petang semalam menuju ke Suria KLCC terpaksa dibatalkan disebabkan halangan daripada Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di beberapa jalan utama menuju ke bangunan berkembar tersebut. Perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru itu turut di halang oleh pihak Polis di Jalan Raja Muda dan mereka terpaksa melalui Jalan Raja Alang dan terus ke Jalan Raja Laut. Lebih 3000 peserta yang berarak terpaksa berhenti di hadapan kompleks membeli belah Sogo kerana semua jalan disekat. Mereka melaungkan slogan 'Turun...turun...harga minyak, BN turun, Pak Lah turun, Najib turun'. Di tengah pancaran matahari, peserta duduk bersimpuh di jalan tar yang panas mendengar ucapan Naib Presiden PAS...

Bukan Debat Budak Sekolah Yob!

Image
Oleh ANAKSENGAT Anda Boleh Download; Bersemuka Dengan Media - Debat Khas Minyak Description: Bersemuka Dengan Media - Debat Khas Minyak RTM1 antara Yb Salahudin deng a n YB Dato' Sharir Samad " Saya sempat membaca beberapa ulasan tentang rancangan bersemuka bersama MEDIa RTM 1. Kebanyakannya menganggap YB Salehudin gagal menggunakan kesempatan. Kebanyakan ulasan lebih berkisar tentang tak puas..... tak panas... mendatar.... tak memenuhi ciri ciri debat. Kebanyakannya lebih kepada rasa tidak puas hati kerana YB Salehudin tak BELASAH Shahril! Memang ada beberapakali Datuk Shahril mencelah, bukan kerana kelemahan fakta salehudin kerana yang diperbetulkan itu bukan inti utama, sekadar contoh sampingan yang boleh saja ditinggalkan. Cuma Shahril dalam keadaan hilang pedoman sehingga tak dapat membezakan fakta dan sampingan. Ia hanya untuk menonjolkan semula imej kegagalannya berhujjah. Mungkin kita mengharapkan salehuddin seperti Shahril yang menghentam apa sahaja yang melinta...

Rusa Tanduk Satu Ditemui

Image
Anak Rusa berusia 10 bulan ini sangat istimewa. Tanduknya sebesar jari itu hanya satu ; jelas kelihatan tumbuh di tengah kepalanya yang mungil. Anak rusa ini ditemui ketika bermain di taman di Prato, Tuscany, Itali. Binatang milik Pusat Sains Alam Prato itu difotokan pada Selasa (10/6) lalu.

Apa erti sebuah keraian pemimpin jika rakyat menderita....

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - 'Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'. Demikian antara petikan pendapat Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdidin berhubung soal pembaziran yang memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat yang turut dikaitkan dengan isu kenaikan harga minyak yang mendadak baru-baru ini. "Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. "Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun," katanya yang dipetik daripada blognya. Akibat daripada itu kata Asri, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak mem...

Seludup kanak-kanak

Image
Oleh Rohaniza Idris NEGARA dikejutkan dengan kes penjualan dan pembelian bayi didalangi sindiket yang turut membabitkan doktor klinik swasta, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan warga asing di Johor Bahru, baru-baru ini. Kes terbabit terbongkar selepas polis berjaya menyelamatkan empat bayi berusia antara tujuh bulan hingga setahun dan menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam satu operasi - Ops Kasih. Rentetan kes itu timbul pelbagai persoalan termasuk isu pengambilan anak angkat, kes pembuangan bayi dan sindiket menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan bayi dan penyeludupan kanak-kanak. Hakikatnya, isu jual beli serta penyeludupan bayi dan kanak-kanak bukan hanya isu tempatan malah ia menjadi topik besar yang sering dibincangkan pada peringkat global. Bayi perempuan lebih mahal PENYELUDUPAN manusia adalah jenayah perniagaan ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api yang dianggarkan menjana pendapatan antara RM22.4 juta hi...

Bayaran Gaji Kakitangan Awam Dan Kerja Luar Selepas Tugas

Bayaran gaji kakitangan awam dua kali sebulan: PM PUTRAJAYA: " Kerajaan akan melakukan pembayaran gaji kakitangan awam secara ansuran dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini "; kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di sini petang ini. Katanya, pembayaran pertama pada pertengahan bulan dan bayaran seterusnya hujung bulan. Dalam perkembangan lain; JPA kemuka peraturan untuk pekerjaan luar Kakitangan perkhidmatan awam yang ingin melakukan pekerjaan luar atau kerja sambilan perlu memohon kebenaran bertulis daripada ketua jabatan masing-masing. Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), peraturan berkaitan kakitangan awam yang ingin melakukan pekerjaan luar telah lama wujud dan masih berkuatkuasa iaitu menurut Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) Pindaan 2002. “Ketua jabatan perlulah mengambil kira tata kelakuan kakitangan awam seperti mana yang ditetapka...

Wang rebat dibayar mulai Sabtu

Image
Bukan lagi mulai 1 Julai seperti diumumkan minggu lalu, wang rebat RM625 bagi kenderaan dan RM150 bagi motosikal akan dibayar mulai Sabtu ini. Keputusan terbaru itu - masing-masing untuk pemilik kenderaan berkuasa bawah 2000cc dan pemilik motosikal bawah 250cc - diumumkan perdana menteri hari ini. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mereka yang telah memperbaharui cukai jalan pada April dan Mei tahun ini juga boleh mendapatkan rebat di pejabat pos pada 14 Jun, Maklumat lengkap cara menuntut wang itu akan diumumkan dalam masa terdekat, lapor Bernama. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Menangani Inflasi di pejabatnya. Rabu lalu, sewaktu mengumumkan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak, beliau mengumumkan beberapa langkah mengurang beban, antaranya membuat bayaran rebat tersebut. Lagi Berita; Elaun PM, menteri dipotong 10% Elaun keraian perdana menteri, timbalannya, menteri dan timbalan menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai, ka...

Demontrasi Adalah Satu Manifestasi perasaan

YAB Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengutarakan tentang " Demontrasi ": Demontrasi (Tunjuk perasaan) adalah satu tajuk yang sangat berkaitan dengan fitrah manusia. Kanak-kanak boleh merajuk. Isteri kadang-kadang boleh menangis. Anak lelaki atau perempuan kita juga biasa menunjukkan pernyataan sikap mereka sama ada suka atau duka melalui perlakuan dan tutur kata. Semua ini adalah manifestasi perasaan. Apa yang ditunjukkan dinamakan tunjuk perasaan. Di dalam Islam, kita menunjukkan perasaan kecintaan dan ketundukan kita terhadap Allah S.W.T. melalui sembahyang lima waktu beramai-ramai (berjemaah) yang lengkap dengan aksi duduk, sujud dan tunduk bangunnya. Kita juga ada solat Jumaat sekali seminggu dan solat sunat dua Hari Raya untuk tiap-tiap tahun. Kemuncak demonstrasi dapat kita saksikan melalui pertemuan sekali seumur hidup (sekurang-kurangnya) untuk berhimpun di Padang Arafah, melontar iblis di ketiga-tiga Jamrah, Saei di antara Safar dan Marwah dan...

Hampir 2/3 gaji sebahagian rakyat dibelanja untuk petrol

Adnan Ibrahim Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Gaya hidup apakah lagi yang perlu diubah oleh rakyat setelah dinasihatkan pemimpin kerajaan supaya berjimat cermat dengan kenaikan harga minyak dua tahun lalu dan kenaikan harga beras, tepung dan barang keperluan lain? Rakyat sudah mengambil langkah berjimat dan kini sebahagian subsidi petroleum dikorbankan untuk kononnya membantu kerajaan membangunkan negara. Soalnya, apakah pula pengorbanan pemimpin? Setelah rakyat disuruh merobah gaya hidup, para pemimpin terus hidup senang-lenang. Di mana slogan "Kepimpinan Melalui Teladan"? Bersediakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet memotong elaun mereka sebagai timbal balas kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. Terdapat cadangan yang disuarakan rakyat dihantar dan disiarkan stesen televisyen swasta minta 70 peratus elaun menteri dipotong. Apakah perasaan Abdullah? Menteri Perdaganga...

'Kerajaan ini melimpah wang' - Tun Dr Mahathir

Azamin Amin KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Penasihat Petronas Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa mengekalkan dan mengurangkan subsidi minyak secara berperingkat adalah merupakan pilihan lebih baik memandangkan beban kenaikan harga yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Beliau percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol namun yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta dalam keadaan tergesa-gesa. "Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing. "Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun," katanya mengulas kenaiakan bahan bakar yang diumum Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Katanya Malaysia mengeluarkan lebih kurang 650,000 tong minyak sehari dan mengguna 400,000 tong manakala selebihnya iaitu 250,000 tong ad...

Sebelum Dan Selepas

Image
Gambar Menarik Daripada mSTAR Online Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil BEZA KUANTITI BAGI SETIAP RINGGIT... Azhan Sharom, 23, yang ditemui di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu menunjukkan botol berisi minyak bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kuantiti botol kiri berdasarkan harga lama manakala yang kanan pula jika mengikut harga baru, berkuat kuasa tengah malam ini. Foto The Star

Subsidi dibayar tunai kepada pemilik kenderaan

Ihsan : Utusan Malaysia Online PUTRAJAYA 4 Jun – Kerajaan akan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api yang diumumkan hari ini. Walaupun pemilik kenderaan kini terpaksa membayar harga petrol dan diesel yang lebih tinggi sehingga 40 peratus berbanding harga sebelum ini, tetapi mereka akan mendapat rebat tunai daripada kerajaan sebaik sahaja memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memberitahu Utusan Malaysia di sini, sungguhpun harga petrol naik sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 namun hakikatnya kerajaan akan memulangkan semula sebahagian daripada kenaikan itu kepada pengguna dalam bentuk rebat tunai berjumlah RM625 setahun. “Pemilik kenderaan sebenarnya masih menikmati subsidi petrol yang kita pulangkan semula dalam bentuk bayaran tunai,” katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan struktur ba...

Ke Arah Hidup Yang Lebih Terdesak

Image
Oleh isma daud FENOMENA SATU NEGARA ... Kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api. Keadaan yang sama berlaku di seluruh negara. Foto : Ihsan Utusan Malaysia Online. _______________________________________________ Setelah memberi pelbagai alasan memujuk rakyat tanpa kenaikan gaji dan bonos; hari ini BN membalas budi baik itu dengan menaikkan harga petrol sebanyak 41 peratus. Kerajaan telah menunaikan janjinya dan pengundi BN ada saham di dalamnya. Kerajaan BN hari ini benar-benar sudah membalas budi rakyat Malaysia yang mengembalikan tampuk pemerintahan kepada mereka dengan kenaikan harga barang keperluan hasil naiknya harga minyak; maka semakin saratlah bebanan hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Inilah hadiah istimewa kepada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lalu. Tempiasnya untuk semua rakyat Malaysia. Kerajaan membalas pengorbanan rakyat d...

Malaysia lebih banyak menjana kemiskinan dari membasminya

Image
Oleh ahmadhadeed Abdullah Badawi dan Shahrir Samad akan mengumumkan kenaikan harga minyak Rabu ini . Susah apa nak tadbir negara kalau setakat nak umum naik harga minyak. Orang kampung pun boleh tadbir negara kalau macam itu caranya. Kenaikan harga minyak akan menaikkan harga barangan dan kos sara hidup akan naik berlipat ganda. Malaysia sebenarnya lebih banyak menjana kemiskinan rakyat dari membasmi kemiskinan rakyat. Dengan upah yang sama dan ada setengahnya menganggur dan tidak ada upah langsung, maka bilangan orang miskin akan bertambah apabila harga barang naik. Rakyat yang tidak cukup duit pendapatan untuk menyara hidup keluarga namanya MISKIN. Jadi manakah kehebatan kerajaan Dollah membasmi kemiskinan?. Semua bohong belaka. Shahrir bohong dan Dollah bohong. Mengapa perlu naik harga minyak kalau subsidi yang dikatakan itu hanya cukai yang tidak dikutip kalau minyak tempatan dijual pada orang tempatan. Rakyat paling bodoh pun tak dapat menerima bagaimana pengeluar minyak terpaks...

Bayi ajaib: Dikandung di luar rahim ibu

Image
GAMBAR yang diedarkan oleh sebuah hospital swasta di Darwin, semalam menunjukkan Durga Thangarajah bersama ibunya, Meera dalam keadaan sihat.- AFP SYDNEY 30 Mei - Durga Thangarajah yang baru dilahirkan semalam, disifatkan oleh para doktor sebagai bayi perempuan yang ajaib apabila selamat dilahirkan dalam tempoh yang cukup bulan walaupun dikandung di luar rahim ibunya. Fenomena ini amat jarang berlaku kerana lazimnya ia sering memberikan risiko tinggi terutama kepada si ibu. Namun Durga selamat dilahirkan secara pembedahan di sebuah hospital swasta di Darwin, utara Australia setelah membesar selama sembilan bulan di luar dinding rahim kanan ibunya sehingga menyebabkan tisu organ itu menjadi nipis seperti sehelai kertas. Pakar bedah sakit puan, Dr. Andrew Miller berkata, bagi setiap 40,000 kehamilan akan ada satu kes melibatkan hamil di luar rahim. "Namun peluang bagi janin tersebut untuk terus membesar sebagai bayi yang cukup tempoh matang lazimnya terlalu jarang berlaku,...

Ummat Islam Wajib Membuat Makanan Mereka Sendiri

Image
Artikel asal : Bila Ummat Islam Mahu Membuat Makanan Mereka Sendiri. Oleh ahmadhadeed Membaca berita tentang bagaimana orang kafir yang tidak takut takut meletak babi dan arak dalam makanan dan menjual nya sebagai makanan halal membuat saya terfikir , betapa beraninya orang kafir membuat apa saja pada orang islam tanpa rasa segan silu. Bukan mereka tak tahu suatu hari nanti perbuatan mereka terbongkar tetapi mereka tidak takut kerana orang Islam tidak akan buat apa apa melainkan menulis dalam surat kabar, menghantar memorandum dan menyerah kepada pihak berkuasa. Mereka pun tahu undang undang hanya akan mendenda mereka seribu dua dan kadang kadang pihak berwajib pun takut untuk menyaman mereka kerana takut kalah dan terpaksa bayar ganti rugi saman malu. Sebab itu lah banyak berlaku kes menjual makan haram kepada ummat Islam di Malaysia. Ummat Islam pula terlalu tidak mahu berusaha sehingga tidak membuat apa apa un tuk menghasilkan barangan asasi untuk kegunaan ummat Islam. Berikut adal...