Posts

Beusahalah menjadi lelaki perkasa?

Image
Oleh asli " Didalam hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim:7 golongan yang dinaungi Allah SWT pada hari akhirat,diantaranya ialah ...lelaki yang menolak ajakkan perempuan cantik berzina... disini Allah SWT mengajar orang lelaki agar berwawasan jauh dan sabar dalam mengharungi kehidupan yang sementara, dimana diakhirat tiada pertolongan seperti didunia,jika kita ada masalah didunia saudara mara, ibubapa, rakan2 akan membantu, tetapi diakhirat hanya pertolongan Allah SWT yang ada dalam keadaan manusia sangat2 memerlukan bantuan. Hadis ini memberi galakkan agar kaum lelaki berusaha meningkatkan iman dan taqwa agar apabila berhadapan dengan godaan perempuan cantik ia tidak terpengaruh dengan pujuk rayu agar melakukan maksiat penzinaan,zaman sekarang ramai kaum lelaki berhadapan situasi ini dengan godaan perempuan cantik yang memberi galakkan agar melakukan zina,bukan sekadar berhadapan dengan 'oral seks' ,ia juga terjadi dengan gambar2 seks,promosi seks melalui internet dan maja...

Kes Murtad: Mengapa kita perlu prihatin?

Image
Oleh : Roslan SMS Saya bukan bertujuan mahu mengajak pembaca saya agar mencetuskan huru-hara ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang ini. Tidak! Keputusan ini perlu diterima dengan hati terbuka, kerana ia proses undang-undang, oleh kerana kita duduk dalam negara demokrasi yang menjunjung undang-undang dan Perlembagaan maka kita perlu patuh walaupun kecewa. Apa yang saya bimbang adalah impaknya terhadap Islam, dan persepsi masyarakat bukan Islam nanti terhadap Islam. Kerana itu saya akan menggunakan blog ini untuk mendesak agar kita semua bangkit menyedarkan para pimpinan kita yang mempunyai kuasa, samada Raja-raja Melayu, Kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, ahli-ahli Parlimen dan ADUN kesemuanya agar bertindak memelihara Islam. Tahukah anda apa reaksi Presiden MCA contohnya terhadap keputusan ini (boleh dikuti di kahbar-akhbar tertentu)? Kata Ong Ka Ting: It was Siti Fatimah�s right to embrace Islam and likewise, it is also her right to return to...

Pendidikan seks: Kerajaan jangan hanya "tangkap muat"

Image
Oleh : Aniz Nazri KUALA LUMPUR, 10 Mei (Hrkh) - Cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Dato' Ng Yen Yen untuk memasukkan slot Pendidikan Seks kepada para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilihat dibuat dengan sikap ambil mudah dan seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Muslimat PAS Pusat menegaskan, kementerian berkenaan (KPWKM) bersama Kementerian Pelajaran sewajarnya meletakkan dan menjelaskan kepada umum akan konsep, objektif dan mekanisma Pendidikan Seks itu sebelum mengambil tindakan bersifat "tangkap muat" kepada para pelatih PLKN dan seterusnya kepada generasi muda seluruhnya. Setiausaha Muslimat PAS, Aiman Athirah al-Jundi, berkata konsep, objektif dan mekanisma Pendidikan Seks tersebut mestilah diterima serta mengambilkira pandangan semua kaum dan agama dalam negara ini, memandangkan rakyat Malaysia adalah rakyat yang beragama, beradab dan berbudaya luhur. "Konsep, objektif dan mekanisma itu nanti seeloknya dimuat...

1.5 juta penduduk terjejas - Keadaan bertambah buruk dengan 20% kanak-kanak mengalami cirit-birit

Image
Kanak-kanak yang kelaparan mengemis makanan daripada orang ramai yang lalu lalang di Bogalay, Delta Irrawaddy di barat daya Myanmar. - AFP YANGON 9 Mei - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 1.5 juta penduduk Myanmar "terjejas teruk" akibat Taufan Nargis, yang melanda negara ini Sabtu lalu, kata Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, John Holmes. Duta Britain ke PBB, John Sawers, bagaimanapun percaya bilangan sebenar mungkin berjuta-juta orang. Pegawai kesihatan PBB juga perlu bertindak pantas untuk mencegah wabak penyakit di kalangan mangsa selepas timbul laporan bahawa terdapat kes malaria dan cirit-birit di kawasan yang paling teruk dilanda bencana itu. Anggaran awal menunjukkan 20 peratus daripada kanak-kanak di kawasan tersebut mengalami cirit-birit dan keadaan boleh menjadi bertambah buruk, kata Ketua Kesihatan dan Pemakanan UNICEF, Osamu Kunii, di sini. "Kebanyakan kawasan digenangi air kotor. "Banyak mayat bergelimp...

K'jaan didakwa gagal urus hal ehwal Islam

Image
Sumber: MalaysiaKini Seorang pemimpin PAS mencadangkan penubuhan kementerian pembangunan Islam bagi menguruskan hal ehwal agama Islam di negara ini. Datuk Taib Azamudden Mohd Taib (PAS-Baling) berkata, bidangkuasa jabatan agama Islam seharusnya bukan terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kerajaan gagal menguruskan hal ehwal program berkaitan Islam seperti hal pengurusan kekeluargaan Islam, ekonomi dan pendidikan Islam. Pihak berkuasa juga gagal membimbing saudara baru dan mengendalikan isu berkaitan dengan murtad," katanya ketika berucap di Parlimen semalam. Taib yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, apabila seseorang memeluk Islam, dia tertakluk dengan apa saja ajaran Islam secara menyeluruh. Oleh itu, katanya, perlu ada akta bagi membolehkan pihak berkenaan menemui orang yang mahu meninggalkan agama Islam bagi mengenalpasti sebab mereka mahu berbuat demikian. "Kita tidak mahu ada yang salah tafsir iaitu boleh memeluk agama Islam dan keluar sesuka hati...

Isu Melayu, Bahasa Melayu Dan Datuk Seri Hishamuddin Tidak Tahu Apa Itu " P&P "

Bagaimana nak capai pendidikan kelas dunia ? Menteri Pelajaran lupa atau salah cakap maksud " P& P ". P&P = Pengajaran & Pembelajaran BUKAN... P&P = Pengajaran & Pendidikan.. Memalukan!!! sedutan berita boleh juga di capai melalui link --> KLIK SINI maklumat tambahan: Buletin Utama 3 Mei 08 Part 3 minit ke 06:48 urd : Nampak sangat Datuk Seri "hesitate" nak bagi tahu " P&P " tu apa.

Tazkirah : "Iblis Musuh Yang Nyata Bagi Kamu"

IBLIS juga makhluk, cuma ia dicipta daripada api, lebih awal daripada manusia. Disebabkan dengkinya dan berasa diri lebih mulia, ia tidak mahu mematuhi perintah Tuhan supaya memberikan peng hormatan kepada Nabi Adam. Disebabkan sikapnya yang begitu bongkak sehingga meng ingkari perintah Tuhan, ia menjadi hamba yang kafir dan disediakan kepadanya neraka yang tidak terperi azabnya. Ia menerima ketentuan itu walaupun mengetahui akan dimasukkan ke dalam neraka. Justeru, ia mencari teman daripada keturunan Adam iaitu manusia dengan meminta dua perkara daripada Allah: agar diberikan usia yang panjang iaitu tidak mati sehingga Hari Kiamat dan dibolehkan menggoda semua manusia sepanjang masa. Perkara ini ada diceritakan dalam al-Quran. “Setelah selesai kejadian Adam, maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. Melainkan Iblis. Ia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?” Iblis menjawab: “Aku t...