Suasana Sambutan Ramah Tamah Aidil Fitri SMK Rosli Dhoby 2011

Oleh isma daud

24/09/2011

Program Solat Hajat Peperiksaan Awam Peringkat SMK Rosli Dhoby diadakan serentak dengan Sambutan Ramah Tamah Aidil Fitri. Walaupun bulan Syawal hampir kepenghujungnya, sambutannya masih hangat di sana sini. Pelbagai program sambutan dirancangkan agar sambutannya menjadi meriah dan bermakna sekali.

Untuk menjimatkan masa, dua program diadakan serentak.


Bermula jam 8:00 pagi masjid An-Nadwah telah dipenuhi oleh para ibu bapa, pelajar dan warga sekolah. Tepat jam 8:20 pagi Yang Dipertua PIBG SMK Rosli Dhoby telah mengambil tempat bersama tetamu jemputan lain. Di antara yang hadir pada pagi ini ialah En Aziz Bin Arshad (Nazir, PPD Sibu), Ustaz Hasbullah Bin Sabli (JAIS) dan Ustaz Ahmad Syukri Bin Yusof ( Guru Agama, SMK Lanang, Sibu). Program solat hajat dimulakan dengan bacaan Yaa Siin, dipimpin oleh Ustaz Hasbullah dan imam solat Hajat ialah Ustaz Ahmad Syukri.


Selesai sahaja solat hajat di Masjid, para tetamu semua beredar ke Dewan Seri Perkasa untuk mendengar ceramah motivasi oleh En Aziz Bin Arshad. Beliau menekankan betapa pentingnya niat kerana di situlah letaknya segala signal dan arah tuju seseorang. Maka setiap seseorang mesti membetulkan niat masing-masing agar menepati kehendak Allah SWT. Niat Mesti Kerana Allah SWT. Apabila mendapat restu Allah SWT maka akan mudahlah segala urusan kita yang lain kerana kita sentiasa dibantu oleh Allah SWT. Usaha yang kita lakukan mendapat pertolongan Allah SWT.


Beliau juga menegaskan warga SMK Rosli Dhoby mesti bercita-cita untuk meletakkan sekolah ini dalam 500 buah sekolah yang terbaik di Malaysia. Sekarang sekolah ini berada dalam senarai 1/3 sekolah terbaik daripada 2200 lebih sekolah menengah yang ada di Malaysia. Perkara ini dapat dicapai melalui kerja kuat dan kesedaran 3 pihak iaitu pelajar, guru dan ibubapa. Melalui kecemerlangan pencapaian akedemik sekolah turut sama dinilai keberhasilannya.


Beliau berharap semua pelajar yang menduduki PMR, SPM dan STPM nanti akan beroleh kejayaan cemerlang.


Program ceramah ini dilengkapkan dengan majlis Ramah Tamah Aidil Fitri. Semoga semua yang hadir ke majlis mendapat manfaat dan rahmah daripada Allah SWT.





Lebih-kurang 500 orang tetamu yang hadir ke majlis ini. Majlis ini berakhir jam 12:00 tengahari.



Comments

isma daud said…
Tahniah kepada semua JK yang terlibat. Segala kekurangan saya dan AJK lain mohon ampun dan maaf.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?