Posts

Showing posts from March, 2008

Pihak hina Islam dikecam

Image
HINA ISLAM: Foto skrin komputer menunjukkan filem anti-Islam ‘Fitna’ di laman web www.liveleak.com yang dikutuk masyarakat Islam. Web itu kemudian membuang video berkenaan daripada lamannya. Majoriti anggota UNHRC lulus ketetapan kutuk pihak peralat media BaratGENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan satu ketetapan mengutuk tindakan segelintir pihak memperalatkan media bagi menghina Islam. Ketetapan itu disokong 21 daripada 47 negara anggota manakala 14 negara berkecuali dan 10 lain membantah. Agensi PBB itu dikuasai negara Arab dan Muslim yang memberi sokongan penuh di atas ketetapan itu manakala negara lain seperti Eropah dan Kanada, membantahnya. "Majlis ini mengecam penggunaan media yang dijadikan alat mencetuskan keganasan, rasa takut dan benci serta kekejaman lain ke atas Islam," kata kenyataan itu. Dokumen berkenaan dikemukakan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bimbang terhadap sebarang tindakan mengaitkan Islam dengan...

23 Adun hadir majlis hari ini

Image
Oleh Shaarani Ismail dan Hamid Salleh RESTU: Tuanku Mizan disambut Ahmad setiba baginda di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam. KUALA TERENGGANU: Semua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu, termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Idris Jusoh, akan menghadiri istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Maziah, di sini hari ini. Pada majlis yang dijadualkan bermula jam 9 pagi itu, Adun Kijal, Datuk Ahmad Said, akan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin. Istiadat mengangkat sumpah itu hanya untuk jawatan Menteri Besar. Satu lagi istiadat mengangkat sumpah akan diadakan untuk ahli Exco Kerajaan Negeri selepas Ahmad membuat pelantikan mereka dalam tempoh terdekat. "Semua 23 Adun BN akan hadir esok (hari ini),” kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid, ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Ketibaan Yang di-Pertuan ...

Sambutan Rakyat Terengganu Terhadap DYMM YDP Agong; Sultan Mizan

Image

Daulat Tuanku!!!

Image
BERSAMA TUANKU SULTAN MIZAN RAKYAT TERENGGANU BERSAMA AS-SULTAN MT UMNO TERIMA AHMAD SAID SEBAGAI MB TERENGGANU.

Rosaknya "maulud nabi", Andai Rasul Hadir, Apa Perasaannya?

* penulis asal menggunakan "maulud" bukan maulid. Saya sudah bincangkan persoalan maulud atau "maulid" nabi . ... di"post"kan oleh usd. Hanisah Musa Fri Mar 21, 08 Saudara Pengarang, Assalamualaikum, Saya bangun hari ini dengan azam untuk meluangkan lebih masa untuk mengenang sirah Rasulullah s.a.w. dan ajaran yang dibawa baginda. Tatkala saya sedang berusaha menggali mutiara di kaki sirah baginda, saya memujuk hati membuka televisyen menonton siaran Sambutan Maulud Nabi di Stadium Bukit Jalil, sambil mengenang keadaan huru-hara umat akhir zaman ini. Siaran langsung sambutan ini dimulakan dengan perarakan agensi-agensi kerajaan. Seterusnya, ialah perasmian dan penyampaian anugerah tokoh Maulud Nabi oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan. Kelihatan majlis sungguh meriah. Namun, apabila mengenang situasi umat hari ini, rasanya ada kelompangan dalam sambutan ini. Iaitu, mana semangat penghayatan kecintaan umat ini kepada Baginda s.a.w.? Bukankah seorang pe...

Hakikatnya!!! Terengganu Kaya Tapi Rakyatnya Masih Miskin

Karim Zaidan Jika dilihat Terengganu sahaja, rakyat dilambakkan dengan 1,001 permasalahan dan isu yang perlu dan sepatutnya diambil serius oleh Perdana Menteri. Terengganu terkenal sebagai negeri yang kedua terkaya di Malaysia, tetapi mencatatkan kadar kemiskinan yang kedua tertinggi di Malaysia. Sewaktu PAS memerintah Terengganu, kadar kemiskinan dapat diturunkan daripada 17 peratus kepada 10.2 peratus. Selepas Barisan Nasional (BN) kembali memerintah Terengganu - berdasarkan maklumat Jabatan Perangkaan - negeri ini mencatat penigkatan kadar kemiskinan kepada 15 peratus. Bagaimana negeri yang kedua terkaya melahirkan rakyat yang miskin? Di samping itu, kadar jenayah pula tinggi dan masalah sosial yang meruncing sebagaimana disahkan oleh Ketua Polis Negara. Perkara yang berlaku saban hari ini gagal ditangani kerajaan, bahkan semakin menjadi-jadi. Orang tidak siuman sahaja yang tidak tahu dana negara telah dikikis seperti yang berlaku pada tiga projek pelancongan utama di Terengganu, ia...

Analisis : Hubungan BN - Istana Kian Tegang

Image
Fathi Aris Omar Malaysiakini.com Jika majlis angkat sumpah menteri besar Terengganu dipulaukan oleh semua wakil rakyat BN (Ahad 23/3), parti itu kini berdepan dengan tanggapan umum bahawa ia sengaja mencipta masalah dengan istana - sekali gus melanjutkan krisis sejak tamatnya pilihanraya umum 8 Mac. Selepas keadaan tidak pasti selama 15 hari tanpa calon menteri besar, istana melantik wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said (foto) menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh. Majlis angkat sumpah dijadual pagi ini di Istana Tamu, Kuala Terengganu. Namun 23 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid mengisytiharkan secara terbuka untuk memulaukan majlis tersebut. Usaha ini kelihatan sudah dirancang lebih awal apabila sumber-sumber Umno negeri memberitahu Malaysiakini kelmarin, Idris yang juga pengerusi BN negeri meminta semua Adun - kecuali Ahmad - menurunkan tandatangan sokongan kepadanya. Sumber itu juga tidak senang apabi...

Wanita Dan Unsur-Unsurnya

Oleh Nabilah Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu... Baca dan fikirkan di manakah anda.Mungkin apa yang dikatakan ada kebenarannya. Hayatilah pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga: a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan. b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas WANITA BERUNSUR TANAH 1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setiaserta rela berkorban. 2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidaksombong dan bukan seorang pemarah. 3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan. 4) Tidak s**a membantah atau membangkang. 5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan. WANITA BERUNSUR AIR 1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat. 2) Mengambil berat. 3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakanpasangan. 4) Menenangkan pasangan. 5) Sangat romantis. 6) Mudah menangis. 7) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan. WANITA BE...

Apa, siapa, mengapa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Image
Rumah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka Kelantan BELUM ADA lagi pemimpin Melayu/Islam yang mampu menandingi kezuhudan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, lihat saja rumahnya, inilah rumah untuk seorang menteri besar selama 17 tahun memerintah Kelantan, tidak berpagar, jauh lagi berpengawal. Cakapnya perlahan, tapi isinya dalam, beliau dihormati kawan dan lawan, baik Dr Mahathir, Ku Li, bahkan Lim Kit Siang sendiri. Mahu tahu mengenai peribadinya? Mengenalinya lebih dekat? Ulama Islam dan tokoh politik Melayu TENANG, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakka...

Agong: Contohi Rasulullah untuk capai keunggulan

Image
KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu mencontohi keunggulan peribadi Rasulullah SAW dalam melaksanakan perintah Allah SWT ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang unggul serta menjadi contoh teladan kepada dunia, titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Titah baginda, perjuangan Rasulullah telah berjaya membina kekuatan mental dan fizikal umat Islam sehingga mampu mencipta satu tamadun yang gemilang di mata dunia. Seluruh umat Islam, titah baginda, perlu menyedari bahawa Allah SWT telah menganugerahkan potensi kecemerlangan dalam setiap diri insan. "Umat Islam sebagai hambanya bertanggungjawab untuk mengembangkan potensi kecemerlangan ini melalui akal yang telah dikurniakan Allah. Hanya melalui akal yang cerdas, insan mampu menerokai ilmu dan seterusnya berupaya membimbing masyarakat ke arah kegemilangan. "Tema Maulidur-Rasul tahun ini 'Menjana Ummah Gemilang' amat bertepatan dengan situasi kehidupan umat Islam hari ini yang mana ia sentiasa mengalami p...

Nazrin: Iktibar kejatuhan pemimpin

Image
Mar 20, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah meminta pemimpin negara ini supaya mengambil pengajaran dan iktibar daripada punca kejatuhan empayar, kerajaan malahan raja dan pemimpin, antaranya kerana kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa. Baginda bertitah, melalui sejarah, umum mengetahui ramai telah diberi peluang untuk menjadi pemimpin, namun hanya segelintir sahaja individu yang muncul sebagai pemimpin yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa. "Keadaan ini berlaku kerana ramai yang ketika diberi peluang untuk memimpin kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa. "Ada antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan. "Demikian terdapat himpunan sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin yang sewajibnya dijadikan asas rujukan untuk ummah hari ini mempelajari dari ke...

DUNIA : Wanita India lahir bayi miliki 2 muka

Image
NEW DELHI: Seorang wanita India melahirkan seorang bayi perempuan yang mempunyai dua muka dan dua pasang mata di sebuah perkampungan di daerah Gautam Buddha Nagar di Uttar Pradesh, kira-kira 50 kilometer ke timur New Dehli. KUASA TUHAN : Bayi perempuan India ini mempunyai dua muka dan dua pasang mata. Media tempatan dan akhbar Britain, The Telegraph melaporkan semalam, bayi berusia empat hari itu anak pasangan suami isteri Vinod Singh dan isterinya, Sushma. Malah kelahiran bayi berusia empat hari itu yang belum diberikan nama, berlaku dua tahun selepas India dikejutkan dengan kelahiran seorang bayi, Lakshmi Tatma yang mempunyai dua pasang kaki dan tangan. Mengikut doktor di Hospital Saifai, Dadri, bayi dan ibunya berada dalam keadaan sihat. “Seorang pesakit wanita yang sakit hendak bersalin, dimasukkan ke hospital ini kira-kira jam 6 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu. “Beliau bersalin secara normal biarpun bayinya cacat kerana mempunyai dua muka dan dua pasang mata. Tetapi baik si ibu m...

Yang disangka, yang tak disangka

Image
Subky Abdul Latif Sun Mar 16, 08 11:13:58 am MYT Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 sekali pun tidak menukar Kerajaan Pusat, tetapi ia telah mengajar Barisan Nasional (BN) yang berkuasa sejak tahun 1955. Sejak sekian lama sebahagian dari rakyat Malaysia mahu menukar kerajaan dari BN kepada mana-mana parti politik yang lain, kerana banyak buruknya bagi satu-satu parti memerintah begitu lama, maka sekurang-kurangnya rakyat mahu menafikan majoriti dua pertiga kerajaan BN supaya ia tidak jadi kerajaan maharajalela. Maka yang dihajati oleh rakyat bagi mewujudkan satu suasana demokrasi yang sihat, telah diperolehi melalui pilihan raya pada 8 Mac lalu. Dengan segala kerenah dan putar belit SPR menjelang pilihan raya, rakyat tidak menyangka dapat menyekat BN mencapai majoriti dua pertiga, apa lagilah merampas empat lagi kerajaan negeri. Tiga bulan lalu Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan mengingatkan ancaman yang BN mungkin hadapi di Pulau Pinang dan Selangor. Dan hingga menjelang pilih...

Tazkirah : Menyambut "Maulidur Rasul" kah atau "Maulud Nabi"kah???

Pertama yang saya ingin perbetulkan ialah penggunaan masyarakat kita tentang "maulud". Ramai yang menyebut "maulud nabi" yang memberi erti "yang dilahirkan nabi". Dalam ertikata lain ia bermaksud "bayi". Penggunaan sebenar ialah "Maulid" yang bermaksud "kemunculan atau kelahiran sesuatu". Jika kita bertanya mengapa kita mengadakan maulidur rasul? Sudah tentu orang itu menjawab: "Untuk mengingati baginda SAW". Ini bermaksud kita ingin mengingati Rasulullah SAW tidak hanya masa usia bayinya sahaja bahkan kita bermaksud mengingati "kelahiran atau kemunculan nabi" sebagai nabi akhir zaman yang membawa rahmat sekelian alam. Nyata sekali bahawa penggunaan "maulud" tidak sesuai dengan maksud dan niat sambutan kita. Kita tidak berniat untuk mengingati nabi masa lahir atau "fatrah" yakni "tempoh masa" bayinya sahaja. Insya Allah swt saya cuba menyingkap kesan menyambut "maulid rasu...

Ambil Iktibar : "Tiada istilah senang lenang" - Farah Izzati

KEPALA BATAS: “Pada saya tiada istilah bersenang lenang ketika di tingkatan empat. Usaha gigih sejak awal akhirnya membuahkan hasil,” kata Farah Izzati Saiful Azhar, 18, pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad di sini, yang mendapat 12 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semalam. Farah Izzati dari Seberang Jaya juga mengulangi kejayaan mendapat 9A ketika Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2005 di sekolah sama. Anak kepada pengurus kilang itu berkata, tumpuan dalam kelas penting supaya apa yang diajarkan guru difahami sebelum membuat ulang kaji sendiri. “Pada mulanya saya sedikit terganggu kerana memasuki Kolej Islam Sultan Azlan Shah selepas PMR sebelum berpatah balik ke sekolah asal, namun saya dapat menyesuaikan diri atas dorongan guru dan rakan. Sumber dipetik daripada myMetro.

Tiga petua Nur Atiqah

SEREMBAN: Nur Atiqah Shahari @ Ramli , pelajar Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Said (SHAMS), yang memperoleh 1A dalam 13 mata pelajaran pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam, mengamalkan tiga petua dalam mencapai kejayaan itu. Tiga petua itu ialah sentiasa fokus kepada pelajaran , memahami konsep pengajaran dan pembelajaran (P&P) , rajin mengulang kaji serta sentiasa merapatkan hubungan dengan Allah termasuk melakukan solat hajat, baca al-Quran dan berdoa. Sumber: myMetro .

Ambillah Iktibar Daripada Mereka Yang Telah Berjaya: "Tekun" punca Azali dapat 21 A

Image
Lapuran Oleh HASHNAN ABDULLAH HEBAT... Pelajar cemerlang SPM 2007, Azali Azlan dari SMKA Yan, Kedah (kanan) dan Quek Khai Ren dari SMK Hwa Lian Mentakab, Pahang mengukir senyuman gembira atas kejayaan mereka memperoleh 21 A dan 16 A dalam semua mata pelajaran yang mereka ambil selepas pengumuman keputusan SPM/STAM di Kementerian Pelajaran, Putrajaya, semalam.– Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI. PUTRAJAYA (Utusan Malaysia Online) 12 Mac – Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu. Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang. ‘‘Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM, saya menghadapi dugaan dan cabaran. ‘‘Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenan...

Sekolah Ada Cuti....Perjuangan Tidak Pernah Bercuti.

Image
Demam PRU12 membuatkan saya lupa bahawa cuti sekolah telah bermula. Saya ingat cuti itu adalah cuti kerana pilihanraya. Maka pilihanraya pun sudah tamat. Maka kehangatan isu pilihanraya biarlah sehangat sesuam ketiak; sentiasa hangat tetapi suam sepanjang masa. Itu elok untuk kita. Sekarang bukan masa bertelagah lagi tetapi semua pihak perlu kembali menyusun gerak kerja dan melaksanakan janji-janji sedaya yang ada agar rakyat tidak menganggap kita "pembohong". Bergerak dalam saf yang sempurna sebagaimana firman Allah SWT: " Sesungguhnya Allah SWT sangat suka akan orang yang berjuang pada jalan Allah dalam keadaan saf (organisasai) yang (gerak kerjanya) tersusun seumpama sebuah bangunan yang tersergam indah tersusun kemas binaannya". Surah As-Saf;ayat 4. Cerita PRU12 saya tamatkan perbicaraannya disini tetapi agendanya biarlah berterusan. Kita serah kepada yang pakar!!! Bertandang Ke Kabong, Sarawak. Sepanjang cuti ini saya tidak melakukan perjalanan jauh. Menghabisk...

Peringatan Kepada Yang Menang Dan Yang Kalah dalam PRU12

Keputusan PRU12 semua orang sudah tahu. Siapa yang kembali berkuasa pun sudah tahu. Ada kerajaan yang sudah dibentuk dan ada dalam proses pembentukan sedang berlaku. Jelas kali ini rakyat sudah menggunakan "kuasa rakyat" secara bijak dan berani menegakkan keadilan dalam diri mereka sendiri tanpa rasa takut dan ragu. Tahniah!!! "Kuasa Suara Rakyat" Suara Rakyat yang berani menongkah arus daripada yang biasa telah menang di beberapa negeri di Malaysia dalam PRU12. Kejayaan mewakili rakyat yang tertindas dan tidak dibela dengan cara yang wajar. Rakyat tidak hanya mahukan kemajuan kebendaan tetapi juga hak-hak keadilan dan kesaksamaan dalam mendapat kurnia Allah SWT. Rakyat sebenarnya mahu lebih daripada keperluan benda semata-mata iaitulah keperluan jiwa, akal dan rohani yang sejahtera dan bahagia. Keseimbangan inilah yang diperlukan oleh rakyat dan ianya perlu disempurnakan oleh kerajaan yang mentadbir. Maka kegagalan melengkapkan keperluan ini maka sesiapa yang berta...

Keputusan PRU12 (Klip Sini)

PRU12 seumpama "thunami" kepada BN setelah 50 tahun merdeka apabila gagal mendapat mandat 2/3 kerusi Parlimen dan terpaksa melepaskan 5 buah negeri kepada pakatan BA iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.Nampaknya usaha mendapatkan Kelantan; Pulau Pinang terlepas. "Yang Dikejar terlepas dan yang dikendung berciciran". Akibat Tamak; Hasilnya "Bagai Anjing Dengan Bayang-Bayang"; Pengajaran berharga daripada RAKYAT MALAYSIA kepada mereka yang tidak mahu belajar dan mempedulikan orang lain. Kuasa adalah amanah yang akan disoal siasat oleh Allah SWT di Padang Mahsyar nanti. Maka orang-orang yang tidak sedar itu tidak sesekali mahu belajar. Harap BN cepat insaf dan kembali kepada perjuangan asal demi UMMAT MELAYU , UMMAT ISLAM dan RAKYAT MALAYSIA, lebih baik lagi kalau BN kembali kepada Allah dan Rasulnya.

"Abdullah tolak Islam punca Allah beri kekalahan kepada Umno/BN" - Nik Aziz

Image
KOTA BHARU, 9 Mac (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat berkata, kemenangan yang diberi Allah kepada PAS, KeADILan dan pembangkang lain di Malaysia adalah kerana tindakan Umno/BN yang sudah cukup melampau. Kata Tuan Guru, rakyat Kelantan masih mahu mempertahankan kerajaan Islam yang telahpun dijalankan PAS sejak memerintah 18 tahun lalu. Rakyat Kelantan tidak mahu idealisme Umno yang hanya menumpukan kepada kebendaan, mengangggap rakyat buta huruf dan mahu memperbodohkan rakyat, katanya. Beliau juga memberi mesej peribadinya kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan BA dan pembangkang lain di beberapa negeri termasuk Kedah dan Pulau Pinang. Secara peribadinya mesej Tok Guru kepada Abdullah ialah "Inilah akibatnya jika manusia tak dengar kata Allah". "Faktor kemenangan bagi saya sebab kita perjuang Islam, Umno sudah melampau hingga hina rakyat sendiri, hina demokrasi, jangan harap nak jalan Islam demokrasi...

Nasib Dua Sahabatku...

Image
Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah (menang DUN Bukit Payung, Marang) , Dr Mohd Ramzi Bin Mohd Zubir kalah di Parlimen Marang kepada Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Bin Awang. Tuan Guru juga menang di DUN Rhu Rendang, Marang. Catatan: Di antara kawan dan perjuangan; saya memilih perjuangan Islam dan kebenaran.

Terima kasih Malaysia, BA menang lima negeri!

Image
"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya begitu terharu dan tersentuh dengan pilihan yang dibuat mereka dan penghargaan wajar diberikan kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan yang mahukan perubahan dan era baru dalam negara." Demikianlah kata mukadimah penuh semangat Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan sidang media khas keputusan kejayaan Barisan Alternatif (BA) jam 1.10 pagi tadi di kediamannya tadi. "BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor," kata Anwar di hadapan lebih 50 wartawan dan jurugambar luar dan dalam negeri. "Kita telah berjaya menafikan dua pertiga majoriti di Parlimen," katanya. Sumber: Malaysiakini.Com dan Harakahdaily.Net __________________________________________ Gambar: Sokongan Rakyat Masih Untuk Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Jelas Datuk Seri Masih Relevan.

Kejutan Di Lima Buah Negeri

Image
PARLIMEN: BN menang majoriti mudah DUN: Bentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga di enam negeri, kejutan di lima negeri MAJORITI MUDAH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengangkat tangan Abdullah sambil diperhatikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah di Menara PWTC, malam tadi. KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada Pilihan Raya Umum Ke-12 apabila memperoleh 132 kerusi Parlimen pada jam 3 pagi ini bagi membolehkannya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Bagaimanapun, gabungan 14 parti itu menerima kejutan apabila pembangkang menang di lima negeri, manakala beberapa pemimpin parti komponen, menteri dan timbalan menteri gagal mempertahankan kerusi mereka. Sehingga jam 3 pagi ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan Pas kekal berkuasa di Kelantan dengan majoriti dua pertiga apabila parti itu dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 39 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). DAP pula, bersama Pas dan PKR, buat pertama ...