Posts

Showing posts from June, 2011

Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti , Duta Umat Islam Di Universiti Oxford

Image
Oleh isma daud Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti Contoh Anak Melayu Yang Berjaya.... Semoga menjadi perangsang untuk diri kita dan anak-anak kita untuk berjaya dalam apa saja bidang yang dilakukan, semuanya untuk mengangkat martabat umat Islam di mata dunia... From Wikipedia, the free encyclopedia Dr Muhammad Afifi al-Akiti  BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - also known as  Shaykh Afifi   is  KFAS  Fellow in Islamic Studies at the  Oxford Centre for Islamic  Studies , and Islamic Centre Lecturer in Islamic Studies at the  Faculty of Theology , University of Oxfor d , and is a Fellow of  Worcester College , Oxford. He is the first ever  Malay  to be appointed to such a position in this world famous University. Dr al-Akiti completed his  DPhil  in Medieval Arabic Philosophy from Oxford University as a Clarendon Scholar in 2008. His thesis identifies and systematically considers for the fir...

Biduk Berlalu , Kiambang Bertaut

Image
Oleh isma daud Berbakti Secara Senyap-senyap Lebih Damai Alhamdulillah , sudah hampir separuh perjalanan tahun 2011 ini. Sedari awal tahun 2011M @ 1432H ini, banyak sekali rasanya nikmat dan rezeki Allah SWT yang datang pada tahun ini. Amat terasa betapa nikmat Allah SWT itu datang satu persatu. Apa yang mampu seorang hamba itu lakukan ialah melahirkan rasa syukur kepada penciptanya yang memberi segala nikmat itu. Maha Besar Allah SWT yang memberikan nikmat kepada seseorang itu dengan pelbagai cara. Firman Allah SWT dalam surah al-Qalam; ayat 32; "Mudah-mudahan Tuhan kami menggantikan kami (yang hilang itu) dengan yang lebih baik daripadanya, (dan ucaplah ketika Dia telah mengurniakan nikmat yang baru) sesungguhnya kami kepada Tuhan kami sangat berharap lagi sangat gemar)". Sungguh!!! Gerak awan hitam dan mendung telahpun berlalu pergi. Cerita sedih dan menekan perasaan kian hilang dibawa oleh bilah-bilah hari yang berlalu. Semuanya tinggal kenangan sahaja. Sebagai in...

Majlis Kesyukuran Dan Aqiqah Warga Muslim SMK Rosli Dhoby

Image
Oleh isma daud Pada hari Sabtu, 18 Jun bertempat di Masjid An-Nadwah satu majlis kesyukuran dan Aqiqah berjaya diadakan. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan baik dan lancar atas sokongan semua yang terlibat. Majlis dimulakan dengan penyembelihan dua ekor kambing dan melapahnya , kerja gotong-royong memasak dan diikuti dengan doa selamat serta jamuan makan tengahari. Chef SMK Rosli Dhoby yang tidak asing lagi pastinya Puan Rosidah Ahmad telah menyediakan masakan kari daging kambing dan lembu. Juga masakan ayam masak merah sementara guru-guru dan pelajar lain turut membantu menyediakan bahan-bahan yang lain dan tempat jamuan di Dewan Sri Perkasa. Pihak dapur asrama pula menyumbangkan nasi putih dan minuman. Selain masak kari dan ayam masak merah, daging kambing juga di bakar sebahagiannya. Memenuhi selera sahabat-sahabat yang mahukan sedikit kelainan. Memang berselera sekali mereka menikmati daging kambing yang jarang-jarang mereka temuinya. Majlis bermula da...

Artis Jadi Ikon Kepada Golongan Muda Sertai Askar Wataniah

Image
Oleh isma daud 16 Jun 2011 ~ Artis Jadi Ikon Kepada Golongan Muda Sertai Askar Wataniah Siti Nurhaliza dan tujuh lagi rakan artis lain telah menyerahkan borang menerima tawaran menyertai pasukan askar wataniah kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan . Suami Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohamad Jiwa juga hadir pada Majlis Penyertaan Selebriti Askar Wataniah di sini hari ini. Turut menyertai askar wataniah ialah penyanyi Ana Raffali, pelakon Shaheizy Sam Abdul Samad, Aizat Amdan, penerbit filem David Teo; model, pengacara dan pelakon, Intan Nurladyana Mohamad Yahaya atau Intan Ladyana, pelakon Mohd Nor Bon dan anak perempuan Zahid sendiri Nurul Hidayah. Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat golongan muda turut sama terlibat dengan askar wataniah. “Penyertaan mereka boleh dijadikan contoh ikutan kepada golongan muda dari pelbagai bangsa,” katanya pada sidang media selep...

Tranung Menang Dapat Cuti, Kelantan Kalah Pun Dapat Cuti, Jadi Seri

Image
Oleh isma daud Walaupun sudah lama berada di Sibu, Sarawak; semangat Terengganu tetap membara, darah Kelantan tetap mengalir dalam tubuh... Kali pertama Kelate jupe Tranung berebut bola dalam pentas akhir piala FA. Nok luah Mati Bapak nak telan mati Mak. Jadi kena dok tengah2lah eh... Kena sokong kedua2nya... Akhirnya Terengganu Menang 2-1 dalam waktu tambahan setelah terikat 1-1 dalam 90 minit masa sebenar. Malam ni darah mak menang atas darah ayah. Walaubagaimanapun kedua-dua negeri dapat cuti esok. Jadi cuti umum seluruh negaralah esok. Biasanya Kelantan, Terengganu kerja esok berbanding negeri-negeri lain yang bercuti pada hari Ahad. Tahniah Terengganu!!!! 

Jabatan Mufti Negeri Selangor Wartakan Haram Pelaburan ASB Dan ASN

Image
catatan  isma daud : "pihak majlis fatwa kebangsaan dalam beberapa keputusan bercanggah dengan majlis fatwa negeri. Bukan dalam masalah ini saja termasuk isu tarian poco-poco tempohari.   Dalam isu poco-poco tempohari,  negeri Perak mengharamkannya, sementara negeri-negeri lain di Malaysia mengharuskannya. Dalam isu pelaburan ASN dan ASB ini juga ada dua pendapat yang berbeza di antara Jabatan Mufti Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini dilihat tidak ada keseragaman hukum di antara majlis fatwa kebangsaan dan jabatan mufti negeri. Di sini nampak pertembungan pandangan individu dengan pandangan umum para mufti yang bersidang. Bagi mufti yang tegas beliau menggunakan kuasa amar makruf dan nahi mungkar yang ada dalam bidang kuasanya. Di situ nampak ketegasannya yang tidak dapat mengimbangi pandangan umum mufti lain yang mengharuskannya. Bagi orang awam boleh berpegang kepada yang lebih tenang di hati dan lebih dekat kepada taqwa. Saya berharap para mufti kita ma...

Kalau Tak Mahu Di"Cop BODO" Jangan Buat Kerja "BODO"

Oleh isma daud Di antara tugas dan peranan polis adalah menjaga keselamatan awam dan memberi nasihat atau teguran agar semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang. Tanpa polis banyak masalah yang timbul dalam masyarakat. Dalam keadaan kadar jenayah yang kian meningkat ini beban kerja polis bertambah-tambah lagi. Sepatutnya orang awam membantu pihak polis dalam melaksana tugas dan tanggungjawabnya. Namun dalam beberapa insiden yang berlaku akhir-akhir ini menjadikan persepsi dan pandangan baik masyarakat awam terhadap polis dan profesionnya sudah pudar. Polis cepat bertindak ke atas orang awam atas arahan orang politik dan kepentingan pemerintah sehingga membuat orang awam macam sampah. Namun dalam mencegah jenayah kekadang dilambatkan saja. Kalau ada jenayah depan mata pun kalau tidak dilapor dan diadukan, buat-buat tidak nampak saja. Sebab tu persepsi awam terhadap polis kian buruk sehingga terpahat dalam minda mereka ; "Polis Bodo" atau "Polis Bodoh". ...

Tangan Ini Telah Banyak Berbakti... Ia Saja Yang Selamat

Image
Oleh isma daud KEBAKARAN YG BERLAKU DI SINGER (M) SDN BHD NO 35 HIGH STREET SIBU , SARAWAK PADA 4/6/11 PUKUL 7.15 PAGI Sahabat saya Saudara Shamsudin Talep merakam gambar ini di FBnya; " hanya tangannya saja yg terselamat " .

Bukan Senang Untuk Berkumpul Bersama, Belawai Menghimpun Rahmat

Image
Oleh isma daud Sengaja saya rakamkan gambar ini dalam blog ini. Sekeping gambar boleh mencerita segalanya, sekeping gambar juga menjadi sesuatu yang amat beerti suatu hari nanti. Kerana ia akan jadi kenangan buat selamanya. Bergambar kenangan di hadapan Masjid Rejang, Belawai Walaupun lama kenal dan berkhidmat di Sibu ini sehingga ada yang mencecah 11 tahun atau lebih, jarang kami dapat bersama kerana sentiasa sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Cuti sempena hari Gawai tahun ini, kami dari lapan keluarga ustaz dan ustazah di Sibu melepaskan lelah dan penat bekerja dengan berkonvoi ke Belawai. Masing-masing kami berasal dari " Kelantan " dan Terengganu yang disifatkan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak sebagai " guru agama pantai timur semenanjung " yang membawa anasir negatif di Sarawak. Sebenarnya rasa rindu kepada pemandangan laut dan pantai yang menggamit rasa ingin datang kami ke Belawai ini. Lagipun jalan yang menghu...