Posts

Showing posts from April, 2011

Puting Beliung Antara Tentera Allah Yang Hebat

Image
Oleh isma daud Kesempatan menonton di televisyen akan dahsyatnya puting beliung melanda negeri-negeri di Amerika Syarikat sejak Sabtu lalu amat menginsafkan saya. Saya tahu Amerika Syarikat sebuah negara maju seperti Jepun yang dilanda thunami. Namun apabila tentera Allah SWT membadai manusia di kedua-dua negara itu, tiada siapa yang dapat melawannya. Maha Hebat dan Maha Besarnya Allah SWT dalam menentukan sesuatu kepada makhlukNya. Apabila ia datang tiada siapa mampu menghalangnya. Firman Allah SWT; " Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka) dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. " Surah Al-Fath ayat 7. Air, petir, angin puting beliung, hujan, bah, taufan dan manusia itu sendiri menjadi tentera-tentera Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah At-taubah ayat 14; " Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewas...

Keputusan JK Fatwa Perak, Senaman Poco-Poco Haram ~ Untuk Rujukan

Image
Untuk Rujukan. Tarian poco-poco turut popular di kalangan murid sekolah Kenyataan tentang senaman poco-poco haram di Perak. Kenyataan Poco-poco Haram Drpd SS Mufti Perak

Di Hari Yang Sama Dua Tahun Dulu, Apakah Sama Dengan Hari Ini?

Oleh isma daud Terkenang kembali, sebuah duka lama setiap kali datangnya hari Jumaat cuti sempena "Good Friday". Dua tahun dulu pada hari yang sama, saya dikutuk dan dianggap sebagai " orang luar " yang tidak diperlukan di Sibu ini. Hanya kerana salah menegur pemimpin Islam dan pemerintah di dalam khutbah Jumaat. Maka berkatalah " orang dalam " kepada saya bahawa saya orang yang tidak tahu bertempat menegur pemimpin. Dan kini saya mengenang lagi hari yang bersejarah dalam hidup saya. Dalam Khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh MUIS hari ini mengajak rakyat Sarawak supaya taat kepada pemimpin yang diberi mandat sekali lagi dalam PRN Sarawak Ke 10 pada 16 April 2011 yang lalu. Ini kerana kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada hari tersebut adalah kerajaan yang sah , yang mendapat undi majoriti Rakyat Sarawak dan amalan ini selaras dengan perintah agama yang menyuruh mentaati Allah, Rasul dan pemimpin yang dilantik rakyat.   Dengan mimbar jumaat hari in...

BN Terus Berkuasa ; ‘Ibrah Daripada PRN Sarawak Ke10

Oleh isma daud Cubaan PR membentuk thunami politik di Sarawak belum membuahkan hasil walaupun bandar-bandar utama telah jatuh dalam genggaman PR khususnya DAP. BN masih berkuasa di kawasan majoriti ramai penduduk bumiputera sementara undi kaum cina lebih kepada DAP. Ini dapat dilihat apabila 12 DUN dikuasai mereka sementara PKR memperolehi 3 kerusi dan 1 Bebas. Bakinya 55 kerusi dimenangi oleh BN. BN berjaya membentuk mandat baru. Rakyat Sarawak masih memilih BN untuk memimpin mereka sekali lagi. Tidak dinafikan, kesedaran berpolitik kepada masyarakat bandar kian bercambah dengan subur. Ini dapat dibuktikan oleh keinginan mereka mendengar ceramah pembangkang dan mampu menyumbang kepada sesuatu ceramah dengan dana yang agak besar. Ini sesuatu yang baru dan sihat bagi perjalanan demokrasi di Sarawak untuk jangka masa panjang. Jadi pakatan pembangkang seharusnya memanfaatkan ini dengan sebaik mungkin untuk mendapat sokongan dan memenangi hati rakyat secara berterusan. Perhatikan...

Rakyat Sarawak Mengundi DUN Ke 10 Hari Ini

Image
Oleh isma daud Sejumlah 961,433 pemilih Sarawak layak memilih wakil rakyat bagi 71 Dewan Undangan Negeri apabila pusat mengundi dibuka seawal jam 8:00 pagi ini. Penduduk Sarawak sejumlah 2,261,800 orang. Pilihan raya kali cukup mencabar bagi BN dan PR kerana pilihan raya ini menjadi kayu ukur kepada PRU 13 nanti. Apakah kemenangan BN dalam banyak PRK menjadi relevan atau tidak mendatangkan kesan langsung kepada rakyat Sarawak? Apakah rakyat Sarawak mahu terus dipimpin oleh Taib Mahmud atau beralih kepada pemerintahan baru di bawah PR? Ramai meramalkan bahawa BN akan terus memerintah dengan majoriti tipis. Bahkan dengan kebangkitan rakyat Sarawak yang dapat saya lihat dalam ceramah-ceramah umum  PR selama 10 hari lalu , kelihatan senario baru dalam jiwa rakyat Sarawak. Mereka berani dan yakin diri dalam menentukan sikap siapa yang mereka suka dan pilih. Ceramah umum PR begitu ramai yang hadir. Dengan jiwa besar itu ada yang berani meramalkan akan ada perubahan besar kepada s...

Juruterbang Helikopter Yang terhempas di Sibu Meninggal Dunia

Image
Oleh isma daud Juruterbang Kapten Sahimi Razali, yang cedera parah setelah helikopter yang dipandunya terhempas tengah hari tadi, meninggal dunia pada 8.30 malam Isnin di Hospital Sibu. Petang tadi, saya sempat singgah ke tempat kejadian sewaktu ambil anak dari tadikanya. Begitulah kesudahan setiap insan. Apabila sampai saat dan ketikanya maut datang menjemput tuannya untuk kembali kepada penciptanya. Kepada yang menaiki helikopter tersebut dan terselamat sudah tentu beristighfar panjang kerana terlepas daripada jemputan maut. Sepertimana kata seorang kawan, kalau tidak, ada lagi PRK buat Parlimen Pagoh. Syukurlah ahli parlimennya tidak terbabit dalam peristiwa yang menduga hati dan rasa kerana terselamat daripada terlibat dalam kemalangan itu. Kapten Sahimi, 38 tahun, cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pe...

Pelancaran Kelas Al-Quran Dan Tahfiz Sibu di Madrasah Islamiah, LAKIS, Sibu

Image
Oleh isma daud Lokasi; Madrasah Islamiah, Lakis, Sibu. Hasrat melahirkan para Qari (Qurraa') dan para penghafaz Al-Quran sedari kecil insya Allah SWT akan menjadi realiti jika Kelas Al-Quran Dan Tahfiz ini berjaya dilakukan dengan penuh iltizam dan kesungguhan semua pihak. Bermula dengan program JaPS (Jawatankuasa Pelan Strategik Pendidikan Islam), Unit Pendidikan Islam, PPD Sibu, dibantu oleh LAKIS , Baitul Mal , JAIS , Persatuan Qurraa' Sibu dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung akan membenih dan membuahkan hasrat yang sekian lama terpendam di hati umat Islam Sibu. Persembahan Nasyid dari adik-adik pelajar SK Agama MIS Sibu. Diharapkan ibubapa dan masyarakat setempat memberi sokongan padu usaha yang dilakukan oleh Para Asatizah yang bertugas di Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Bahagian Sibu yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka membimbing anak-anak dan sesiapa yang berminat mendalam ilmu al-Quran sebagai bekalan dunia dan akhira...