Ucapan-Ucapan Salam Aidil Fitri Mengeratkan Silaturrahim
Oleh isma daud Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas ingatan rakan-rakan yang saya kenal atau tidak kenal sempena kedatangan Aidil Fitri kali ini dengan mengutuskan "Ucapan Salam Aidil Fitri". Saya sangat-sangat berterima kasih dan sangat menghargainya. Saya memohon maaf kerana tidak membalas ke semua ucapan tersebut. Ada yang menyatakan nama, alamat dan anak2 mereka. Dengan itu saya maklum bahawa jumlah keluarga masing-masing sudah bertambah. Ada yang menyebut beraya di rumah mentua, bila di lihat rumahnya beralamat baru. Ini samada yang sudah berkahwin dapat bini baru maka dapat mentua baru. Yang baru kali pertama kahwin, saya ucap selamat pengantin baru. Tahniah sebab sambut raya kali ini dengan suasana yang baru. Walau apa pun saya ucapkan Salam aidilfitri buat semua. Semoga Allah SWT menerima setiap amalan kita, mudah-mudahan, Insya Allah. Sememangnya kata-kata yang ditintakan sangat menarik sekali dan mengesan di hati. Ucapan ini di samping bertujuan melahirkan ...