Posts

Showing posts from August, 2009

Isu rotan Kartika: BN diperangkap 'negara Islam' ciptaan sendiri

Ramlan Joharee ANALISIS harakahdaily.net KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Di tengah-tengah kekecohan berhubung hukuman rotan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno, terdedahlah kelemahan kerajaan Barisan Nasional melalui sikap berdolak-daliknya dan hipokrasi dalam pelaksanaan undang-undang syariah. Selasa lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menggesa Kartika, yang didapati bersalah kerana minum arak, supaya merayu hukuman enam sebatan yang perlu dihadapinya. Tindakan beliau dilihat dibuat kerana kebimbangan kerajaan selepas dikejutkan dengan liputan meluas media antarabangsa berkenaan kes itu, yang sudah tentu akan menjejaskan imej keterbukaan pentadbiran sekarang yang cuba diketengahkannya. Pada sebelah malamnya pula, hanya beberapa minit sebelum berbuka puasa, Najib bangkit setapak lagi meminta pihak berkuasa agama supaya tidak mengutamakan hukuman rotan. "Hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir,"kata beliau yang mungkin telah menyedari Kartika tidak akan merayu...

Didiklah Nafsu Untuk Bertaqwa Di Bulan Ramadhan Ini (2) - Curi Dan Ragut.

Oleh isma daud (SIBU) - Di sebelah petang tadi saya menyuarakan melalui laman blog saya ini bagaimana kegiatan mencuri kasut dan selipar ada berlaku di kala orang Islam sedang menunaikan ibadat solat berjamaah bagi menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia ini. Ini satu tragedi kepada mereka yang tidak tahu membina iman dan taqwa dalam jiwa mereka. Di saat orang lain bertungkus lumus mencari keredhaan Allah SWT, ada sebahagian manusia sudah mewakili " kelompok syaitan manusia " biarpun syaitan sebenar telah dibelenggu oleh Allah SWT. (KUALA TERENGGANU) - Ini berita yang baru saya terima (jam 10 pm, 27/8) daripada ibu mentua saya menceritakan adik ipar perempuan saya diragut sewaktu tengah menunggang motosikal dekat Bazar Ramadhan Kampung Laut, Terengganu. Adik ipar saya yang baru balik dari tempat kerjanya singgah untuk membeli juadah berbuka puasa dan mula bertolak balik kerumah tiba-tiba datang sebuah motosikal dari belakang meragut beg dalam raga motosikalnya. Masa tu orang...

Didiklah Nafsu Untuk Bertaqwa Di Bulan Ramadhan Ini

Oleh isma daud Ruh Ramadhan yang mengajak kita supaya mendidik nafsu kita masih tidak dapat mendidik sebahagian kecil jiwa umat Islam. Beberapa ahli jamaah masjid yang utama juga di daerah Sibu ini merungut bagaimana banyak kasut dan selipar para jamaah yang datang menunaikan solat berjamaah di masjid tersebut hilang dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Betapa tandusnya jiwa mereka ini sehingga begitu tamak dan tidak bermaruah langsung, sanggup mencemar kemuliaan bulan Ramadhan ini dengan aktiviti yang tidak beramanah dan tidak bermoral seperti itu. Pesan seorang mereka kepada saya; "tolong ustaz sampaikan dalam khutbah ustaz nanti tentang sikap buruk mereka yang suka mencuri kasut atau selipar ahli jamaah masjid". Oleh kerana saya tidak lagi berautoriti untuk menyampaikan khutbah, saya sampaikan pesanan ahli jamaah itu di blog ini . Saya harap pihak berkenaan jika ada terbaca di blog saya ini; dapat mengambil beberapa langkah kawalan dan keselamatan bagi harta be...

Penjelasan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Tentang Isu Sebat Kesalahan Minum Arak.

Image
Blog Asal : 1aspire Tidak sama hukuman rotan syariah Sila klik gambar untuk baca lebih lanjut. Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat. Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam ...

Hikmahnya Hukum Allah SWT...Biarpun Tidak Sepenuhnya Dilaksanakan.

Image
Sumber : KOSMO! SUNGAI SIPUT - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, kini resah menunggu detik menjadi wanita pertama di Malaysia disebat atas kesalahan meminum arak. Ibu kepada dua orang anak itu bagaimanapun sudah bertekad untuk menghadapi hukuman itu tanpa ada niat melarikan diri. Baca Seterusnya di sini : Resah Menunggu Disebat Hukuman sebat: Kartika boleh membuat rayuan - PM PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebatan yang dikenakan kerana meminum arak dan tidak sepatutnya redha semata-mata untuk dihukum. Perdana Menteri, menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan menambah kata soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, katanya. Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerim...

Mengajak Kita Mengenal Diri : Siapa Kita?

Image
Tajuk ini adalah tulisan penulis yang disiarkan semula. Klik tajuk untuk ke penulisan asal ; Siapa Kita? Oleh isma daud Bagi orang yang suka bermuhasabah diri pasti persoalan siapa kita sering kali bermain di benak kita. Ini kerana fitrah kita yang suci akan mencari hakikat diri kita sebenarnya sehingga kita merasa kekurangan jika kita tidak berupaya menjelaskan persoalan itu. Saya memberi contoh seorang anak angkat yang bila dia mengetahui bahawa dia bukan anak kandung kepada ibubapanya yang ada sudah tentu bebanan perasaannya meronta-ronta untuk mengetahui siapa ibubapanya yang sebenar? Sudah pasti dia mula mencari dan terus mencari. Selagi dia tidak dapat mengetahui dan menemui hakikat sebenar ibubapanya semakin bertambahlah beban perasaannya. Begitulah perbandingan seorang yang mula berfikir tentang hakikat dirinya. Seseorang yang mahu kenal dirinya mula berfikir akan asal-usulnya; dari manakah dia datang? siapakah yang menciptakannya? Untuk apa dia diciptakan? Dan ke mana dia aka...

Tarbiyah Satu Bulan Ramadhan Untuk 11 Bulan Mendatang

Oleh isma daud Catatan Peribadi 3 Ramadhan Hari ini sudah masuk hari ke 3 berpuasa pada tahun ini. Syukur kerana anak-anak turut sama gigih berpuasa. Kalau dulu bila nak puasa, mereka mesti letak syarat itu dan ini. Tapi tahun ini nampaknya mereka dah faham sedikit akan matlamat berpuasa. Anak saya yang berusia 6 tahun pun nampaknya kuat untuk berpuasa dan sabar menahan godaan-godaan daripada adiknya yang berusia 3 tahun tu. Apa tidaknya yang seorang ni nak makan tu depan kakak-kakak saja. Dua malam pertama saya berkumpul bersama keluarga saja, solat berjamaah di rumah. Bukan apa batuk yang menyerang tu agak mengganggu tumpuan beribadat. Takut nanti bila berada di khalayak jamaah nanti mengganggu orang lain untuk solat dengan khusyuk pula. Lagi pula dalam suasana penyakit cepat merebak ni kalau kurang sihat elok berada di rumah sahaja. Tarbiyah Satu Bulan Ramadhan Untuk 11 Bulan Mendatang Malam tadi baru berkesempatan menunaikan solat berjamaah di masjid untuk Ramadhan kali ini. Itupun...

Salam Ramadhan Dan Selamat Berpuasa Buat Semua Umat Islam

Image
Oleh isma daud M alam ini; malam pertama Ramadhan dan saya yakin umat Islam mula berpusu-pusu ke masjid dan surau untuk solat berjamaah dan mengejar kelebihan bulan Ramadhan. Bulan rahmat datang lagi. " Ahlan Ya Ramadhan!!! " Selepas solat maghrib berjamaah bersama keluarga, sempat saya memperingatkan diri dan isteri serta anak-anak akan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini. Mengasahkan apa-apa yang tumpul dan menajamkan jiwa kami atas mana-mana yang pudar agar kami lebih bersedia menghadapi bulan yang penuh rahmah dan barakah ini sehinggakan Al-Quran itu diturunkan padanya dan dihadiahkan pula satu malam yang dinamakan "Al-Qadar" yang terlebih baik daripada seribu bulan. Memasuki bulan rahmat ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyucikan diri daripada dosa-dosa saya terhadap Allah dan sesama manusia. Saya memohon ampun dan maaf kepada setiap insan yang saya temui di mana saja berada termasuk yang singgah di alam maya ini. Biar sebanyak mana pun kesilapa...

Pelajar cemerlang dapat banglow RM130,000

Image
Harakah Daily Online Oleh Salmah Mat Husain , Foto Rizal Tahir Mon | Aug 17, 09 | 6:12:41 pm MYT PENGKALAN CHEPA, 17 Ogos: Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130,000. Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara. Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan. Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah. Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan. Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pad...

Persediaan Sebelum Ziarah Rumah Orang Tua

Image
Oleh isma daud Baca lebih lanjut di : Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua eKaikHa said... salam ustaz. sy ika dari usm. persatuan sy nak buat jamuan raya di rumah orang tua2. tapi saya tidak tahu aktiviti apa yang nak dijalankan selain makan2. saya nak minta pandangan ustaz kalau tidak keberatan tentang hal ini.tq Salam Adik... semoga sihat wal afiat. Ustaz sempat masuk ke blog adik. Selamat datang ke dunia blog dan selamat berkarya. Ustaz harap adik banyak bersabar kerana setiap ujian yang datang itu banyak hikmah yang boleh kita pelajari...ustazpun biasa difitnah walaupun ustaz hanya menyampaikan kebenaran dakwah yang diperintahkan oleh Allah SWT. Tujuan ustaz menulis di sini adalah untuk respond kepada mesej yang adik tinggalkan di blog ustaz. Untuk melawat ke rumah orang tua kita mungkin boleh buat persiapan. Pastikan kehadiran adik ke sana setelah membuat permohonan rasmi agar program itu jadi lebih bermakna dan teratur. Di antara persediaan lain yang boleh adik ambi...

Persepsi Antara 2 Guru... Sekadar Renungan.

Komplain orang lama... Dipetik daripada : AmanahWargaPendidik@yahoogroups.com Tajuk Asal :[CiKGuCiKG i] KPLI 18 Bulan: Empat Perkara untuk Renungan BPG Salam... Ini pengalaman yang sedang saya alami ketika ini. Bukan nak mengutuk atau mengecilkan kredibiliti guru-guru KPLI. Bagi saya isu umur tua baru nak posting bukan menjadi isu. Saya sendiri, 3 tahun berada di Politeknik, 4 Tahun amik 'i' pendidikan. Hampir 7 tahun, tp dek kerana mmg minat nak jadi cikgu.. Itu bukan alasan... Senario yang sedang berlaku di sekolah saya... Baru-baru ni dalam bulan Julai 2009, sekumpulan pelajar DPLI @ KPLI dihantar untuk menjalani latihan mengajar. Sayangnya kini dah nak mencecah pertengahan Ogos ramai cikgu-cikgu yang merungut 'Cikgu Praktikum' tu sombong le. Langsung x nak tegur kiter. Lagi satu Isu, KP pada satu matapelajaran yang diajar oleh guru2 praktikum KPLI ni bercerita, cikgu-cikgu pelatih KPLI ni merungut kerana diberikan tugas yg agak banyak. Bukan nak membebankan mereka, ...

Kelab Poligami Ikhwan (KPI) - Ingin ‘menyuburkan’ Amalan Poligami di Kalangan Umat Islam

Image
myMetro Tajuk Asal : Peluang mudah tambah isteri Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN “Kita buka tawaran kepada pelacur. Datanglah ke kelab kami untuk berpoligami. Nasib kamu (pelacur) akan jadi sangat indah (jika berpoligami). “Jika jadi pelacur, belumpun tua, kamu sudah tiada nilai,” kata Penasihat Kelab Poligami Ikhwan (KPI), Hatijah Aam, 54. KELUARGA BESAR... Hatijah (duduk kiri sekali), Noraziah (duduk dua dari kiri) bersama anak serta sebahagian cucu hasil poligami. KUALA LUMPUR: KPI dilancarkan secara rasmi minggu lalu dengan matlamat utama ingin ‘menyuburkan’ amalan poligami di kalangan umat Islam negara ini. Menurut Hatijah yang juga isteri kedua pengasas ajaran Al-Arqam, Ashaari Muhammad, poligami antara jalan keluar untuk golongan berkenaan kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan lebih baik. Ketika ditemui di pejabat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Bandar Country Homes, Rawang, Selangor, Hatijah berkata, jika sudi berpoligami dan menjadi ahli KPI, golongan p...

Beberapa Keping Gambar Yang Menunjukkan Suasana Jerebu Di Sekitar Sibu

Image
Oleh isma daud Ahad (9/8) : Keadaan cuaca dan kualiti udara di Sarawak mutakhir ini amat kurang membanggakan. Jerebu di sini-sana. Rimas. Kualiti kesihatan juga terjejas. Orang ramai kurang keluar untuk sengaja bersiar-siar kecuali atas urusan penting. Sekitar jam 2:30 petang saya sempat berhenti ditepi2 jalan meninjau suasana jalan yang agak lengan... masa ni dalam perjalanan untuk menyampaikan satu kuliah tafsir dekat Sibu ni... Sikap manusia mengabaikan kesihatan umum ni boleh kita fikirkan hati budinya... yang melakukan pembakaran secara terbuka; di sana-sini orang bakar sampah, bakar hutan, bakar semak, bakar kawasan tanah gambut untuk pertanian... sehingga jerebu melanda, kesihatan kita semua terjejas sama. Di sini saya kepilkan (gambar) bandar Sibu dari pandangan atas tanpa jerebu. Bangunan Parkson yang menjadi mercu tanda bandar Sibu begitu jelas kelihatan. Namun sejak dua tiga hari ni berada dijarak dekat pun sukar untuk melihat dengan penglihatan yang terang jelas. Semuany...

Aktiviti Menambahbaikan Surau An-Nadwah Terus Berjalan Biarpun Perlahan

Image
Oleh isma daud Beberapa keping gambar terbaru menunjukan perkembangan pembangunan surau yang diibaratkan sebagai "Projek Semut".

Info Sihat : Empat langkah tambahan bendung penularan H1N1

Image
Sumber: Kosmo Online melaporkan pada 9/8/2009 ; KUALA LUMPUR – Wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi mencatat tambahan sebanyak tiga lagi kes kematian sehingga semalam. Ketiga-tiga kes tersebut melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, seorang kanak-kanak berusia satu tahun empat bulan dan seorang lelaki berusia 63 tahun. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang kelmarin. Angka Kematian Terkini Wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi ialah 18 orang . Utusan Malaysia Online PUTRAJAYA 4 Ogos – Kerajaan hari ini memutuskan empat langkah tambahan menangani wabak selesema babi atau influeza A (H1N1) yang sehingga kini telah mengorbankan sembilan nyawa . Langkah-langkah tersebut adalah: Meningkatkan simpanan stok antivirus dari 10 kepada 20 peratus melibatkan kos sebanyak RM20 juta. Memberi rawatan antivirus serta merta kep...

Info Sihat : Jerebu Dan Permasalahannya

Oleh: isma daud Nota : Hari ini cuaca kurang baik untuk sebarang aktiviti luar kerana suasana jerebu memenuhi ruang udara sekitar bandar Sibu. Mungkin info kesihatan menghadapi jerebu ini berguna kepada kita semua. Sumber : http://www.infosihat.gov.my/amarankesihatan.php Jerebu Panduan Kesihatan Untuk Anda Apakah Jerebu? Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Punca - Punca Jerebu Punca utama jerebu adalah akibat daripada : Pembakaran Secara Terbuka Asap Dari Kilang Asap Dari Kenderaan HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU. Indeks Pencema...