Posts

Saya Masih Di sini...

Oleh isma daud Masih saya ingat pada tarikh ini; 28 Oktober 2007 , saya mendapat keberanian untuk menjadi seorang blogger. Di mana percubaan saya menulis hanya hadir pada 31 Oktober sebagai posting pertama saya. Cuba-cuba saja. Sekian lama saya hanya menjadi pembaca kepada blog orang lain sehingga ke saat dan detik tarikh ini sudah  dua tahun berlalu ; saya benar-benar yakin untuk menyertai dunia luas tanpa sempadan ini. Beberapa kali saya melayari blog milik Kassim Selamat yang saya temui secara tidak sengaja. Membaca blognya membuatkan saya terfikir mengapa saya tidak boleh berbuat seperti dia sedangkan dia hanya memiliki satu jari untuk menulis dan saya juga memiliki kemahiran satu jari juga untuk menaip. Sementara jari telunjuk kanan saya menekan huruf, jari telunjuk kiri pula mampu menekan vokal " A ", " Caps Lock " dan " Shift " sahaja di papan kekunci (keyboard). Lain-lain huruf konsonen semuanya dikendalikan oleh jari telunjuk kanan. Jari-ja...

"Sorry To Saylah..." ~ Kata Juru Jual itu...

Oleh isma daud. "Sorry To Saylah!!! Awak ni dahlah gelap , pilih warna yang kelabu asap pula, menambah gelap awak tu, langsung tak sesuai..." ~ kata juru jual itu... Saya tidak berasa hati dengan kata-kata seorang jual perempuan itu. Orangnya cantik jugalah. Sebab tu... ikhlas tidak berasa hati. Kalau juru jual lelaki mungkin saya berasa hati. Sebenarnya saya memang tidak berasa hati sebab jurujual itu bercakap benar, memang saya gelap pun. Kalau dia kata saya ni putih melepak pasti saya berasa hati kerana saya boleh jadi berpendapat bahawa dia sedang menyindir saya. Sekurang-kurangnya dia bercakap benar. Katakanlah yang benar walaupun pahit. Sedangkan yang benar itu tidak akan menyakiti sesiapapun akhirnya. Itulah pengalaman saya petang kelmarin ketika saya singgah di sebuah kedai untuk membeli suatu barang di kedainya. Ini kali pertama saya singgah ke kedai tersebut. Jurujualnya oklah peramah dan mesra. Yang pentingnya di sini saya ingin menyatakan bahawa peri pe...

Lensa Kamera - Kuliah Dalam Kenangan

Image
Oleh isma daud Beberapa gambar kenangan sepanjang memberi kuliah agama di Sibu ni. Cuma gambar2 di Surau Darul Firdaus je yang ada. Itupun ehsan daripada jk surau tu juga. Semuanya itu tinggal kenangan.  Menyampaikan Kuliah Fiqh ; Munyatul Mushalli.    "Serulah Kepada Jalan Tuhanmu Dengan HIKMAH, MAU'IDZAH HASANAH Dan AHSANUL MUJADALAH"     "Berbicaralah Sekadar Akal Seseorang"     "Ilmu Sekadar Dalam Buku, Tidak Di Dada" - Daie Kerdil.    "Jika Perlu Berdiri"    "Jika Perlu Beramal Jamaie dengan makan berjamaah juga"    "Lisaanul Hal Afsah Min Lisaanil Maqaal"     "Setiap Usaha Harus Ada Penghargaan dan berterima Kasih" . Namun apa yang Allah SWT sediakan kepada mereka yang menginfaqkan diri pada meninggikan agamanya pasti lebih lagi"

Dimana Tanggungjawab Mendidik? Jika Tubuh Wanita Dan Minda Kanak-Kanak Terus Menerus Dieksploitasikan.

Oleh isma daud Saya hanya sekali sahaja menonton iklan ini di televisyen. Entah TV mana saya lupa. Anak saya cakap TV3. Mungkin banyak siarannya di saluran swasta. Apabila menonton iklan tersebut timbul dibenak saya persoalan bahawa dimanakah tanggungjawab mereka yang berwajib untuk mendidik kanak-kanak dengan pemikiran yang harmoni dan jauh daripada pemikiran lucah serta negatif. Beginikah cara kita mendidik? Untuk mendapat publisiti murahan semacam murahnya tambang Air Asia itu kita jatuh dan rendahkan maruah kita dengan pemikiran yang amat tidak cocok sekali. Apakah tidak ada idea lain yang lebih murni untuk mempromosi sesuatu iklan? Apakah tidak ada rasa bersalah apabila kita telah mengeksploitasi dua kelompok manusia yang begitu mudah dirosakkan? Kanak-kanak Dan Wanita. Saya berharap ada pihak yang prihatin dan berfikir secara lebih kreatif dan kritis daripada mengeksploitasi tubuh wanita dan kedangkalan minda kanak-kanak. Sungguh memalukan ada orang dewasa yang lemah d...

Saya Bukan Pengedar Buku 130 Masalah Jamak & Qasar

Image
TERKINI:   Bila saya masuk ke Blog tersebut hari ini, penulisnya telah membuang nama saya daripada senarai pengedar buku tersebut. Nampaknya penulis itu telah membaca penafian saya itu. Lain kali jangan mudah mempergunakan orang untuk kepentingan kita. Bukan tidak sudi menolong tapi biar kena adab dan akhlaknya. Terima kasih kerana prihatin dan membetulkan maklumat di blog anda tersebut. Oleh isma daud 17/10/2009 12:08pm Sikap seorang penulis buku yang menyiarkan dalam blognya yang cuba memasarkan tulisannya dengan mencatat bahawa saya adalah pengedar buku itu di Sibu adalah tidak benar . Pihak penulis tidak pernah berhubung dengan saya tentang hal ini. Saya harap mana-mana pihak yang mahu mendapatkan buku tersebut perlu berhubung dengan penulisnya sendiri atau pihak-pihak yang sebenar sebagai pengedar kepada buku tersebut. Harap maklum.

Makan Daging Unta Tidak Batal Wudhuk Di Sisi Syafie

Oleh isma daud Sudah agak lama saya tidak "posting" entry berkaitan hukum agama biarpun banyak juga persoalan agama di kotak masuk emel baik yahoo!Mail atau pun Gmail. Satunya ialah soalan  yang datang daripada Saudara Faizal (FAIZ), Perak sejak 24/8/2009 lagi. Beliau bertanya tentang wudhuk dan perkara yang membatalkannya. Ini emelnya; Subject: Benarkah makan daging unta akan membatalkan wuduk? Salam ustaz, Saya banyak mengikuti perkembangan di dalam blog ustaz. Alhamdulillah, banyak perkara yang pelajari tentang artikel-artikel mengenai Islam yang dimuatkan di dalam laman blog ustaz. Alhamdulillah juga ustaz telah beberapa kali membalas email saya yang saya hantarkan bertanyakan soalan-soalan mengenai Islam. Berbalik kepada perkara di atas, saya ingin mendapatkan kepastian ustaz mengenai isu batal atau tidak wuduk dengan sebab memakan daging unta ini? Adakah terdapat dalil-dalil mengenai perkara tersebut.? Apa sebab batal wuduk dengan sebab makan daging unta? A...

Perkembangan Terkini Projek 2009 : Pembangunan Dan Penambahbaikan Surau An-Nadwah SMK Rosli Dhoby, Sibu.

Image
Oleh isma daud. Projek penambahbaikan Surau An-Nadwah, SMK Rosli Dhoby ini sudah mencecah RM14,000. Sehingga kini masih belum siap sepenuhnya.  Dana pembinaan surau ini adalah sumber sumbangan orang ramai dan individu tertentu yang ikhlas menyumbang dan mewaqafkan kepada Surau An-Nadwah.  Kami sebagai Jk Surau An-Nadwah ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Umat Muslimin dan Muslimat sekalian. Semoga Allah SWT membalas sebaik-baik ganjaran khairat atas kebaikan dan kemurahan tuan-tuan dan puan-puan itu. Pembangunan Dan Penambahbaikan ini dilakukan di hujung minggu dan mengikut kelapangan kakitangan Muslim warga SMK Rosli Dhoby. Mereka telah menyumbang tenaga dan masa demi kelancaran pembinaan anjung surau ini secara sukarela tanpa sebarang upah dan imbuhan. Berikut dipaparkan di sini perkembangan pembinaan surau yang bermula dari awal bulan April. Anjung surau ini dibina sedikit demi sedikit mengikut kemampuan kewangan yang disumbangkan itu. Proj...