Terima Kasih Adie!!!

Oleh isma daud

Malam semalam, satu majlis ringkas diadakan sempena perpisahan dengan salah seorang rakan kami ke sekolah baru.

Saudara Shahbandi Bin Han akan berkhidmat di SK Kpg Banyok, Sibu setelah berkhidmat di SMK Rosli Dhoby, Sibu sebagai pembantu makmal selama 9 tahun 9 Bulan. Beliau telah memberi khidmat bakti dan sumbangan yang cemerlang sepanjang berada di sini.

Saudara Shahbandi Bin Han menyampai ucapan perpisahan kepada ahli jamaah masjid

Penglibatan beliau dalam kerja-kerja membangunkan surau yang sekarang ini masjid serta menyiapkan sepanduk-sepanduk sehingga SMK Rosli Dhoby menjulang juara dan naib juara beberapa kali.

Cikgu Mat Bin Tani mewakili JK BADAI menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Saudara Shahbandi

Sebenarnya kami benar-benar rasa kehilangan kawan dan pemimpin dalam kerja-kerja menyiapkan kerja-kerja tambahan di Masjid An-Nadwah ini.

Juadah yang disedia dan dimasak sendiri oleh rakan-rakan

Apa pun, setiap sesuatu ada titik nokhtahnya. Selamat Maju Jaya ditempat baru. Semoga ukhuwwah kita tetap berpanjangan.

Terima Kasih Adie!!!

Baca bersama dengan entri ini; Bila Sahabat Terima Arahan Berpindah... [ Sila Klik]



Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?