Posts

Terima Kasih Ustaz Kerna Bantu

Assalamualaikum.. Pertama saya ingin ucapkan terima kasih pada ustaz kerana memberi saya tunjuk ajar dalam meyelesaikan masalah tempoh hari.. ternyata dengan keluar dari situ banyak membantu saya dan tidak terjerumus dalam lembah kehinaan lagi.. Insya Allah saya akan terus menjaga diri saya agar tidak terjerumus lagi.. Kembali Tenang... Waalaikum salam! Saudaraku Seagama dan sebangsa... Untuk hidup kita perlu berjuang, untuk berubah kita perlu berjuang... Sabarlah dalam mengharungi ujian Allah. Kita manusia biasa; biasa buat silap dan salah tapi pintu taubat sentiasa terbuka, rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa ada buat mereka yang inginkan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Walaupun jarak kita beribu batu; dengan penggunaan IT ini, kita dapat saling membantu .. Alhamdulillah!!! Semuanya dengan izin dan kehendak Allah SWT. Dialah Yang maha Berkuasa atas segalanya. Syukurlah kepadaNya... Untuk menjadi orang baik kita perlu sahabat dan kawan yang baik. Ustaz ingin ki...

Maafkan Saya....

Oleh isma daud Kelmarin; sekitar jam 11:00 pagi saya menerima satu panggilan telefon dari sahabat karib saya. Dia bertanyakan di mana saya? Saya berada di tapak MTQ kerana bertugas di sana dan saya memintanya agar berjumpa saya jam 5:00 petang kalau penting dan perlu jumpa. Dia mahu jumpa saya katanya.... Sebagaimana dijanji; sahabat saya ni muncul di rumah saya sekitar jam 5:15 petang dengan sebuah tugasan orang lain yang tuannya sendiri tidak mahu datang berjumpa saya. Ada juga jenis manusia macam ni. Mentang-mentang sahabat saya ni boleh di suruh apa saja... dia yang terpaksa datang dengan memandu kereta sendiri atas niat mahu tolong kawan. Tuan sendiri tidak mahu bersusah payah. Ini agaknya trend guru yang mengambil "PJJ" sekarang ini. Tugasan yang diberi pensyarah minta orang lain yang buat. kalau mahu belajar boleh saya tunjuk ajarkan. Ini mahu pakai upah... orang lain buat; kita dapat ijazah... Sahabatku; maafkanlah saya kerana menghampakan harapanmu... Saya tidak dapa...

Sebuah Tin Biskut Yang saya namakan "Tabung DERMA Surau SMK Rosli dhoby, Sibu".

Image
Oleh isma daud Hari ini saya bertugas di tapak berlangsungnya Majlis Tilawah A-Quran Bahagian sibu. Saya ada tugas utama dan tugasan kebajikan yang mahu saya lakukan. saya telah memikirkan bahawa hari ini saya ingin mencari dana tambahan kepada Surau SMK Rosli Dhoby yang sedang dalam proses pembinaan. Kami bina surau ini tanpa meminta sebarang bantuan kerajaan. Dan cara bina bangunan surau sekolah ini adalah dalam bentuk sumbangan dan derma para guru, pelajar, ahli jamaah dan bantuan ahli masyarakat. Kami bina secara dalaman dan gotong-royong. Inilah surau yang kami bina dengan suara iman yang cintakan Allah dan rasul. Surau yang lahir daripada kemanisan Iman dan taqwa. Di antara kerja kebajikan yang saya lakukan hari ini ialah membawa tin biskut yang saya balut dengan seruan " Derma Surau SMK Rosli Dhoby ". Tujuan saya menjaja tin ini adalah untuk menambahkan dana untuk menambah anjung surau agar menjadi lebih luas dan menampung jumlah ahli jamaah khususnya untuk kegunaan p...

Gadis berani mati

Image
Oleh Hadzlan Hassan dan Khairul Hamizy Ramlee am@hmetro.com.my KUALA TERENGGANU (HMetro - 31 Mac) : Biarpun tindakannya cukup berbahaya, seorang gadis sanggup menunggang motosikal melawan arus untuk mengejar motosikal dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya di bawah Jambatan Sultan Mahmud, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 5.30 petang, Nurul Fatimah Ali, 19, yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat peminjam wang berlesen di Jalan Sultan Ismail, diragut beg tangannya ketika dalam perjalanan pulang ke Pekan Batu 6 dari pejabatnya. Berikutan itu, dia nekad mengejar peragut terbabit walaupun terpaksa menunggang melawan arus ke arah pusat bandar raya. Motosikalnya terlanggar cermin sisi sebuah Proton Savvy sebelum hilang kawalan lalu merempuh pula sebuah Proton Iswara di belakang. Ini menyebabkan mangsa yang cedera di kepala, badan dan tangan kanan dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana koma. Ketika cuba mengejar motosikal perag...

Hukum Wanita Bujang (Belum Berkahwin) Menjadi Ibu Susuan

Assalamualaikum ustaz.. Baru -baru ni terdapat satu topik yang diperbincangkan antara saya dan rakan2 di tempat kerja saya. Pada zaman sekarang,ramai yang kita dengar wanita2 yang tidak berkahwin mengambil anak angkat dan mendapatkan suntikan bagi pengeluaran susu badan..sedangkan mereka ini masih belum berkahwin. oleh itu,apa yang dimusykilkan di sini..apakah hukum bagi keaadaan sedemikian? saya harap ustaz dapat memberikan sedikit penjelasan.. terima kasih. Pn. Haslina. March 29, 2009 1:42 PM __________________________ Ulasan dan Jawapan isma daud Salam buat Pn.Haslina; Persoalan yang Haslina tanya ini merupakan perkara baru yang berlaku dan menjadi perkara khilaf dikalangan ulama. Sehingga kini rasanya belum ada ketetapan majlis fatwa mengenainya. Saya rasa persoalan ini pernah jadi tajuk berita seawal tahun 2007 dulu. Walaupun begitu; pada hemat saya, untuk menjadi ibu susuan kepada bayi;mengikut mazhab syafie; mestilah bayi itu berusia dua tahun ke bawah dan menyu...

Sebuah Sketsa : Lelaki Panas Baran

Oleh isma daud Malam ni saya tidak menyampaikan kuliah walaupun sepatutnya saya kena berkuliah di sebuah masjid dekat Sibu ni. Nampaknya pada malam ini saya perlu melayan kerenah anak-anak dan isteri saya. Anak-anak mengadu banyak keperluan persekolahan mereka yang diperlukan pada hari esoknya. Setiap orang ada permintaannya. Nak tak nak saya perlu memenuhi keperluan keluarga mengatasi keperluan ahli masyarakat pada malam ini. Isteri saya juga malam ni mahu saya berada di rumah. Pengalaman dimarahi oleh seorang lelaki yang tiba-tiba keluar daripada keretanya dan memanggil isteri saya; lalu dimarahinya sewaktu menghantar anak ke tadika pagi tadi masik mengusik hatinya. Apa punya lelakilah dengan orang perempuan pun boleh berkasar. Isteri saya meletakkan kereta ditempat yang biasa tetapi lelaki yang kali pertama isteri saya tengok menghantar anaknya ke tadika ini. Entah apa angin yang merasuk lelaki ini, dia keluar dan memanggil isteri saya dengan kurang sopan dan memarahinya. Lelaki ini...

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Salam Ustaz, Saya ada kemusyikilan berkaitan dengan perkara di atas ; a) Mungkin ustaz boleh jelaskan secara ringkas perbezaan di antara talak bain kubra dengan talak bain sughra? b) Boleh ke kiranya ustaz memberikan beberapa keadaan yang menunjukkan berlakunya talak bain sughra? Harap ustaz dapat membantu saya di dalam merungkaikan permasalahan ini. Terima Kasih, ustaz. Faizal 28/03/2009 Ulasan dan Jawapan Oleh isma daud Salam kembali saudara Faizal; Talak ni ada dua jenis - Talak Raj'ie dan Talak Bain. Talak Bain pula ada dua iaitu Talak Bain sughra dan Talak bain Kubra. Saya perincikan; (1) Talak Raj'ie iaitu talak atau cerai yang membolehkan suaminya rujuk kembali kepada isterinya tanpa akad nikah yang baru, iaitu talak satu atau talak dua yang belum habis idahnya. (2) Talak Bain Sughra ialah talak satu atau dua yang habis tempoh idah. Jika demikian sisuami kena akad nikah dan mas kahwin yang baru untuk kembali kepada isterinya itu. Antara situasi yang dianggap talak bai...