Posts

Kukuhnya Pegangan Terhadap Perkara Tahyul Dan Khurafat

Image
Oleh isma daud http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/upacara-apa-yang-ds-zambry-sedang-buat.html Bila kita semak buku PAFA budak-budak sekolah tertulis perkara yang membatalkan iman seseorang itu ialah melakukan perkara tahyul dan khurafat. Tidak payah rujuk kitab-kitab besar. Sudah terpahat di situ. Sayang sungguh puak-puak sekular yang berselindung di balik Islam ini tanpa rasa segan silu melakukan hal-hal bidaah besar yang boleh menjatuhkan seseorang dalam perkara syirik. Para ilmuan Islam berbuih-buih mulut mengajar, mendidik masyarakat betapa sesatnya mereka yang terus-menerus melakukan kerja-kerja tahyul dan khurafat ini. Bagaimana orang ramai nak faham Islam jika pemimpin yang mereka lantik, yang nampak berjurus (walau rampas MB dari tangan orang lain secara undang-undang) terus melakukan kerja-kerja yang nyata bertentangan sama sekali dengan ajaran dan kepercayaan Islam ini. Berdoa Kepada Allah Inilah penyakit pemimpim UMNO dan komponannya yang selalu m...

Guru Sudah Jadi Kerani

Oleh isma daud Harian Metro Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid 2010/09/26 BESARNYA cabaran dan tanggungjawab dipikul guru masa kini menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat adakah golongan itu mampu melaksanakan amanah dengan sempurna. PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki. Bukan sekadar mendidik, pelbagai tuntutan kerjaya tidak sepatutnya kini mereka galas menjadikan tumpuan terhadap proses penjanaan dan pembelajaran ilmu terjejas. Lebih menyedihkan, golongan itu turut menjadi sasaran kecaman masyarakat jika gagal melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah diri menyebabkan guru semakin terdesak serta tertekan. Apakah benar peranan guru sebagai sumber pemangkin ilmu semakin terhakis sebaliknya menjadi golongan itu diperkotak katikkan hingga mereka dalam dilema. Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia Cawa...

Rumah Terbuka Guru-Guru Dan Kakitangan SMK Rosli Dhoby

Image
Oleh isma daud Rumah Terbuka yang begitu santai untuk meraikan sesama sendiri warga SMK Rosli Dhoby sempena bulan syawal yang mulia dan berkat ini. Apa pun , diucapkan terima kasih kepada semua yang menyediakan makanan dan minuman pada hari ini. Guru-guru yang ada kelapangan daripada mengajar sempat menikmati juadah yang disediakan. Sebagai kenangan saya paparkan beberapa gambar yang sempat dirakamkan di sini; Dalam gambar;  Cikgu Mat Tani, Cikgu Leo, Cikgu Jeffri,Cikgu Martin,  Cikgu Ibrahim, Cikgu Rachmat dan Cikgu Unggut antara juadah yang ringkas tapi sedap Cikgu Puten (PKKK) dan rakan-rakan  PK HeM turut bersama guru-guru dan staf memilih juadah Tuan Pengetua sempat bergambar diapit oleh Cikgu Kuar dan Cikgu Law Tua Beng Cikgu Mohammad Jaya , Cikgu Nyandang Anak Seli dan Cikgu Law (Kaunselor Sekolah) Ustaz turut sama memilih hidangan yang tersedia Cikgu Mat Tani, Cikgu Leonardo, Cikgu Jeffri dan Cikgu Martin

Petanda-petanda Pilihanraya Sarawak Kian Hampir

Image
Oleh isma daud Saya mengambil beberapa gambar yang di"tag"kan ke facebook saya oleh Saudara Bob (Ibnu Haris) tentang gambar-gambar yang menunjukkan banner dan sepanduk berupa pintu gerbang di beberapa batang jalan, di perkarangan masjid dan surau di Sibu seolah-olah musim pilihanraya sudah tiba. Tindakan ini seolah-olah memberi gambaran awal bahawa Piliharaya Negeri Sarawak sudah terlalu hampir. Gambar Ehsan Saudara Bob Dalam pada itu beberapa kain berbentuk sepanduk dan banner yang dipasang oleh pihak Pakatan Rakyat untuk mengalu-alukan Ramadhan telah diturunkan. Ini kerana tidak mendapat permit dan luar daripada masa pilihanraya sebagai alasannya. Gambar Ehsan Saudara Bob Gambar Ehsan Saudara Bob Ini lebih meyakinkan banyak pihak bahawa BN benar-benar bimbang dalam menghadapi pilihanraya kali ini. Tindakan orang lain tidak boleh dan hanya BN saja boleh buat apa saja termasuk memasang sepanduk dan banner ini sebagai tindakkan terdesak dan perasaan cemas yang...

Sudut Pandangku : Mengulas Isu Doa Dalam Khutbah Jumaat Kepada Orang Kafir

Image
Oleh isma daud Zakaria Ahmad Isu doa dalam khutbah jumaat menjadi sesuatu yang penuh kontroversi mutakhir ini. Nama Ustaz Zakaria Ahmad (gambar kiri) mula menjadi popular. Ustaz dengan tidak semena-mena telah membuka mata  banyak pihak dalam isu doa ini. Isu agama ini telah menjadi isu politik. Dan rakyat boleh menilai hal ini  dengan jelas. Saya berpendapat isu ini mampu membuka mata banyak pihak bahawa isu doa ini menampakkan lagi UMNO lebih bersifat perkauman dan gigih mempertahankan perlembagaan berbanding ketetapan hukum dalam Islam itu sendiri. UMNO lebih melihat boleh atau tidak boleh " menggantikan " nama Yang di-Dipertuan Agong, kepada nama Ketua Menteri  Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua daripada melihat dalam konteks dakwah dan keilmuan seseorang khatib. Baca apa yang dilontarkan oleh Dr Asri dalam isu ini. "Jangan politikkan isu khutbah, tak salah doa pemimpin sejahtera ".  Baca di sini . Saya suka menyorot kembali apa yang dilaporkan ol...

Senada Dengan Dr Asri Dalam Isu Doa, Banyak Perkara Besar Berbanding Perkara Kecil

Oleh isma daud Mengapa perkara kecil dibesarkan dan perkara besar di kecilkan? Contohnya di Sibu dan di Sarawak, soal solat sunat teraweh samada 8 atau 20 rakaat dijadikan isu hangat sehingga taklimat demi taklimat ke surau, masjid dilakukan. Dikuatkuasakan dengan pekeliling dan sebagainya. Tapi dalam banyak hal yang lebih utama dikebelakangkan atau diabaikan. Begitulah dua-tiga hari ini, timbul isu baca doa kepada Lim Guan Eng yang saya tidak tahu sejauh mana letak duduknya. Doa itu dari sudut mana? Diminta ampun dosanyakah atau mendoakan kesejahteraan pemerintahan dan pentadbirannya yang mana rakyat teramai ada dibawah kekuasaannya? Oleh kerana saya tidak tahu hal sebenar tentang hal ini, kita serah kepada orang yang berkuasa dalam bidangnya membuat siasatan dalam hal ini. Namun dalam banyak hal, kenapa persoalan kecil dibesarkan dan persoalan besar dikecilkan? Pemimpin kita yang Islam yang kita doa ke kadang merapu pasal Islam lebih jauh nampak jahilnya, tapi kita doakan m...

Anak Muda Melayu Benci Puasa Ramadhan Dan Tuhan di Facebook

Image
Oleh isma daud Dalam usaha saya mencari bahan ceramah untuk bulan Ramadhan, tidak semena-mena terjumpa satu blog yang memaparkan dinding Facebook(FB) yang menunjukkan sikap mereka yang bencikan puasa Ramadhan dan Allah SWT yang memaksa mereka untuk berpuasa. Dengan berani mereka berbincang bahawa mereka benci jadi Islam dan terpaksa berpuasa. Jadi secara terus terang mereka berbicara bahawa mereka benci puasa. Buatlah engine google ; salleh gregor samsa , banyak orang tulis pasal dia hina Islam . Klik gambar untuk baca dan besarkan Saya ada memberi sedikit komenter saya di FB saya; setelah membaca tulisan mereka ini, rasa sedih mengatasi perasaan marah kepada mereka. kerana kita tidak boleh berbuat apa2 kerana tiada hukuman buat mereka ini, melainkan mengharapkan mereka ini bertaubat.... ramai sungguh orang melayu yan g tidak kenal agama sekarang dan melanggar hukum2 Allah. Mereka buat main2 saja dengan perintah.. Mereka berani kerana pemerintah pun berani melanggar ...