Unjuran Dibuat , Harapan Tidak Kesampaian
Oleh isma daud Sahabatku seorang kaunselor sekolah yang penuh jiwanya dengan sifat kasih sayang, seorang yang berkarisma dan bermotivasi tinggi bertanya; " Apa ustaz fikirkan hari ini? ". Terpancul keluar daripada mulutku sepatah perkataan yang tersedia ada dibenakku. Tidak perlu lama aku berfikir untuk mengeluarkannya kerana ia sudah ada bersarang di situ dan berlegar-legar dalam hati dan jiwaku. " Unjuran "; ujarku. Sekian lama persoalan unjuran ini bermonolog dalam fikiranku kerana ia masalah yang tidak kunjung selesai dari setahun ke setahun. Dalam jiwaku bermonolog sepi; Buat sementara waktu, apa dayaku. tidak semua yang aku mahu, akan aku dapat, aku hanya mampu berharap kerana usaha itu bukan ditanganku, usaha itu ditangan orang lain. apa yang ada dalam milikanku hanyalah doa dan harapan. agak-agaknya akan aku perolehi apa yang aku mahu? "Tidak semua dapat ku ungkapkan dengan kata-kata , jika aku hanya mampu berdoa sahaja. Hanya bisikan hatiku s...