Posts

Showing posts from November, 2007

Kempen Nilai Murni (4) : "Kejujuran”

Teks disediakan oleh Ustaz; Disampaikan oleh Adik Hazmiruddin Kamaruddin (5E) Assalamu alaikum dan selamat pagi; Nilai murni yang akan saya bicarakan pada pagi ini ialah kejujuran. Mari kita bertanya kepada diri kita betapa jujurkah kita kepada diri kita? Sebagai pelajar sejauhmanakah kita berusaha memupuk nilai ini ke dalam diri kita? Kejujuran menurut pandangan Islam ialah sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharap balasan. Para Guru dan Rakan-rakan sekalian; Sifat jujur adalah sifat terpuji yang mesti ada pada diri kita. Ia adalah kunci kebahagiaan dan keharmonian hidup. Sifat jujur adalah sifat para nabi dan rasul kerana mereka menjadi contoh teladan kepada umat mereka. Dapat kita bayangkan bagaimanakah akibatnya para nabi dan rasul ini jika mereka mengabaikan sifat jujur dalam diri mereka ketika menyampaikan ajaran Allah yang diwahyukan kepada mereka. Orang yang jujur sentiasa ikhlas dalam melakukan sebarang pekerjaan, bercakap benar, menepa...

Kempen Nilai Murni (3) : Berdikari

Teks disediakan oleh Ustaz; Disampaikan oleh Adik: Mohd Radhi Ramli (5B) Salam Sejahtera dan Selamat Pagi Barisan Warga Pendidik yang dihormati dan rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian. Pagi Semalam; Tuan Pengetua telah melancarkan secara rasminya “Kempen Nilai Murni”. Untuk menjayakan kempen ini, insya Allah kita akan bincangkan setiap pagi satu nilai murni yang boleh kita fahami, kita hayati dan kita amalkan sebagai budaya dalam hidup kita. Tuan Pengetua, Guru-guru dan rakan pelajar sekalian; Kita biasa dididik dan dilatih sedari kecil oleh ibubapa dan guru kita supaya melakukan sendiri kerja kita tanpa mengharapkan orang lain seperti membuat kerja yang disuruh oleh ibubapa atau oleh guru kita. Sebelum saya berbicara lebih lanjut; Saya ingin bertanya? Siapakah yang masih kasutnya dibasuh oleh ibunya lagi? Siapakah Pakaian sekolahnya masih mengharapkan ibunya yang menggosoknya? Siapakah Setiap pagi akan marah-marah di mana letaknya stoking sekolah atau pakaian dalamnya tidak jum...

Kempen Nilai Murni (2) : "Berhemah Dalam Memberi Teguran Dan Percakapan”

Teks disediakan oleh Ustaz; Disampaikan oleh Adik pelajar petang. Salam Sejahtera dan Selamat Petang Terima Kasih Pengerusi Majlis, Yang berusaha Penyelia Petang, Madam Mary Lau Ai Ting, Barisan Warga Pendidik yang dihormati dan seterusnya rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menyampaikan sedikit ucapan dalam “segmen nilai murni”. Pada kali ini saya akan membincangkan tajuk: “Berhemah dalam memberi teguran dan percakapan” Saya teringat kepada kisah seorang hamba yang bijaksana bernama Lukmanul Hakim apabila di suruh oleh tuannya membeli satu daging yang baik di pasar dia telah membeli bahagian “lidah”. Dan pada hari yang lain pula apabila dia disuruh oleh tuannya membeli daging yang buruk dia telah membeli bahagian “lidah”. Perkara ini telah menimbulkan rasa takjub di hati tuannya lalu beliau bertanya kepada Lukmanul Hakim. Mengapa kamu membelikan kepadaku lidah? Lantas berkata Lukman Al-Hakim: “Lidah itu bila ia berkata yang baik ; yan...

Kempen Nilai Murni (1) : Maruah Diri

Teks disediakan oleh Ustaz; Disampaikan dalam perhimpunan pagi: Adik Nazri Shamsuddin (1G) Terima Kasih Saudari Pengerusi Majlis Yang berusaha Tuan Pengetua, Encik Tan Tie Muan, Penolong Kanan Satu; Encik Mohd Syawal Bin Nor, Penolong Kanan (Hem); Puan Rasidah Binti Ahmad Penolong Kanan Ko-Kurikulum; Encik Mohammad Bin Jaya Seterusnya, Barisan Warga Pendidik yang dihormati dan rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamu alaikum dan selamat pagi; Kini tiba pula giliran saya untuk menyampaikan satu slot daripada “Segmen Nilai Murni”. Hari ini saya akan membincangkan satu nilai yang sangat penting dalam hidup kita iaitu menjaga maruah diri. Menjaga Maruah diri bermaksud menjaga budi pekerti, tingkahlaku, pakaian, pergaulan dan tutur kata yang baik selaras tuntutan syarak (perinsip agama) dan nilai budaya yang diterima pakai dalam sesebuah masyarakat bertamaddun. Rakan-rakan pelajar sekalian; Perkara pertama yang patut kita lakukan sebelum melangkah keluar dari rumah untuk datang...

PAFA : BAB 17; BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM

Image
Menjelang akhir tahun; pelajar sudah tamat sukatan pelajaran mereka di dalam kelas. Tumpuan kini ialah mengukuhkan kefahaman mereka dalam perkara asas agama "PAFA". Ramai pelajar memilih tajuk "Batas Pergaulan Dalam Islam", bab terakhir dalam sukatan PAFA. Mereka berkenalan dengan istilah seperti "Mahram", "Ajnabi", "Sumbang Mahram", "Maruah diri", "Akibat Buruk Berlakunya Pergaulan Bebas(Ikhtlat) Di Antara Lelaki Dan Perempuan". (Sebelum saya memulakan kelas; saya cuba mengulas keputusan orang ramai yang menyokong perlu ada pengasingan dan batas pergaulan di antara pelatih PLKN lelaki dan perempuan. 54% menyokong ). Tajuk ini sangat penting bagi saya. Sebagai pendidik sudah pasti saya mahu anak didik saya tahu batas pergaulan mereka supaya mereka tidak terjebak dalam kancah gejala sosial, menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral dan jauh dari melakukan perkara yang mencemarkan marau...

Sampai Bilakah Pemimpin Islam Hadhari "Tak Nak" Menutup Aurat? Inikah Satu Daripada Tuntutan Islam Hadhari?

Image
Perhatikanlah betapa mereka memandang remeh persoalan aurat? Bagaimanakah rakyat (kaum Hawa dan rakyat umumnya) mahu mencontohi cara pemakaian seorang Muslimah? Bab 16 Dalam Buku PAFA bertajuk "Batas Aurat Dalam Islam". Maka ustaz akan menerangkan hukumnya adalah wajib kepada setiap muslim yang Mukallaf. Lalu si murid bertanya: Siapa Mukallaf itu, saya kurang faham, ustaz!? Si ustaz dengan jujur menjawab: "Mukallaf itu orang yang sudah menanggung dosa dan pahala dan mesti melaksana setiap hukum agama seperti yang dipelajari dalam kelas fardu ain. Mereka itu orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka dan mampu membeza yang baik dan buruk serta telah sampai kepadanya dakwah dan ilmu pengetahuan" . Jawab seorang murid: " Jadi orang yang tidak menutup aurat itu orang kafir, masih budak-budak, seorang gila dan terjajah kerana mereka masih belum merdeka". Disoal lagi oleh sang ustaz: "Boleh kamu jelaskan batas atau had aurat seorang lelaki?". Si m...

Majlis Penyampaian Sijil Tadika Didik Ria (TDR) di Dewan MMU

Hari ini aku sempat menghadiri majlis yang sangat penting untuk anak lelakiku. Sudah tamat alam tadikanya. Bermakna tahun hadapan dia akan melangkah ke sekolah rendah memasuki tahun 1. Sebagai seorang bapa saya tetap bangga dengan anak saya walau apapun keputusan yang dia perolehinya. Muhammad Fawwaz adalah seorang anak yang sangat lain perwatakannya di sekolah berbanding di rumah. Bermula sebagai seorang yang sangat pendiam dan saya sendiri tidak dapat bayangkan selama tiga tahun bersekolah di tadika ini, selama itu dia menjadi seorang yang kaku dan senyap. Turun dari kereta ke kelasnya berpimpin, kaki bagai diheret dan langkahnya sangat perlahan, bersuara jauh sekali kecuali dengan gurunya saja, itupun bagai berbisik. Ujian lisannya dicatat: "Belum Menguasai". Bak kata sengalanya pasif, kelu dan bisu. Cuma di tahun ini dia sedikit berani. Berani turun dari kereta dan tidak mahu dipimpin masuk ke perkarangan tadika. Mula bercakap walaupun dalam nada yang sangat perlahan. Bah...

UJIAN ALLAH MENGAJAR KITA ERTI SABAR

Setelah tamat Kem Anugerah Seri Asrama Terbilang “A.S.A.T” Peringkat Negeri Sarawak terasa gembiranya hati. Satu tugas yang diserahkan kepada saya berjaya saya selesaikan. Sebagai ”ustaz” sudah tentu AJK Agama diserahkan kepada saya. Kalau saya berasa penat, pelajar yang terlibat sudah tentu lebih merasa kepenatannya. Apabila sampai di rumah, baru terasa penatnya. Badan pun rasa nak demam. Sejuk-panas saja tubuh ni. Bila bangun dari tidur bagaikan seluruh tenaga saya telah direntap. Rasa lemah dan sakit segala urat dan daging. Kepala pula rasa pening dan halkum pula rasa perit dan payau saja. Confirm demam ni. Apa tidaknya; banyak sangat aktiviti sejak hari raya Aidilfitri lagi. Rumah terbuka, berziarah, makan minum tidak terkawal, menyiapkan GeMS, Kem Asat dan aktiviti kemasyarakatan lain. Mungkin juga dalam situasi tu ada tekanan yang menuntut agar disiapkan mengikut jadual menyebabkan sistem badan tidak berfungsi dengan baik. Mungkin juga faktor kurang rehat dan kurang tidur. Di tam...

Nostalgia 2006

Cuti panjang akan tiba tidak beberapa hari lagi. Bagi perantau seperti kami memang menunggu-nunggu cuti panjang ni. Kalau jumlah keluarga sedikit tu boleh balik kampung bila-bila cuti saja. Perasaan untuk balik kampung kali ini bagai melonjak-lonjak di dalam hati. Anak-anak pula hari-hari bertanya bila nak balik kampung. Untuk meredakan hati tu; teringat nostalgia bercuti tahun lepas. Catatan Perjalanan KUALA TERENGGANU / KAJANG ( pada 16 hb Desember (Sabtu) – 19 hb Desember (Selasa), 2006. ) Ahli rehlah: 1. Abah, 2. Ummi, 3. Mak Ngah, 4. Pok Ri, 5. Anis, 6. Irah, 7. Fawwaz (Abang), 8. Adik. 16 hb Desember (Sabtu); Perjalanan bermula jam 8.30 pagi selepas sarapan pagi. Baby ditinggalkan dengan keluarga di kampung. Adik bila naik kereta terus mengamuk dan menangis sebab tinggal baby di kampung. Sepanjang perjalanan dari rumah sampailah ke stesen bas KT dia terus menangis dan marah dengan semua orang dalam kereta yang di pandu oleh Pok Mat lebih-lebih lagi pada abah; “Abah jahat katanya...

Seloka Muslimah Menutup Aurat

e-mel oleh al-farouq tutup aurat satu tuntutan, dalam keluarga wajib tekankan, kalau tak ikut gunalah rotan, demi melaksanakan perintah Tuhan, aurat ditutup mestilah lengkap, tudung litup termasuk skap, mini telekong pun orang cakap, elok dipandang tak payah pun `make-up`, sekurang-kurangnya berbaju kurung, lebih elok jubah mengurung, kaki pula mesti bersarung, ditumit kaki syaitan bertarung,. kalau wanita menutup aurat, orang jahat tak berani ngorat, bahkan boleh menjadi ubat, orang yang memandang boleh bertaubat. pakaian moden? memanglah hebat, harganya mahal walaupun ketat, walaupun cantik tetapi singkat, orang memakai pun nampak pusat. berseluar ketat bajupun ketat, jarangnya pula boleh dilihat, orang yang memakai terus dilaknat, oleh Allah, Rasul dan Malaikat. apa yang aneh bila dipandang, lengan pendek tapi bertudung, nampak seperti orang yang kudung, mata terpandang kaki tersadung. lagilah aneh bila difikir, baju kebaya tudung berukir, nampak dada iman terjungkir, kain terbelah ...

Kuliah Subuh Di Masjid An-Nur

Image
SEMPENA KEM ANUGERAH KEPIMPINAN TOKOH SERI MURID ASRAMA TERBILANG (ASAT) PERINGKAT NEGERI SARAWAK. BERTARIKH PADA 1 NOVEMBER 2007 TAJUK KULIAH; AMANAH ITU KETAATAN KEPADA ALLAH SWT. Firman Allah SWT: إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab ( amanah ) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan”. ...

Ucapan Nik Aziz di ECER - Tazkirah Mursyidul Am PAS kepada Presiden Umno

Image
Bismillahir Rahmanir Rahim "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Maksud Surah An-Nahl: Ayat 90). Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia dan isteri; Yang Amat Berhormat Dato' Sri Adnan bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang; Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh Menteri Besar Terengganu; Yang Amat Berhormat Dato' Haji Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor; YB Dato' Seri Mohd. Effendi Norwawi Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet;Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen Serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan-Kerajaan Negeri; Dif-Dif Kehormat;Tuan-tuan d...

Pakaian Wanita: Pakailah Dengan Niat Menutup Aurat

Image

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 20 Oktober 2007 : Bagaimana pula yang tidak cemerlang itu?

Sekalung tahniah kepada semua pelajar SMK Rosli Dhoby yang telah mengekalkan kecemerlangan akedemik dan ko-kurikulum masing-masing baik di peringkat sekolah mahu pun bahagian apatah lagi yang mencapai tahap kebangsaan sehingga dianugerahkan sijil dan pengiktirafan oleh pihak sekolah. Sebagai pendidik sudah tentu perasaan bangga dan syukur di atas kejayaan mereka. Sekalung doa juga dipanjatkan ke hadrat ilahi agar kecemerlangan ini akan berterusan di masa-masa akan datang. Namun jauh di sudut hati tersimpan rasa bimbang dan sangsi dengan perkembangan prestasi disiplin di kalangan segelintir pelajar kian merosot. Salah-laku pelajar sekian hari kian bertambah. Sistem meret-dimeret ada kesan baiknya tapi yang lebih penting tindakan yang lebih berkesan dan konsisten amat diharapkan dari kalangan pentadbir sekolah. Kalau tidak ”ruang” yang memang disedari oleh pelajar ini akan digunakan untuk melakukan salah-laku disiplin. Mengikut pengamatan ustaz masalah disiplin ini ada sedikit merosot. D...