Posts

Showing posts from August, 2010

Sudut Pandangku : Mengulas Isu Doa Dalam Khutbah Jumaat Kepada Orang Kafir

Image
Oleh isma daud Zakaria Ahmad Isu doa dalam khutbah jumaat menjadi sesuatu yang penuh kontroversi mutakhir ini. Nama Ustaz Zakaria Ahmad (gambar kiri) mula menjadi popular. Ustaz dengan tidak semena-mena telah membuka mata  banyak pihak dalam isu doa ini. Isu agama ini telah menjadi isu politik. Dan rakyat boleh menilai hal ini  dengan jelas. Saya berpendapat isu ini mampu membuka mata banyak pihak bahawa isu doa ini menampakkan lagi UMNO lebih bersifat perkauman dan gigih mempertahankan perlembagaan berbanding ketetapan hukum dalam Islam itu sendiri. UMNO lebih melihat boleh atau tidak boleh " menggantikan " nama Yang di-Dipertuan Agong, kepada nama Ketua Menteri  Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua daripada melihat dalam konteks dakwah dan keilmuan seseorang khatib. Baca apa yang dilontarkan oleh Dr Asri dalam isu ini. "Jangan politikkan isu khutbah, tak salah doa pemimpin sejahtera ".  Baca di sini . Saya suka menyorot kembali apa yang dilaporkan ol...

Senada Dengan Dr Asri Dalam Isu Doa, Banyak Perkara Besar Berbanding Perkara Kecil

Oleh isma daud Mengapa perkara kecil dibesarkan dan perkara besar di kecilkan? Contohnya di Sibu dan di Sarawak, soal solat sunat teraweh samada 8 atau 20 rakaat dijadikan isu hangat sehingga taklimat demi taklimat ke surau, masjid dilakukan. Dikuatkuasakan dengan pekeliling dan sebagainya. Tapi dalam banyak hal yang lebih utama dikebelakangkan atau diabaikan. Begitulah dua-tiga hari ini, timbul isu baca doa kepada Lim Guan Eng yang saya tidak tahu sejauh mana letak duduknya. Doa itu dari sudut mana? Diminta ampun dosanyakah atau mendoakan kesejahteraan pemerintahan dan pentadbirannya yang mana rakyat teramai ada dibawah kekuasaannya? Oleh kerana saya tidak tahu hal sebenar tentang hal ini, kita serah kepada orang yang berkuasa dalam bidangnya membuat siasatan dalam hal ini. Namun dalam banyak hal, kenapa persoalan kecil dibesarkan dan persoalan besar dikecilkan? Pemimpin kita yang Islam yang kita doa ke kadang merapu pasal Islam lebih jauh nampak jahilnya, tapi kita doakan m...

Anak Muda Melayu Benci Puasa Ramadhan Dan Tuhan di Facebook

Image
Oleh isma daud Dalam usaha saya mencari bahan ceramah untuk bulan Ramadhan, tidak semena-mena terjumpa satu blog yang memaparkan dinding Facebook(FB) yang menunjukkan sikap mereka yang bencikan puasa Ramadhan dan Allah SWT yang memaksa mereka untuk berpuasa. Dengan berani mereka berbincang bahawa mereka benci jadi Islam dan terpaksa berpuasa. Jadi secara terus terang mereka berbicara bahawa mereka benci puasa. Buatlah engine google ; salleh gregor samsa , banyak orang tulis pasal dia hina Islam . Klik gambar untuk baca dan besarkan Saya ada memberi sedikit komenter saya di FB saya; setelah membaca tulisan mereka ini, rasa sedih mengatasi perasaan marah kepada mereka. kerana kita tidak boleh berbuat apa2 kerana tiada hukuman buat mereka ini, melainkan mengharapkan mereka ini bertaubat.... ramai sungguh orang melayu yan g tidak kenal agama sekarang dan melanggar hukum2 Allah. Mereka buat main2 saja dengan perintah.. Mereka berani kerana pemerintah pun berani melanggar ...

Sokong Usaha Kerajaan Kelantan Guna Dinar Dan Dirham, Biar UMNO/BN Bantah

Image
Oleh isma daud Baca Artikel Bermanfaat ini; 2 Ramadhan 1431H Pada 2 Ramadhan Dinar & Dirham Kelantan dilancarkan. Timbalan Menteri Kewangan dan selepas itu Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri kata akan minta Bank Negara bertindak!!! Mata wang sah adalah yang dikeluarkan oleh BNM sahaja. Jangan mendahului pusat, kerajaan negeri jangan memandai-mandai.... Bila agaknya kita dapat lihat pemikiran berinovasi yang islamik  dari pihak BN kalau Kelantan tidak bertindak  memperkenalkan duit dirham dan dinar?  Nak tengok hukum-hukum Allah terlaksana atas muka Bumi Malaysia ni tak nampak, nak tengok mata wang dinar dan dirham pun tak boleh... boleh tengok dalam filem-filem Tan Sri P Ramlee jelah gamaknya.... Apakah ada saman kerajaan pusat kepada kerajaan negeri macam isu hukum hudud dulu???? Apapun saya ucapkan " Tahniah Tok Guru Nik Aziz dan Seluruh Pejuang Islam Kelantan!!! "Dan saya cadangkan agar kita baca tulisan bermanfaat ini agar umat Islam ber...

BADAI (Badan Agama Islam, SMK Rosli Dhoby, Sibu) : Aktiviti Mutakhir Sebelum Ramadhan

Image
Oleh isma daud Tiga minggu mutakhir sungguh padat program BADAI samada di Masjid An-Nadwah ataupun aktiviti rehlah bagi merihatkan minda ahli-ahlinya. Dalam kesibukan itu banyak aktiviti tidak sempat dihebah-hebahkan di blog ini. Mengambil kesempatan cuti sempena awal ramadhan hari ini, saya suka melaporkan sedikit perkembangan aktiviti warga Muslim SMK Rosli Dhoby dan program BADAI itu sendiri. Untuk pengetahuan semua; semua aktiviti Masjid An-Nadwah telah melibatkan dua buah sekalah berjiran; SMK Rosli Dhoby dan SM Teknik Sibu. Uniknya dua sekolah ini mereka banyak berkongsi dalam banyak hal walau pentadbiran berbeza-beza. Apa pun masjid An-Nadwah cuba meroboh tembok pemisah itu dan menjadikan masjid sebagai pusat penyatuan hati umat Islam. Diantaranya; 1. Ceramah Israk Dan Mikraj Ustaz Mohd Isa selaku Pengerusi Masjid An-Nadwah memberi ucapan alu-aluan kepada majlis Ustaz Nazri Ismail dari SMK Agama Sibu selaku penceramah jemputan Pelajar Muslimah Dari SM Tekni...

Bermaknanya Kehadiran Ramadhan 1431H Ini

Oleh isma daud Tepat jam 4:00am, jam di hujung katil berbunyi. Saya mengejutkan keluaga dan isteri bangun memanaskan sahur yang sudah isteri saya siapkan sebelum tidur semalam. Anak lelaki saya yang berusia 4 tahun paling awal bangun. "Sakit mata Adim abah". Semalam dia dah pesan cikgunya di Tadika pesan tidak boleh makan siang hari. "Adim tidak mahu ke sekolah sebab tidak boleh makan" katanya. Saya kata nanti makan sahur banyak-banyak supaya tidak lapar masa dekat sekolah tadika nanti" Adim semangat sekali bangun bersahur. "Dukung",katanya. Saya mengejutkan anak-anak yang lain. Semuanya bangun dengan bersemangat sekali. Semua segera membersihkan diri dan segera berada di meja makan. Ada yang baru berniat puasa dan mengulangi niat puasa yang sudah mereka lafazkan sebelum tidur semalam. Isteri saya sudah siapkan sahur dan saya berkata kepada anak-anak agar makan sahur kerana sahur itu ada barakah. Malam tadi saya solat Isyak dan berterawih di Mas...

Gambar Bernostalgia ; Bermandi Air Di Petak Sawah

Image
Oleh isma daud Saya tertarik dengan gambar yang dirakamkan oleh Budakli.com sewaktu beliau melawat Kelantan baru-baru ini. Kebetulan Budakli singgah ke rumah saya di Sibu ni baru sekejap, saya meminta keizinannya untuk memaparkan gambar ini. Panorama seperti ini kian sukar kita lihat hari ini. Gambar ini mengembalikan nostalgia sewaktu saya kecil dahulu, bermandikan air di dalam petak sawah. Dua hari lepas saya ada membicarakan kepada beberapa orang pelajar saya tentang batas sawah, mereka tertanya-tanya bagaimana rupa petak sawah. Saya pamirkan gambar ini agar mereka dapat gambaran sebenar apa yang telah saya ceritakan itu. Sekarang ni pun pesawah di kampung saya,  sudah kurang menggunakan kaedah bersawah dalam menanam padi bahkan mereka mengamal " konsep menabur " bukan " cara mencedung padi " seperti saya kecil-kecil dulu. Kaedah menabur ini hampir cara berhuma. Jadi panorama seperti ini pun jarang dialami oleh anak-anak yang membesar di kampung sekali...

Kenangan Mengusik Rasa

Image
Oleh isma daud Malam ini keras pula mata, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1:30 pagi. Sebentar tadi sudah nyenyak terlena. Bila bangun waktu pagi begini rasa sepi benar-benar mencengkam jiwa. Waktu sesuai bertahajjud menghadap yang maha esa. Tapi datang kecenderungan untuk meninta di blog hamba ini. Insya Allah seusai luahan rasa, meneguk sedikit suasana sunyi ini untuk mengadu pada Ilahi. Sebelah petang tadi sempat ke Jabatan Pendaftaran Negara, Sibu untuk buat MYKAD anak sulung saya yang baru saja genap usianya 12 tahun. Sudah besar anakku. Nanti akan menduduki UPSR pula tahun ini. Doaku siang dan malam agar anakku beroleh kejayaan dalam pelajarannya. Yang lebih penting dia nanti menjadi anak yang solehah dan menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain. Selesai saja urusan di JPN, Sibu terus ke kedai baiki komputer, CPU rosak pula. Ape citanya pun entahlah.... seminggu kata tuan kedai... "nanti kamek call bila siap". Selepas itu ke Pasar Sibu pula. Almaklum...

Syukur... Masih Mampu Berlari

Image
Oleh isma daud Terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Mohd Azam yang merakamkan gambar ini sempena Sukan Olahraga SMK Rosli Dhoby tahun ini.  Izinkan saya melekatkannya di sini yang saya ambil di laman Facebook tuan yang di"tag"kan ke facebook saya... Sengaja saya letakkan gambar ini di Blog Ustaz Rosli Dhoby ini, bagi menzahir dan melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana sehingga saat ini saya masih sihat dan mampu berlari.... menginsafkan saya atas nikmat dan kurnia Allah SWT yang tidak terhingga ini. Ketika Hari Permuafakatan sekolah baru-baru lalu masih mampu menderma darah kerana tekanan darah saya berada ditahap masih normal.... syukur buat sekian kalinya saya masih mampu berbakti walaupun pada hari itu ramai yang mahu menyumbang tetapi disebabkan tekanan darah mereka tinggi, mereka tidak mampu melakukannya. Mudah-mudahan setitis darah saya dapat memberi peluang kehidupan kepada insan lain yang sangat memerlukannya. Insya Allah dengan kesihatan y...