Jika Darurat....

Oleh isma daud

Tuan T
(bukan Islam dan bukan nama sebenar) bertanya dekat kantin sekolah, Jika tidak sensitif harap ustaz dapat bincangkannya.... sambil makan-makan ni , boleh tahu kalau orang Islam berlaku kepadanya keadaan tiada makanan kecuali binatang yang Islam haramkan memakannya seperti sembelihan orang bukan Islam dan binatang BAB(1), bolehkah orang Islam makan???

Maka saya jawabkannya dengan sekadarnya saja pada ketika itu disebabkan keterbatasan ilmu dan hafalan ayat-ayat Al-quran sebagai landasan hukum dan perkara yang dibincangkan di dalam dada saya.  Maka dalam ruangan ini saya bawakan firman Allah SWT bagi menjelaskan lagi persoalan ini.

Semua binatang yang diharamkan ketika dalam keadaan biasa, adalah halal ketika dalam keadaan darurat. Maksud darurat itu insya Allah saya perincikan mengikut pandangan ulama.

Firman Allah:

"Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang telah Dia haramkan atas kamu, kecuali kamu dalam keadaan terpaksa." ~ surah al-An'am , ayat 119.

Dan di ayat lain Allah SWT berfirman dengan maksudnya; "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ~ surah al-Baqarah. ayat 173.

Darurat yang sudah disepakati oleh semua ulama, iaitu darurat dalam masalah makanan, semata-mata kerana kelaparan. Saya cuba tarik perhatian kepada sebab kelaparan. Bukan dijadikan alasan mudah begitu sahaja untuk menghalalkan yang diharamkan oleh Allah SWT.

Mengikut penjelasan Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya: Al-Halal Wal Haraam Fil Islaam" ; beliau menyebut bahawa "ulama memberikan batas darurat itu tempoh perjalanan sehari-semalam, sedang dia tidak mendapatkan makanan kecuali barang-barang yang diharamkan itu. Waktu itu dia boleh makan sekadar sesuai dengan faktor darurat itu dan guna menjaga nyawa."

Imam Malik memberikan satu batasan kepada "darurat" sesuai dengan ayat Allah SWT tadi bahawa ianya sekadar kenyang dan boleh menyimpannya sehingga mendapat makanan yang lain.

Ahli fiqih yang lain berpendapat: dia tidak boleh makan, melainkan sekadar dapat mempertahankan sisa hidupnya.

Barangkali di sinilah jelasnya apa yang dimaksud dalam firman Allah "Ghaira baghin wala 'aadin" iaitu dengan tidak sengaja dan melewati batas itu.

Perkataan "ghairah baghin" maksudnya: tidak mencari-cari alasan untuk memenuhi keinginan (seleranya) sedang yang dimaksud dengan "wala 'aadin" ialah; tidak melewati batas ketentuan darurat. Sementara maksud darurat di sini ialah batasan kepada lapar. Perhatikan dihujung ayat yang saya gariskan. Fokos kepada perkataan lapar.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" ~(surah Al-Maaidah , ayat 3).

______________________

Renung Sejenak....

Saya terjumpa gambar binatang di bawah ni.... confuse ni... kambing biri-biri ke bab(1) atau kacukan di antara keduanya ???


Berhati-hatilah umat Islam di akhir zaman ini. Mencari yang halal itu menjadi sukar , yang banyaknya adalah syubuhaat.... Maka kita kena positifkan pemikiran kita , jangan tertarik kepada yang haram dan syubuhat. Masih banyak makanan halal yang mudah kita perolehi. Bersabarlah dengan hukum dan ketetapan Allah SWT. Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; "Dunia itu penjara kepada orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir ".

_____________________

Kenapa tidak boleh makan binatang bab(1)?

Satu lagi soalan; kenapa orang Islam tidak boleh makan babi sedangkan orang agama lain boleh memakannya dan tidak banyak mudharat kita dapati kepada orang yang memakannya. Bahkan ia antara daging yang enak dimakan?

Saya jelaskan sesuatu hukum dalam Islam adalah untuk kebaikan bukan kepada seorang atau dua orang, hukum dalam Islam adalah untuk menjaga kemaslahatan sejagat.

Keduanya : Halal dan haram ini menjadi ujian kepada orang Islam untuk menentukan keimanannya kepada Allah SWT. Sedangkan orang yang kafir mereka tiada ikatan dengan Allah SWT. Segala hukum di dalam Islam adalah syaratnya adalah Islam. Jadi mereka yang bukan Islam tidak termasuk dalam syariat dan ketetapan Allah SWT di dunia. Maka bagi orang Islam ada ketetapan hukum bagi mereka yang perlu mereka imani dan mereka yakini.

Firman Allah SWT yang bermaksud; "Dialah menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." ~ surah Al-Mulk, ayat 2.

Ketiga : Kerana Allah SWT sayangkan orang Islam, firman Allah SWT maksudnya : "Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). ~ surah al-Baqarah ayat 212.

Semoga ianya bermanfaat kepada Tuan T dan warga yang lainnya, insya Allah. Bagi saya persoalan sebegini sangat perlu dari semasa ke semasa agar seseorang itu lebih faham tentang agama Islam itu sendiri. Wallahu a'lam!!!


Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?