Posts

Showing posts from January, 2011

Dunia Sudah Terbalik ~ Jahiliyyah Dan Sekularisme DiWajahkan Islam

Image
Oleh isma daud Keliru sungguh dah manusia sekarang, manusia yang degil terhadap peringatan Allah SWT. Mereka tidak dapat lagi membezakan di antara jahiliyyah dan Islam.... SHAH ALAM: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menegaskan pelakuan seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah hanya dilakukan ketika zaman jahiliah. Beliau berkata Mursyidul Am PAS itu tiada hak untuk menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka, jauh sekali melabelkan mengundi yang memilih parti lain selain PAS sebagai orang jahiliah. (sumber: mstar online). Apakah ini rupa Islam pada gambaran beliau? Kalau ini rupa dan wajah Islam, bagaimana rupa jahiliyyah sebenar? Saya berdoa kepada Allah SWT agar kita semua diselamatkan daripada tipudaya Syaitan. Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua mak...

Kartun Salam Harian Metro Hina Muslimah Islam?

Image
Oleh isma daud Kebolehan yang dikurniakan Allah SWT kepada seseorang adalah untuk seseorang itu membesarkan syariatnya tetapi sayang sesetengah orang nikmat kepandaian dan kebolehannya digunakan untuk mempersendakan ajaran dan suruhan Allah SWT. Terbaru isu bersalam yang digembar-gemburkan oleh media sempena Kempen Pilihanraya Kecil Dun Tenang sehingga ada yang sanggup melukis kartun dengan niat sinis menghina muslimah dalam isu bersalam ini. Kartun dalam Harian Metro bertarikh 27 Januari 2011 di ruang Dialog Kota Raya telah memaparkan gambar situasi di Tenang. Isu bodoh yang penuh persendaan , salam sesama wanita pun bersarung tangan. Ada 2 watak di dalam gambar ini. Seorang muslim wanita. Dan seorang pula wanita cina menjual ikan. Apa yang berlaku dalam gambar ini? Kartun sinis menghina calon Pas, Cikgu Mala. Gambar ni menghina Umat Islam khasnya muslimah dan agama Islam sendiri! Gambar ini jelas menunjukkan perasaan prejudis orang cina dengan digambarkan melalui peni...

Undang-Undang Penerbitan Dan Siber : Sasaran Kepada Siapa?

Image
Oleh isma daud Catatan : melalui siaran TV3 semalam saya sempat tonton dan dengar kenyataan ini. kalau tidak salah dengar bunyinya begini... "Satu garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam konteks dunia siber akan dikuatkuasakan bulan depan"  - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. "ia melibatkan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Peguam Negara." Menteri KDN pernah berkata ; "Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan jawatankuasa untuk merangka strategi komunikasi kerajaan selain menangani berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab." "Selama ini kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang yang tegas tetapi kali ini kerajaan berpendapat, jika pembohongan dan berita palsu ini dibiarkan berterusan, pihak tidak bertanggungjawab ini akan menganggap t...

Jaga Aurat, Jaga Agama, Jaga Hukum Dan Undang-Undang !!!

Image
Oleh isma daud Orang yang jiwanya penuh dengan kefahaman dan kesedaran Islam, akan jaga sendi-sendi Islam dan hukumnya dalam keadaan apa sekalipun. Aurat Tetap Terjaga Walau Mengharung Banjir, Maruah Muslimah Tetap Dipelihara  Manakala puak-puak yang memperjuangkan fahaman sekular menjadikan agama sebagai hiasan sahaja. Lu Fikirlah Sendiri.... Lihat dan fikirkanlah, kalau dalam situasi mengharungi banjir pun tidak mampu menjaga aurat, masakan mampu menjaga maruah agama dalam hal-hal yang lain? Ini bukan lakonan atau disengajakan. Kalau tidak ada penghayatan sebenar sukar untuk seseorang menjaga aurat dengan sempurna. Kalau tabiat suka selak, akan selak juga.... aksi spontan itulah mencerminkan akan jiwa dan akal seseorang.... Saya mengajak anda berfikir bukan pasal parti, saya ajak anda berfikir dalam asas menjaga agama, undang-undang dan peraturan.... kalau dalam jiwa sudah tertegak undang-undang, maka ianya terdaulat dan terjaga sepanjang masa. Dan lihatlah, i...

Hari Tanpa Beg Plastik - Wawasan 2011

Image
Oleh isma daud Usaha menjaga alam sekitar patut disokong oleh semua pihak dan usaha memberi kesedaran kepada orang ramai semestinya dilakukan secara berterusan. Kenyataan bahawa kesedaran pengguna terhadap kempen " Tanpa Beg Plastik " telah meningkat kepada 15% berbanding 5% pada tahun 2008 . Di Sibu,  pengguna tanpa beg plastik setakat ini hanya pada hari Isnin dan seharusnya pendidikan ini diperkukuhkan lagi dari semasa ke semasa. Di mana pengguna mula membawa bakul sendiri dan mengguna kotak kertas untuk menggantikan beg plastik ini. Dalam laporan berita TV dan akhbar memperlihatkan kerajaan Pulau Pinang mendahului negeri lain menguatkuasakan peraturan penggunaan beg plastik ini di s emua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak). Sekarang ini pengguna tidak akan dibekalkan dengan beg plastik pada tiga hari seminggu iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu.  Dalam pemerhat...